Wednesday, December 31, 2008
Friday, December 26, 2008
KEAZAMAN MEMBARA
Seperti biasa hobi apabila mengunjungi Giant Seksyen 13, Kedai MPH sasaran pertama dan aku ingin kongsikan tentang apa yang aku dapat dari sana iaitu suatu perkara yang kita tidak sedar tapi kita sebenarnya sudah melakukannya.
Sebagai manusia, pencapaian dirilah yang membuat kita puas dalam kehidupan di dunia yang fana ini. Jika kita seorang yang berpandangan positif, setiap cabaran menjadi makanan kita untuk terus berjaya dalam apa jua cita-cita kita.
Satu petikan yang saya perolehi daripada buku tersebut ialah " Sejauh mana kesungguhan anda untuk meneruskan cita-cita bergantung kepada betapa kuatnya keazaman anda untuk memilikinya ".
Secara ringkasnya apa yang ingin dikongsikan ialah RAHSIA atau KUASA yang mampu mengubah seseorang itu untuk berjaya ialah KEAZAMAN MEMBARA.Keazaman yang cukup kuat, memaksa dan meyakinkan seseorang itu untuk bertindak, kadangkala berlawanan dengan kehendak individu itu sendiri.
" Keazaman membara merupakan keazaman yang terlalu kuat sehinggakan seseorang itu sukar untuk mengawalnya". " Gunalah kekuatan yang hebat ini dan perintahkanlah ia mengikut kehendak anda".
Apa yang boleh kita bandingkan dengan usaha kita untuk berjaya dalam perniagaan Forex ini ialah Keazaman Membara untuk mencapai tahap Master Trader walaupun dirasakan ia masih jauh daripada jangkauan kita. Tetapi sekurang-kurangnya kita berimpikan satu hari nanti kita akan hidup senang lenang, tinggal di rumah idaman, memandu kereta idaman, pergi ke suatu tempat idaman, mengerjakan ibadah haji atau yang paling mulia ialah kita berniat untuk membantu keluarga, sanak saudara dan umat kita ke arah yang lebih baik dan berdiri sama tinggi lain dengan bangsa-bangsa lain.
Tanpa Keazaman Membara agak mustahil kita akan kekal dalam perniagaan yang penuh onak duri ini. Dan sebab itu dikatakan 5% hingga 10% sahaja kelompok yang berjaya dan untuk berada dalam kelompok tersebut, kita memerlukan suatu tindakan yang sewajarnya.
LIMA LANGKAH PROSES MENCIPTA KEAZAMAN MEMBARA
Secara ringkasnya ialah :
1- MENETAPKAN MATLAMAT
- Bersendirian ditempat sunyi.
- Kenal pasti satu matlamat yang mencabar. ( Master Trader )
- Matlamat mestilah yang boleh dicapai.
- Tetapkan satu jangka waktu.
2- MENGHASILKAN KEAZAMAN MEMBARA
- Imaginasi mengenai kejayaan anda memiliki matlamat tersebut dan apa yang anda rasa.
- Bina kesukaan pada matlamat anda.
- Ingati kembali gambaran-gambaran nyata anda itu.
3- PERANCANGAN
- Buat Pelan Perancangan.
- Lenyapkan pemikiran negatif
- Kenal pasti pengorbanan-pengorbanan yang perlu kita lakukan.
( Beli ebook, yuran kelas, bil internet, masa dan lain-lain )
- Kenal pasti kemahiran-kemahiran yang perlu anda perolehi.
( Belajar dengan disiplin sistem urus niaga )
4- BERTINDAK
- Lakukan apa yang perlu anda lakukan dan cintai apa yang anda lakukan.
- Berdoalah bersungguh-sungguh.
- Berikan fokus dan tumpuan.
5- PELIHARAKANLAH KEAZAMAN MEMBARA ANDA AGAR KEKAL HIDUP
- Mainkan gambaran-gambaran impian anda sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur.
- Selalu ingatkan diri anda betapa pentingnya untuk anda capai cita-cita atau impian anda itu.
Posted by WZWY at 12:29 AM 0 comments
Tuesday, December 23, 2008
200,000 - 400,000 hilang pekerjaan 2009
Posted by WZWY at 9:19 AM 0 comments
Saturday, December 20, 2008
FIKIR JANGAN TAK FIKIR
Macam mana aku nak 'profit' nih?
Macam mana aku asyik kena Stop Loss saja nih?
Macam mana diaorang boleh 'pip' ratus-ratus sehari nih?
Macam mana aku nak konsisten 'profit' nih?
Macam mana nak 'trade', kalau sibuk memanjang dengan kerja nih?
Ehh...Time Frame mana aku nak guna nih?, Kalau guna H4 macam OK jugak, ehh..guna M15 lah, ehh..entahlaaa...nanti tanya sapa-sapa yang tahu.
Waktu bila market aktif sikit, bolehlah aku 'profit' banyak sikit.
Buku apa aku nak baca lagi nih?
Macam mana aku nak fahamkan ebook nih, semuanya dalam Bahasa Inggeris, susah aku macam nih!
Rasanya itulah antara yang difikirkan oleh rata-rata 'trader' yang masih lagi baru berkecimpung atau memang dah agak lama berada dalam dunia ' FX Trading' ini. Sebenarnya, itulah antara perkara-perkara yang sentiasa berlegar-legar dalam kepala saya. Dan alhamdulillah, di antara perkara-perkara di atas, sudah menemui penyelesaiannya.
Semua ini boleh ditemui dengan pengalaman semasa, tidak mudah putus asa dengan halangan yang merintangi sepanjang usaha kita sebagai 'trader', membaca pelbagai bahan ilmiah, rajin bertanya ( skil pun kena mahu ada ),berkorban masa dan tenaga, sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa, sentiasa membuat revisi, analisa segala kesilapan dan kelemahan, dan antaranya yang dirasakan perlu ialah kesedaran dari dalam diri sendiri untuk berubah.
Semua orang sukakan kejayaan tetapi sejauh mana orang yang sanggup menjejaki langkah-langkah yang pernah dilalui oleh mereka yang telah berjaya menempatkan diri mereka di tahap yang mereka impikan. Kita hanya pandai bermain dengan pelbagai ALASAN tetapi INGIN SUKSES! Ada sedikit halangan atau kepayahan untuk mendapatkan sesuatu, kebanyakannya akan mengeluh dan mula mencari 'jalan pintas' untuk mendapatkan sesuatu yang mereka impikan. Oleh itu, jangan pertikaikan KUALITI ilmu atau apa sahaja yang diperolehi dengan 'jalan pintas' berbanding dengan mereka yang berusaha gigih dari bawah.
Buat ingatan untuk diri sendiri juga, agar jangan jemu untuk terus belajar dan fokus pada sesuatu yang kita lakukan. Insyallah semua persoalan di atas akan kita dapat temui RAHSIA penyelesaiannya. Kadang-kadang semua jawapan sudah ada di depan mata, tetapi kita tidak nampak atau mengabaikannya.
* masih mencari jawapannya?...BACK TO BASIC!!!
* TQVM to my masta2....
Posted by WZWY at 3:08 PM 0 comments
Saturday, December 13, 2008
Potensi Entry BUY @ SELL ( Refer H4 )
Posted by WZWY at 9:09 PM 0 comments
Friday, December 12, 2008
JANGAN TAKUT! ( BHG 2 )
5. Orang yang pasrah dan menyerah
Golongan ini pasrah sahaja kepada rasa takut. Oleh kerana mereka yakin, takut adalah basahan dalam hidup, maka terima sajalah.Apa boleh buat.Mereka membina harapan kosong, mudah-mudahan ketakutan itu akan berlalu dan hidup kembali pulih seperti biasa.
Memang benar ketakutan itu akan berlalu, tetapi ketakutan lain akan muncul bertandang.Sikap pasrah tanpa cuba belajar untuk menangani ketakutan bukanlah sikap terpuji.
Ketabahan sebenar ialah apabila kita hadapi semuanya dengan tenang sekaligus belajar agar ketakutan yang sama tidak berulang.
6. Orang yang bijak dan sabar.
Mereka bukan sahaja sabar tetapi bijak menangani ketakutan. Mereka menerima ketakutan dengan sabar, dan cuba menanganinya dengan mengambil tindakan dengan penuh kebijaksanaan. Kita ingin menjadi golongan seperti ini.
HIDUPKAN IMPIAN DAN KEINGINAN YANG MENYALA-NYALA
Yakinlah bahawa setiap kali kita melangkah masuk ke zon yang mencabar, maka setiap kali itu kita akan diuji dengan ketakutan-ketakutan yang baru lagi. Ini lebih baik daripada terus menghadapi 'ketakutan-ketakutan lama' dalam zon selesa sebelum ini.
Impian yang menyala-nyala akan memadamkan ketakutan dalam diri kita. Impian mesti besar untukmenakluki rasa takut. Sekiranya kita ada keinginan tetapi keinginan itu tidak cukup kuat untuk memadamkan rasa takut, itu sebenarnya bukan keinginan. Itu hanya angan-angan. Sebaiknya, tukarkanlah rasa takut itu untuk menjadikannya satu keinginan yang menyala-nyala.
Ketakutan untuk gagal menjadi keinginan untuk berjaya. Ketakutan menjadi miskin,mendorong keinginan menjadi kaya. Ketakutan menghadapi mati, menyebabkan kita berhati-hati dalam menjalani kehidupan.
Ketakutan dengan 'loss' sepatutnya mendorong keinginan kita untuk mengutip 'profit' dan berdisiplin dalam urus niaga. Dan tidak berputus asa dan terus berusaha gigih untuk menguasai diri dan sistem urus niaga kita.
TIPS BERANI UNTUK "TAKUT"
1- Katakan ketakutan itu adalah perkara biasa. Tidak salah untuk takut. Malah takut adalah rasa yang dialami sekalipun oleh orang yang paling berani.
2- Analisa ketakutan kita. Apakah takut yang kita rasa itu tepat pada perkara, masa dan keadaannya?
3- Buat perancangan untuk elakkan ketakutan itu. Sediakan langkah-langkah praktik untuk menghadapinya. Dan terus laksanakannya tanpa bertangguh lagi.
4- Fikirkan keadaan terburuk yang mungkin terjadi. Terima secara mental. Dan conggak persiapan yang perlu dilakukan sekiranya itu benar-benar berlaku. Sediakan Pelan B.
5- Berdoa, bertawakal.
Sesuaikan dengan kehidupan seharian kita sebagai 'trader'.
Sama-samalah kita berusaha untuk menghindarkan rasa takut kita dengan pancaroba atau onak duri sebagai trader dan berusaha untuk konsisten dalam urus niaga kita. Yang penting kita tahu apa yang kita lakukan dan kita terus gigih berusaha untuk mengatasinya.
" Terimalah ketakutan sebagai harga peningkatan dalam hidup. Hidup perlukan peningkatan, sama ada dari segi material atau fizikal lebih-lebih lagi dari segi rohaniah."
( Rujukan : Tulisan Pahrol Mohamed Juoi : SOLUSI )
Posted by WZWY at 11:58 PM 0 comments
Friday, December 5, 2008
JANGAN TAKUT!!!
Saya agak tertarik mengutarakan isu ini yang mana saya perolehi dari satu majalah yang baru saya beli iaitu SOLUSI. Dan ia sangat kena atau bertepatan dengan diri saya sendiri dan mungkin anda juga dengan rasa TAKUT! Tak kiralah apa yang perlu kita takut, mungkin takut hantu, takut tempat tinggi atau kita sebagai trader takut nak 'entry'.
Semoga ketakutan yang membelenggu saya mahu pun anda akan terlerai. Di sini saya petik beberapa perkara yang perlu kita sama-sama fikirkan.
Rasa takut adalah realiti dan basahan dalam hidup yang terpaksa kita hadapi. Soalnya, bagaimana kita dapat menangani ketakutan itu dengan cara sebaik-baiknya? Hingga dengan itu bukan sahaja kita dapat mengatasinya,malah dapat memanfaatkannya untuk terus mencapai kejayaan. Tegasnya, apa perlu dilakukan agar kita berani menghadapi ketakutan?
Berikut antara perkara-perkara yang wajar kita ketahui tentang ketakutan :
1- Kita bukan keseorangan
Jika kita sedang menghadapi ketakutan-atas apa jua sebab dan keadaannya,percayalah kita bukan keseorangan. Semua manusia atas muka bumi ini mengalami perkara yang sama. Bahkan tokoh-tokoh besar pun pernah mengalami rasa takut dalam hidup. Sayidina Abu Bakar al- Siddiq pernah merasa takut ketika di dalam gua Thaur, lalu diingatkan oleh Rasulullah,"jangan takut, Allah bersama kita".
2- Jangan cuba lari, hadapi ketakutan itu.
Namun tidak cukup setakat itu sahaja.Kita mesti naik setingkat lagi, yakni bagaimana kita menghadapi dan menanggani rasa takut itu. Ini membezakan antara orang 'besar' dan orang 'kecil' walaupun sama-sama mengalami ketakutan. Bagi orang 'kecil' ketakutan menyekat dan menghalang mereka daripada bertindak. Apabila takut, mereka menghindar dan cuba lari daripadanya. Mereka bertangguh. Tidak mahu bertindak kerana takut menanggung risiko. Lebih banyak rasa takut,lebih lama bertangguh, pasif dan berdiam diri. Jika inilah tindakan kita, maka kita sudah ditakluki oleh ketakutan.
Apabila kita kurang pengalaman akibat tidak bertindak menghadapi ketakutan, kita akan terus jahil-terus tidak tahu bagaimana hendak mengatasi ketakutan dalam hidup. Dan ini menyebabkan timbulnya satu demi satu lagi ketakutan dalam hidup.
3- Jangan berdiam diri atau bertangguh, bertindak segera.
Kajian pakar psikologi menunjukkan bahawa risiko tidak bertindak apabila menghadapi ketakutan lebih besar berbanding risiko jika kita mengambil tindakan. Memang, mungkin kita terdedah untuk tersalah kerana mengambil tindakan ini, tetapi itu tidak mengapa selama mana kita mendapat pengajaran dan ilmu daripadanya. Berbanding kita tidak berbuat apa-apa- sudah pasti kita tidak akan mendapat apa-apa.
Oleh kerana itulah orang yang berjaya dalam hidup selalunya tidak menamakan 'kegagalan' sebagai satu kegagalan selepas mengambil sesuatu tindakan, sebaliknya mereka menamakannya sebagai 'maklum balas' yang kemudiannya diterjemahkan sebagi ilmu dan pengalaman. Percayalah, tindakan kita menghadapi ketakutan dalam hidup, akan memutuskan rantai-rantai yang membelenggu kemajuan kita dalam penjara ketakutan itu. Putusakan rantai itu dengan bertindak supaya ketakutan yang sama tidak akan kta hadapi berulang-ulang, satu demi satu dalam episod hidup yang terus mendatang.
4- Orang yang lari dan menghindar diri
Mereka adalah golongan yang rugi. Kenapa? Kerana lari daripada situasi-situasi yang mereka takuti merencatkan pertumbuhan dan kamajuan hidup mereka sendiri. Mereka ingin terus berada dalam 'zon selesa'-tanpa cabaran dan dugaan yang boleh mendedahkan mereka kepada rasa ketakutan. Sedangkan untuk berjaya, mereka perlu 'hijrah' dari zon selesa ke zon mencabar, yang penuh dugaan dan cabaran walaupun risiko ketakutan sentiasa menanti. Di zon mencabar itulah letaknya kejayaan dan perkembangan dalam hidup.
bersambung.......
( Rujukan : Tulisan Pahrol Mohamed Juoi : SOLUSI )
Posted by WZWY at 8:53 AM 0 comments
Thursday, December 4, 2008
Ehhh! Pening Kepala Pulak!
" Aduhh....pening kepala ni!", " Apasal naik pulak!", " Isk....kenapa turun pulak!", " Alahai!..tadi elok-elok profit tak nak close, kan dah floating!". "Ehh...ada news ka ?", " Ini kalau turun sikit lagi aku cut lah nih". " Alamak terlepas pulak BDB ni!". " Ni la padahnya nih, masuk tak ikut rules !"."Alamak! Loss lagi!".
Ini adalah dialog-dialog biasa seorang Forex Trader, tak kira apa sistem yang digunakan, pasti saya atau anda akan alaminya. Kalau anda mengatakan saya tidaak pernah alami situasi-sitausi di atas, maka anda masih lagi bukan Forex Trader!..hahahhaa..
Tapi masih ramai yang menaruh harapan tinggi ingin berjaya dalam perniagaan ini, Kenapa? Walaupun sudah maklum antara 90%-95% peratus 'trader' dalam risiko kerugian.
Apa situasi yang anda akan alami jika 'open price' atau 'entry' kita sudah 'profit' tetapi bertukar 'floating' kerana salah percaturan atau sebagainya. Ia sememangnya banyak menguji daya tahan mental dan emosi kita untuk menutup urus niaga dengan kerugian atau pun menunggu kita akan 'profit' semula.
Bagi 'wiseman trader' yang masuk urus niaga dengan Bullish/Bearish Divergence Bar (BDB), tidak kira berada di 'time frame'mana, ia akan memberi kelebihan kerana kita sudah diberi panduan di mana perlu 'Pending Order' dan di mana perlu ' Stop Loss'. Tetapi bagi yang masuk ikut 'breakout fractal', kadang-kadang keliru di mana perlu berada SL dan berapa sanggup tanggung kerugian.Apatah lagi yang masuk dengan kaedah 'ikut suka', maka ini akan memberi kesan yang agak parah kerana masuk tanpa alasan yang logik kenapa masuk.
Antara petua yang boleh diamalkan ialah,jika ingin pasang PO atau entry, tanya diri sendiri, atas alasan apa aku perlu letak PO atau entry di sini. Kalau kerana aku lihat 'alligator' macam nak down...kes ni patut disemak semulalah. Bagi yang bukan menggunakan teknik chaos, boleh berpandukan peraturan masing-masing.
Memang tabiat biasa trader ialah 'sayang floating' dan ' tak suka profit kecil' adalah teman yang tak mesra dan patut dijauhi. Setiap yang berlaku mesti ada permulaannya, oleh itu PO Entry yang mengikut peraturan adalah sesuatu yang cukup penting ( nasihat diri sendiri juga ni).Ini bagi mengatasi masalah dialog-dialog di atas. Dan yang selalu saya perlu ingat dan menjadi masalah ialah masuk dengan TF M15 tapi nak keluar dengan TF H4, konon-konon mahu lebih profit, tetapi apabila 'floating' 40-50 mulalah gelabah. Ini adalah senario biasa yang dialami mana-mana 'trader'. Agak kesian pada diri sendiri, menanti 4-5 jam tetapi hasil yang diperolehi hanya 1 pips atau situasi yang paling tak suka ialah LOSS LAGI!.
Hanya diri kita sendiri yang mampu mengubahnya....:)
Posted by WZWY at 1:18 AM 0 comments
Saturday, November 29, 2008
Nak Usik Buaya Tidur????
Bersesuaian dengan situasi pasaran satu dua menjak ini. Ia agak perlahan dan juga dalam suasana Corrective yang mana dalam pemahaman saya mempelajari Trading Chaos, adalah di mana situasi 'buaya tidur' dan jangan diganggu.
Ada juga yang bertanya, kalau nak usik juga 'buaya tidur' tersebut macam mana? Itu terpulanglah dengan kepakaran dan kemahiran masing-masing,yang penting poket masyuk bukannya masyammm!..hahahha
Bagi yang masih baru sangat lagi dengan sistem urus niaga ini ( kira saya awal sikit saja daripada anda ), perkara yang wajib dilakukan ialah membaca nota-nota berkaitan kerana sistem ini bukan hanya bercerita tentang 'alligator', 'fractal' atau ' AO' semata-mata. Dan semoga anda dan juga saya tidak akan putus asa untuk mempelajari sistem ini kerana di dalamnya terkandung sesuatu yang perlu kita ambil dan menjadikan ia suatu disiplin urus niaga kita.
Percaya atau tidak jika kita telah menjumpainya, insyallah ia akan memberikan kita satu suasana lain dan menyebabkan kita tidak lagi beralih kepada yang lain. Jika saya atau anda mempunyai niat untuk menambaik baik sistem ini dengan sebarang indikator lain, maka ada sesuatu yang wajar kita renungkan semula dan 'back to basic'.
Apa yang saya di ajar atau faham ialah satu perkara lagi ialah Trend di TF besar jangan dilawan,kelak bencana menimpa..hehehe! Satu panduan ialah apabila 'bar price' di atas 'alligator' H4, maka potensi 'buy' menjadi pilihan dan begitu sebaliknya. Apatah lagi jika di TF Daily berlaku perkara yang sama.
Bagi 'wiseman trader', teruskan pencarian Bullish/Bearish Divergence Bar (BDB ) yang benar-benar boleh memberikan kita profit dan INGAT, entry hanya di BDB atau Breakout Fractal sahaja.
Posted by WZWY at 5:46 PM 0 comments
Wednesday, November 26, 2008
Amalan Membaca Al-Ma'thurat
Khusus untuk Trader Muslim!
Di antara amalan yang sebaik-baiknya diamalkan selain mengamalkan peraturan-peraturan urus niaga kita ialah mengamalkan bacaan kitab Al-Ma'thurat hasil karya Imam Hasan al-Banna rahimullah yang merupakan tokoh sejarah dakwah Islam moden.
Posted by WZWY at 6:40 AM 0 comments
Monday, November 24, 2008
Mencari Rahsia Super AO!
Apabila sudah wujud BDB ( The First Wiseman ) iaitu ' Gambling Phase' ( 50-50 : oleh itu ia hanya 1 lot sahaja ). Maka kita akan meletak PO yang kedua untuk memaksimakan profit. Kalau mengikut 'Reverse Pyramid', kita boleh meletakkan jumlah lot yang paling banyak di sini, mengikut kemampuan masing-masing.
Apabila wujud 3 bar tersusun yang sama warna, maka sahlah wujudnya Super AO dan kita letak satu tick harga bawah (sell ) pada bar berkenaan.
Oleh kerana ' The Second Wiseman' ini berdasarkan Awesome Oscillator (AO), sudah tentu Bill William mempunyai alasan tersendiri mengapakah beliau amat yakin dengan petunjuk daripada AO ini.
Dikatakan AO ini ialah " Keys To The Freedom" dan merupakan indikator momentum yang terbaik pernah dicipta dan ia seperti membaca jurnal Wall's Street untuk esok hari. Tapi syaratnya saya dan juga anda memahami betul-betul kegunaan dan sifat AO itu sendiri.Itu yang masih dalam pencarian buat masa ini.Mungkin ada yang boleh membantu!
We know that price is the very last thing to change in the markets. What changes before price is momentum, and what changes before momentum is the speed of the current momentum and what changes before the speed of the current momentum is the volume, and what changes before the volume is all of us traders and investors making chaotic decisions about our activities in the markets.
When understood and used properly, this is the best and most accurate indicator we have found in almost 50 years of trading. If you really know how to use this indicator, it should be worth at least seven figures to you in the next few years.
( antara petikan daripada Buku Trading Chaos yang boleh dikongsi untuk pemahaman kita )
Posted by WZWY at 3:53 PM 0 comments
Friday, November 21, 2008
TRADING CHAOS OK KE?
Saya seringkali ditanya, OK ka Trading Chaos nih? Berapa dah profit? Dan ada juga keluhan " Saya bukan tak nak belajar Chaos ni, tapi lecehlah banyak benda kena baca dan susahlah nak faham, psikologi la apa lah".
Ini terpulang kepada pemahaman dan kemahuan masing-masing. Bagi saya, jika kita inginkan sesuatu, kita perlu dapatkannya. Sebagaimana kita ingin seseorang wanita menjadi isteri kita, kita akan cuba memikatnya walau apa cara sekali pun dan apabila sudah boleh mendekatinya, kita akan mula memasang langkah untuk menuruti segala kehendaknya. Walaupun ia agak berlawanan dengan kemahuan kita.
Sama juga mempelajari teknik atau sistem urus niaga, jika kita ingin mengaut keuntungan dan konsisten. Kita perlu tahu bagaimana ia dapat dilakukan.Walau sesusah mana sekalipun jika ia berbaloi, apa salahnya kita bersusah dahulu. Sebab Trading Chaos atau apa sahaja nama sistem trading kita atau kelas forex mana sekalipun bukanlah penentu kejayaan kita melainkan DIRI KITA SENDIRI dan keizinan ALLAH SWT. Itu yang perlu saya perkuatkan lagi dan berusaha untuk lebih mengenali diri dan pergerakan pasaran.Selagi saya tak ubah MIND saya, selagi itu rekod "tidak konsisten' akan berkekalan walaupun masuk kelas BILL WILLIAM sekalipun.huhuhuhu!
Oleh itu,apa juga sistem atau kaedah urus niaga, objektif kita tetap sama, ingin profit dan konsisten. Dalam Trading Chaos, banyak perkara yang perlu kita pelajari dan "entry atau exit" bukanlah tajuk pertama yang kita akan pelajari.Kita akan dedahkan dahulu untuk memahami siapa market serta juga kesilapan-kesilapan kita dalam memahami pasaran dan lain-lain lagi yang berkaitan termasuk psikologi urus niaga. Di bawah ini saya kongsikan beberapa petikan yang boleh dimanafaatkan bersama.Insyallah!
1- Our thesis here is that it appears there are many problems making profits in the markets but actually there is only one: THE MIND.
2- Our trading problems are not going to be solved by learning more about the rsi, macd, Williams %R, the Market Facilitation Index, astrology. This process will never end, new leaves are always growing and next year there will be someone with a brand new gimmick, whether it is candlesticks or chaos promising you riches galore. Let me tell you a classified top secret and you must swear never to reveal it to anyone else. They won't work! Nothing old, new or different will ever work as long as the problem is the mind. We must get to the roots of the plant and that root is what we call our mind.
3- The market will always be a reflection of you. It is like the Grand Canyon. When you holler, "HELP", what you hear is "help". When you holler "GOD", what you hear is "god".
4- Think about it. Locked inside of those five simple words is the secret for uncompromising power and effortless trading. WANT WHAT THE MARKET WANTS. This will give you a new kind of power in the market.
5- When trading from the how we often FEAR what we can't understand. Trading from the now we understand that fear is a mental mistake.
Posted by WZWY at 8:34 AM 0 comments
Thursday, November 20, 2008
Wednesday, November 19, 2008
Masuk Untuk Rugi?
Apa yang mampu kita lakukan kalau begini pasaran semasa.Adakah pasaran sebegini yang dikatakan " Entry Untuk Loss ?".Tetapi walaupun demikian saya yakin masih lagi ramai rakan trader yang berkebolehan untuk mengutip hasil sewaktu pasaran sebegini dengan menggunakan kaedah masing-masing.
Bagi yang masih baru seperti saya, bila tiba waktu begini, mulalah tengok kiri tengok kanan, tengok atas tengok bawah. Dah cuba-cuba masuk, huhhh..loss pulak.Tengok astro lagi bagus, atau layan anak-anak atau keluar minum atau buat revisi.
Ada yang mungkin mengintai 'bdb' atau 'breakout fractal' di time frame yang lebih kecil seperti M5 atau M1.Boleh kutip "samah seriyal" jadilah...hehehe..
Kalaulah rakan-rakan pengunjung budiman blog ini mempunyai idea bernas yang pernah dilakukan atau teknik apa yang dilakukan semasa 'corective' ini amatlah bagus dan dihargai untuk dicatat dalam ruangan komen anda.Boleh juga rakan-rakan lain mendapat ilmu dan manafaat.
Nasihat rakan kepada saya, gunakanlah masa ini untuk perkara-perkara yang bermanafaat dan mampu dilakukan.Ini juga boleh dilakukan apabila terlepas untuk masuk dengan BDB.
Jika seminggu tiada 'profit' yang dihasilkan atau mungkin 'loss' pula yang kita perolehi. Ini mungkin akan menjejaskan kosentrasi kita, apatah lagi jika kita mengalami masalah kewangan atau masalah kerja. Apa lagi yang mampu kita lakukan selain terus berusaha dan yakin dengan setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya dan kita tak putus-putus memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa.Insyallah! satu hari nanti,mungkin esok atau lusa atau minggu depan, kita akan berada pada masa yang tepat untuk 'entry' dan mengutip 'profit'.
"Allahumma, aku terjaga olehmu dalam nikmat, afiat ( keselamatan dari mara bencana ), dan terjaganya rahsia-rahsia ( dosa-dosa )ku, maka sempurnakan nikmatMu afiatMu dan penjagaanMu, di dunia dan di akhirat."
Posted by WZWY at 4:58 PM 1 comments
Friday, November 14, 2008
Mind Set Aku Kena Betul!
KUALA LUMPUR 13 Nov. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengingatkan ahli-ahlinya agar jangan mudah terpedaya dengan taktik halus skim cepat kaya.
Presidennya, Omar Osman menegaskan, memandangkan ia adalah sesuatu yang serius, peringatan akan dibangkitkan pada Majlis Mesyuarat kesatuan itu yang berlangsung esok sehingga 15 November di Kota Kinabalu.
Katanya, skim cepat kaya itu antara lain menipu wang orang ramai dengan pujuk rayu menerusi Internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
''Kami hendak seluruh jabatan dan kesatuan di peringkat negeri dapat menyampaikan mesej itu kepada ahli sekali gus mengelakkan mereka menjadi mangsa skim cepat kaya itu.
''Mana boleh kita mendapatkan pulangan yang begitu lumayan dalam masa yang singkat. Sekiranya kita menggunakan logik akal, kita akan sedar skim itu hanyalah satu helah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
__________________________________________________________________
Itu adalah sebahagian berita-berita tentang rakyat Malaysia boleh dikatakan kian 'terdesak' untuk mencari pendapatan alternatif selain pendapatan utama mereka. Begitu juga saya, anda, rakan-rakan anda dan sebahagian besar lagi yang meneroka pelbagai bidang untuk mencari 'wang tambah' atau mungkin sudah menjadikan ia sebagai pendapatan utama kerana memperolehi hasil lumayan.
Perniagaan FOREX bukan semudah yang disangkakan, dan tidak cukup dengan hanya menyertai satu-satu kelas dan kita akan berjaya.Walau bagaimanapun bagi yang sudah mengenali 'underlying structure' pasaran serta mahir dalam satu-satu sistem urus niaga, pendapatan mereka bagaikan paip yang mencurahkan 'USD' pada bila-bila masa yang dikehendaki dengan hanya memusing kepala paipnya sahaja. Insyallah saya dan juga anda yang masih belajar dan terus belajar akan mencapai tahap sedemikian. Dan kita belajar dari satu langkah ke satu langkah lagi yang lebih atas, dan jangan sesekali 'skip' pembelajaran terutama dalam mempelajari 'Trading Chaos'.
Pesan rakan 'trader', jika benar-benar ingin sukses sebagai 'Forex Trader', kita harus fokus betul-betul dalam memahami 'trading system' dan juga struktur aliran pasaran dengan sebaik mungkin.Dan jangan sesekali campur aduk sistem dan juga sibuk dengan urusan part time lain yang sememangnya kita tidak cukup masa atau ruang untuk menelaah dan memperbaiki 'perfomance' urus niaga kita.
Logiknya, jika kita lihat kejayaan seseorang itu disebabkan beliau fokus pada satu perkara sahaja dan tidak mencampur adukkan dengan perkara-perkara lain yang membolehkan beliau hilang fokus atau mengabaikan perkara-perkara yang perlu dalam proses mencipta sesuatu kejayaan.
Oleh itu, sama-sama kita renungkan dan jadikan iktibar jika ingin mencipta kejayaan sebagai 'Wiseman Trader'.Dan Tuhan tidak pernah berkata:" Kamu sekarang sudah diizinkan untuk berjaya".Melainkan kita ingin melakukannya.Insyallah kita akan berjaya....trading is waiting!
Posted by WZWY at 4:12 PM 1 comments
Friday, November 7, 2008
Sekadar Kiraan EW TF H4 EURUSD
Posted by WZWY at 5:05 PM 3 comments
Thursday, November 6, 2008
Bersyukurlah Di Atas Anugerah-Nya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Minggu ini pasaran pun dalam situasi 'corrective' dan sukar nak meramalkan apa yang bakal berlaku,padahal kita nak 'buy' atau 'sell' sahaja....hehehehe
Apa yang anda fikirkan tentang foto di sebelah, tak kira sama ada ia berlaku di negara kita atau tidak, kemiskinan sememangnya wujud di negara kita. Foto tersebut banyak memberi keinsafan kerana dengan rezeki yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kita, sewajarnya kita menjadi insan yang bersyukur dan membelanjakan sebahagian harta kita ke jalan fisabilillah.
Kita seharusnya bersyukur kerana ia mungkin tidak berlaku ke atas diri kita atau keluarga kita atau saudara mara kita atau jiran mungkin.Ramai lagi insan lain di sekeliling kita yang sukar untuk mencari nafkah hidup, tambah-tambah lagi yang berada di kotaraya seperti Kuala Lumpur dan lain-lain bandar besar.Kita bersyukur di beri ilmu oleh Allah SWT dalam dunia perniagaan forex ini.Dan walaupun ia memberi seribu cabaran buat kita, tapi kita tidak pernah berputus asa dan terus mencuba dan berusaha.Syabas buat diri kita semua!
Sebagai 'wiseman trader', kita tidak seharusnya menjadi manusia yang tidak bersyukur dan mementingkan diri sendiri. Insyallah dengan kesedaran dan keinsafan kita dalam membantu insan-insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim, orang kurang upaya, orang miskin dan sebagainya, kita akan terus dilimpahi rahmat dan rezeki oleh Allah SWT. Didoakan saya dan juga rakan-rakan 'trader' menjadi insan yang bersyukur dan senantiasa membantu insan-insan yang memerlukan...amiin!!!
Posted by WZWY at 9:11 PM 0 comments
Saturday, November 1, 2008
BULLISH DAN BEARISH DIVERGENCE BAR
Sebagai pengenalan BDB adalah satu posisi yang dikatakan 'posisi terbaik' di dunia apabila 'entry' dan kita akan mampu memperolehi profit yang maksima. Wajib kita melihat terlebih dahulu wujudnya bar bdb tersebut apabila melihat 'siapa' yang 'control' pasaran semasa.
Posted by WZWY at 10:21 AM 2 comments
Thursday, October 30, 2008
Catat Jangan Tak Catat
Sejak dari zaman persekolahan hingga sekarang, kita tidak dapat tidak kita akan sentiasa tidak lekang dengan nota. Masa sekolah wajib catat nota semasa dalam kelas atau ulangkaji. Dan masa kerja pula kena catat nota juga apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan atau dalam mesyuarat.Oleh itu, catatan nota adalah suatu perkara yang mustahak bagi melicinkan kerja kita.
Oleh itu, salah satu ciri 'wiseman trader' yang berjaya, kita semestinya menjadikan amalan mencatat nota urus niaga satu rutin harian untuk rujukan akan datang dan memudahkan kita membuat 'post mortem'.
Setiap 'entry' kita akan dicatat dan seterusnya 'copy' 'screen shot' dan tulis apa yang berlaku pada masa itu dan alasan-alasan kukuh yang menyebabkan kita 'entry'. Jika ia memberi 'profit' atau pun 'loss', kita tetap mencatat selepas tamat urus niaga tersebut. Dan buka satu 'folder' Nota Catatan Urus Niaga bagi memudahkan untuk kita membuat rujukan.Kalau nak bagus lagi, kita 'print out' dan masukkan dalam fail urus niaga kita.
Perkara kedua, saya ditanya oleh salah seorang pengunjung blog ini ialah tentang 'money management'. Saya bukanlah seorang pakar, tetapi apa yang dilakukan ialah setiap entry kita berdasarkan 'Bullish/Bearish Divergence Bar', oleh itu Stop Loss kita ialah satu 'tick' di atas/ di bawah bar tersebut.Kalau 'entry' di TF M15, kebiasaannya SL kita sekitar 20-30 pips dan mungkin kurang atau lebih lagi.Jika BDB kita itu berkualiti, insyallah kita akan 'profit' tanpa menghampiri SL kita.
Apa yang menjadi masalah juga apabila 'entry' tidak berdasarkan BDB, dan ini menyebabkan kita tiada lokasi sesuai untuk SL melainkan berdasarkan modal semasa kita. Kalau kes macam nih, saya akan tetapkan paling besar sanggup kerugian ialah 5% sahaja.Tetapi pernah apabila 3%, saya sudah 'cutloss'.Sebab utama ialah jika kita salah masuk, kenapa perlu susah-susahkan diri lagi.Insyallah 3%-5% itu, kita akan dapat ganti pada urus niaga akan datang atau esok hari.Oleh kerana, sekarang fokus 'entry' berdasarkan BDB, maka SL ialah di BDB jugalah.Bagi yang tidak menggunakan sistem chaos, terpulang kepada cara masing-masing, tetapi kebiasaannya sanggup tanggung kerugian ialah 5%-10%, tetapi atas daripada 5% itu, saya anggap agak besar.
Saya juga amalkan cara untuk mengelakkan loss ialah 'lock profit' sekurang-kurangnya 1 pips dari 'open price' apabila market sudah bergerak 'profit' sekurang-kurangnya 10-20 pips.Tetapi minggu ini berlaku dua kes, harga kena SL tersebut dan seterusnya bergerak ikut arah masuk sehingga 60-80 pips.Memang rasa rugi, tetapi apakan daya,oleh kerana semasa urus niaga tersebut, ada perkara-perkara lain yang dilakukan, maka redhalah dengan rezeki sekian-sekian.Dan apabila harga makin bergerak mengikut arus kita, saya akan pindahkan SL tersebut mengikut fractal dan di sini boleh digunakan kaedah trailling 5 consecutive bar.Apa yang menjadi masalah apabila 'market corrective', tetapi kita masih mahu urus niaga..hehehe.Jika 'trending', 'alligator'lah panduan kita.Walau apa pun tindakan kita, yang kita inginkan ialah menjaga akaun kita agar dalam keadaan selamat.
Wassalam...
Posted by WZWY at 9:39 PM 1 comments
Tuesday, October 28, 2008
Kasi Semangat Sikit!
Hari ini asyik terlepas 'bas' nak 'entry', jadi apa kata silau-silau nilai tukaran semasa. Nampaknya kedudukan MYR semakin melemah dan ia memberi pulangan lebih baik untuk 'trader' semasa 'withdraw' nanti.
Dengan 'profit' USD100 pun kira lumayanlah untuk buat beli susu anak atau belanja dapur...heheheh
Walau bagaimanapun bagi 'wiseman trader', segala peraturan yang telah dijelaskan dalam e-book atau video dan sebagainya perlulah dipatuhi sekiranya kita ingin menjadi seorang 'trader' yang konsisten ( ni nasihat untuk diri sendiri jugak nih!). Salah satu faktor yang menjadi 'kelemahan' yang perlu di atasi ialah 'keberanian' untuk entry jika sudah 'jumpa' bdb ( kerana tak semua bdb itu berkualiti untuk kita masuk ).
Pesan Tok Guru, masuk saja yang mana wujud, kalau tak yakin,masuk dengan lot yang kecil untuk kita mudah belajar dan ingat berbanding dengan hanya menjadi pemerhati sahaja.Yang penting kita tahu 'underlying structure' sesuatu 'pair' tersebut dan ia akan banyak membantu kita nanti.
Apa-apa pun terpulang kepada cara masing-masing kerana kefahaman kita memang berbeza antara satu sama lain apabila melihat 'chart'.Yang penting kita berani untuk membuat keputusan atas penilaian kita terhadap urus niaga kita.Ini yang saya perlu beri perhatian juga.Insyallah!
Posted by WZWY at 8:19 PM 0 comments
Sunday, October 26, 2008
Panduan Trading Wiseman Trader
Posted by WZWY at 9:35 PM 2 comments
Friday, October 24, 2008
Nilai Tukaran Terkini
Suatu saat yang dinantikan oleh setiap trader ialah di saat menunggu hasil tuaian mereka masuk ke dalam akaun masing-masing.
Dan perkhabaran terkini, seperti apa yang dilihat di sebelah ini. Suatu ketika RM dalam situasi selesa. Sekarang untuk depo ke broker rasanya agak membebankan juga tetapi sebaliknya bagi yang ingin 'withdraw', ia sesuatu menggembirakan.
Walau apa pun, peluang sudah ada di hadapan kita (chart), yang menjadi persoalan sama ada kemampuan kita mengaplikasikan 'trading system' kita sendiri untuk mengaut keuntungan atau sebaliknya. Dan sering kali atau acap kali disebut ialah DISIPLIN, SABAR dan JANGAN TAMAK.Ia bukan semudah yang dijangkakan. Dan sebagai Wiseman Trader, jika ingin sukses dengan sistem, kita WAJIB masuk urus niaga bila wujudnya BDB dan masuk dengan Pending Order dan seterusnya menjaga akaun kita dengan Stop Loss ( 1 tick di atas/di bawah bdb ).
Seperti mana yang saya pelajari iaitu, untuk menilai sejauh mana 'filter' kita wajar diperiksa atau dikemaskini semula ialah berdasarkan 'perfomance' kita dalam 'trading' semasa kita.Jika ia memberangsangkan, wajar ia diteruskan, tetapi jika kurang menarik, maka amat wajar kita membetulkannya semula. Masuk 'workshop' untuk seketika dan mencari apa puncanya.
* terima kasih tak terhingga buat prof n fooart.
Posted by WZWY at 3:20 PM 0 comments
Sunday, October 19, 2008
Diskusi Forex
Nampaknya suasana raya masih terasa, masing-masing sibuk buat atau pun pergi ke rumah terbuka. Suasana biasa di Lembah Klang ini, setiap hujung minggu pasti bulan Syawal ini akan meriah dengan 'rumah terbuka'.
Malam semalam, berpeluang bersua muka dengan rakan-rakan trader dari forum KFC.Hannan, Matlan, Fuji dan Zack. Biasa diskusi secara online, apabila dapat berjumpa satu meja, banyak perkara yang dibincangkan tentang dunia forex.
Dan sebagai trader, rasanya perlu kita keluar sekali sekala berdiskusi dengan rakan-rakan trader yang lain bagi menambah pengetahuan dan juga saling bertukar fikiran. Tidak semestinya menggunakan satu sistem 'trading', kita boleh berdiskas dalam pelbagai perkara atau isu semasa berkaitan forex dan sebagainya.
Pelbagai topik diperbincangkan seperti situasi pasaran sekarang dan pengalaman masing-masing sepanjang urus niaga. Profit dan Loss adalah sesuatu yang rutin bagi seorang trader.Tiada apa yang nak dimalukan, kerana kita dapat berkongsi pengalaman dan jadikan ia suatu ilmu untuk kita urus niaga pada masa akan datang.
Apa yang menarik isu yang kami diskas dan ingin saya kongsikan di ruangan ini ialah tentang psikologi trading. Ia sememangnya suatu perkara yang amat penting, tetapi kadang-kadang dipandang sepi oleh trader dan lebih fokus kepada sistem semata-mata. Padahal psikologi ini yang banyak mempengaruhi kehidupan semasa kita, oleh itu tidak dapat tidak ia akan mempengaruhi suasana urus niaga kita.Contohnya, apabila kita ditimpa apa-apa masalah atau sakit, adakah fikiran atau minda kita akan tenang? Bolehkah kita berurus niaga pada hari tersebut? Boleh memang boleh, tetapi apakah keputusan buy sell kita nanti mengikut disiplin trading kta atau dipengaruhi emosi.
Sebagai trader muslim, apa kata sebelum kita berurus niaga atau menekan butang BUY atau SELL, kita dalam keadaan tenang atau suci atau bersih. Maknanya kita dalam keadaan berwuduk, semoga sifat-sifat negatif atau tamak dan sebagainya dapat dihapuskan semasa urus niaga. Dan lagi baik, kita mulakan hari dengan Solat Dhuha dan memohon keredhaan Illahi di sepanjang hari tersebut. Sememangnya bagi Wiseman Trader, setiap pagi diminta menulis 'morning pages' dan ia ada matlamatnya tersendiri. Tetapi apabila kita memohon kepada Maha Pencipta Allah SWT. Maka Insyallah, urus niaga kita akan lebih sukses dan kita pun dalam keadaan tenang dan bijaksana.
Terima kasih Hannan, Matlan, Zack & Fuji atas perkongsian idea.
Posted by WZWY at 7:59 PM 0 comments
Saturday, October 18, 2008
Friday, October 17, 2008
Siapa Kita Di Waktu Senang Atau Susah
Sebagai seorang insan atau manusia, kita tak dapat tidak untuk menghadapi susah atau senang dalam kehidupan semasa kita.Sama ada ia berat atau ringan, ia wajib ditanggung oleh kita juga.
Sebagai 'trader' forex kita akan rasa tenang dan bahagia apabila akaun bertambah dari semasa ke semasa. Dan kita akan kecewa bila akaun kita semakin lama semakin susut.
Pelbagai sistem telah digunakan, orang lain boleh kita pula tak boleh. Apa sebab? Apa salahnya kita? Oleh itu, wajar kita muhasabah semula atau nilai semula sejauh mana kefahaman kita terhadap sesuatu sistem atau ia berpunca daripada kelemahan diri sendiri.
Dalam kehidupan semasa juga, adakah kita bersedia atau ada insan di samping kita akan bersama-sama kita apabila kita dalam situasi memerlukan bantuan atau tidak. Semasa senang semua nampak bagus , baik dan sewaktu dengannya.Dan apabila ditimpa musibah, adakah ia sama berlaku? Bersediakah kita senarai panjang atau pendek siapa yang benar-benar akan bersama kita atau membantu kita semasa susah? Sama ada ia keluarga, adik beradik, rakan-rakan, jiran atau siapa sahaja.
Mungkin bukan salah mereka jika gagal membantu, mereka juga ada sebab tersendiri seperti mana kita mungkin.Muhasabah diri sendiri juga, mungkin kita juga mempunyai beberapa kelemahan yang tidak disedari oleh kita sendiri.Walau apa pun, mungkin benar secara keseluruhannya kata-kata bahawa...sewaktu senang ramai insan di samping bergelak ketawa, tapi bila kita susah, tiada lagi insan yang ingin berada di samping kita.
Itulah lumrah alam yang wajar kita tempuhi, hendak atau tidak kita perlu bersedia atau ada sistem 'back up' sendiri.Seperti mana dalam 'trading' kita juga, kita perlu mengurus akaun kita dengan sebaik mungkin agar ia bertahan lama.Hendak atau tidak diri sendiri yang menentukan hala tuju kita.
Posted by WZWY at 5:58 PM 0 comments
Tuesday, October 14, 2008
Morning Pages : Wiseman Trader
Ia mungkin sesuatu yang baru dan sukar untuk dilakukan. Menulis 'Morning Pages' memerlukan komitmen dengan penulisan dalam 3 halaman muka surat dan setiap awal pagi. Jika tiada apa-apa idea sekali pun untuk menulis atau hanya menulis " Saya tiada apa yang hendak ditulis" dikira anda telah menulis.
Oleh itu, 'Morning Pages' ini kita boleh menulis dalam semua isu atau apa sahaja perkara yang berkaitan diri kita sama ada yang suka atau duka atau apa-apa perancangan dan sebagainya.Ianya bebas untuk kita menulis apa sahaja.
Kita akan berterus terang dengan diri sendiri dengan apa yang kita mahu atau lakukan atau berlaku kepada diri kita. Sememangnya pada awal pagi selepas Solat Subuh contohnya, dengan badan yang segar, pemikiran yang lapang dan perasaan yang masih lagi segar kita capai sebatang pen dan melakar tulisan dalam TIGA halaman secara bebas. Ia sesuatu yang lain dan suatu pengalaman yang cukup bermakna. Dan kita juga tidak digalakkan membaca halaman sebelum dalam selang beberapa minggu.
Hasil daripada 'Morning Pages' ini akan memberikan kita menyelami semula siapa diri kita,apa yang kita inginkan dan ia juga dapat memberikan kita idea atau buah fikiran bagi mengatasi apa-apa permasalahan dan sebagainya.
'Morning Pages' sebagai platform atau tempat untuk kita mengeluh,meluahkan perasaan,mengadu dan sebagainya. Dan kuasa 'Morning Pages' ini juga dapat melegakan perasaan dan fikiran kita. Dan ia menjadikan kita lebih yakin dan insan yang bersyukur.
Dan sebagai Wiseman Trader ia sememangnya akan dapat membantu diri kita untuk terus menjadi seorang trader yang berjaya dan sudah tentu meningkatkan pencapaian kita pada setiap hari...Insyallah!Walaupun ia bukan sistem 'trading' tetapi ia amat membantu diri sendiri menggunakan sistem kita dalam setiap urus niaga.
Tidak lengkap kita sebagai Wiseman Trader sekiranya kita mengabaikan 'Morning Pages' ini. Hanya TIGA halaman, TULISLAH apa sahaja yang ada diminda kita.Semoga saya sendiri dan rakan-rakan Wiseman Trader tekun dan sabar menulis 'Morning Pages' secara konsisten.
Posted by WZWY at 8:00 PM 0 comments
Saturday, October 11, 2008
PENGURUSAN RISIKO: 4 PERATURAN KLASIK
EMPAT Peraturan Klasik Pengurusan Risiko Sebagai Pedagang :
1 ) Biarkan pasaran yang mempengaruhi keputusan anda, dan bukan ego anda.
2 ) Biarkan keuntungan berterusan,potong kerugian dengan pantas.
3 ) Sentiasa berpihak kepada pemenang sahaja.
4 ) Ikuti arus.
Posted by WZWY at 12:30 PM 0 comments
Tuesday, October 7, 2008
Friday, September 26, 2008
Keselamatan Semasa Pulang Beraya
Salam Aidilfitri buat semua, walaupun hari raya yang bakal menjelma insyallah pada 30 Sept atau 1 Oktober nanti. Tetapi buat masa dan ketika ini, khususnya anak perantau sudah mengatur rancangan untuk pulang ke kampung masing-masing termasuklah diri sendiri.
Seperti mana apabila trading, kita perlu percaya kepada sistem dan pasaran semasa, kerana ia akan memberi kesan ke atas urus niaga dan juga prestasi perniagaan kita.
Begitu juga semasa pulang beraya, kita juga perlu percayakan kenderaan dan diri sendiri untuk memandu jarak jauh atau sederhana.Pastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil dan juga bersedia untuk pemanduan balik kampung nanti.Sama-samalah berdoa semoga kita semua akan sampai pergi balik dengan selamat dan sejahtera.
Dan jangan lupa dengan 'abang polis' di atas itu yang sentiasa peka dan perhatikan kita di sepanjang perjalanan kita nanti. Dan patuhi segala peraturan semoga tak kena 'tembak' masuk skrin.Alih-alih lepas raya dapat surat saman..huhuhu....Di bawah ini ada sedikit tips untuk diri sendiri dan rakan-rakan.
8 Petua Keselamatan Jalan Raya - Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
- Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
- Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
- Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
- Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
- Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
- Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
- Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan penumpang.
Posted by WZWY at 11:39 AM 0 comments
Tuesday, September 23, 2008
BDB di EU?-Updated 6.00am
Posted by WZWY at 5:59 AM 0 comments
Friday, September 12, 2008
Pengurusan Diri
- Memberikannya kopi dan teh sebagai permulaan harinya?
- Memberikannya makanan segera yang penuh dengan gula?
- Menguncinya di dalam bangsal, dengan hanya sebuah televisyen sebagai teman?
- Tidak membenarkan ia bersenam?
- Membenarkannya minum minuman keras dan berkarbonat?
- Membenarkannya menghisap rokok untuk menenangkan diri?"
- Disiplin
- Sebuah Pelan Dagangan
- Tahap kesihatan yang baik
- Bermain catur dengah seorang profesional
- Menumbuk sebuah beg tinju seberat 100 kilogram
- Mengangkat berat
- Berlari 10KM mengelilingi gimnasium
- Berenang sebanyak 20 pusingan di dalam satu kolam bersaiz olimpik, dan berenang dua pusingan di bawah air untuk menguatkan paru-parunya.
- Kesihatan dan pemakanan
- Senaman
- Rekreasi
- Ketenangan mental
Posted by WZWY at 11:56 PM 0 comments
Friday, September 5, 2008
Thursday, September 4, 2008
Disiplin Diri: Sukar dan Susah?
Posted by WZWY at 7:43 PM 0 comments
Wednesday, September 3, 2008
Tuesday, September 2, 2008
Bina Impian Gapai Impian
Posted by WZWY at 11:26 PM 0 comments
Saturday, August 30, 2008
Ulangkaji Dengan Live Trading
( Perhatikan kedudukan Price dengan Alligator di Semua TF di atas dan juga
perhatikan momentum AO ( merah ) yang kesemuanya berada di bawah 0 )
Posted by WZWY at 6:24 PM 1 comments


















