Friday, March 20, 2009

10 Fakta Yang Wajib Tahu

Dunia FX juga adalah sama dengan mana-mana perniagaan di luar sana. Cuma dalam perniagaan ini nampak mudah dan senang kerana kita hanya perlu melakukan urusan jualan atau belian sahaja. Dan mungkin dalam masa 30 minit atau kurang seseorang itu telah menjana wang yang cukup lumayan. Itu adalah fakta. Dan faktanya juga seseorang itu boleh kehilangan wang dalam masa 30 minit atau kurang. Antara fakta atau tips yang boleh dikongsikan di sini ialah :


1- Jangan abaikan TIGA perkara utama jika ingin berjaya dalam perniagaan ini iaitu mempunyan Pelan Dagangan yang kita yakini dan fahami, mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi dan melakukan pengurusan wang dengan berhemah jika ingin bertahan lama dan meningkatkan jumlah akaun.


2- Trader FX bukan hanya melibatkan sistem atau kecanggihan Pelan Dagangan semata-mata tetapi pengurusan diri kita sebagai pedagang seperti tahap kesihatan, pemakanan, kerohanian, motivasi diri dan sebagainya yang melibatkan diri kita sendiri. Peringkat awal memang kita banyak masa dihabiskan untuk mengkaji sesuatu sistem urus niaga tetapi selepas itu jangan abaikan langsung tentang penjagaan diri kita sendiri yang bertanggungjawab untuk menguruskan sistem tersebut. 

3- Ilmu sudah ada dalam diri cuma pandangan kita dikaburi oleh masalah dalaman diri sendiri atau pun "underlying structure" diri kita sebagai pedagang seperti kekuatan emosi, mental, disiplin dan sebagainya.Seperti yang terkandung dalam buku Trading Chaos, kita kenali diri kita sebenarnya, barulah kita wajar mengenali pasaran atau sistem yang kita ingin kuasai. Antara kita memang berbeza pemahaman dan pengalaman, walaupun sama-sama menggunakan sistem yang sama. Itu bukan persoalannya, yang penting bagaimana kita nak sesuaikan sistem tersebut dengan kemampuan diri kita sendiri. 

4- Rajin-rajinlah untuk membaca apa-apa bahan berkaitan seperti buku atau ebook berkaitan pelan dagangan yang kita gunakan dan juga buku-buku ilmiah yang lain seperti bahan bacaan keagamaan dan motivasi diri. Walaupun nampak tiada kaitan dengan Forex tetapi ia akan memberi sesuatu inspirasi kepada kita.

5- Sebagai pedagang forex juga, dicadangkan kita mempunyai rakan-rakan atau kumpulan yang boleh kita kongsikan tentang pelan dagangan dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan dunia urus niaga ini. Adakalanya kita akan menjadi manusia yang keliru atau putus asa kerana kegagalan urus niaga. Tugas rakan-rakan ialah untuk memberi sokongan untuk kekuatan semangat kita.

6- Kita juga perlu sedar untuk berjaya dalam apa bidang sekali pun ia bukanlah mudah dan menggunakan jalan pintas. Oleh itu, kita mulakan dari satu langkah ke satu langkah yang lain mengikut urutannya. Ini juga dapat mengatasi sikap tamak dalam diri dan dapat elakkan sikap terlalu yakin dan boleh menyebabkan kita tergolek dalam urus niaga.

7- Setiap klik 'entry' , kita perlu analisa terlebih dahulu sama ada ia bertepatan dengan 'setup' sistem urus niaga kita guna. Di sinilah kunci disiplin memainkan peranannya. Jika kita memaksa diri untuk 'entry position' bermakna kita sengaja menempah musibah kerana pasaran akan menunjukkan dirinya untuk kita berurus niaga atau duduk diam-diam.

8- Elakkkan diri untuk mengadap chart terlalu lama untuk mencari titik 'entry' jika pasaran dalam situasi tidak mengizinkan dengan sistem yang kita gunakan.

9- Elakkan diri untuk masuk berurus niaga jika kita dalam kesibukan dengan tugasan lain. Ini akan mendatangkan mudarat kerana setiap posisi yang kita masuk memerlukan fokus yang sebaik-baiknya kerana setiap pips itu adalah wang kita. 

10- Elakkan diri untuk masuk berurus niaga jika situasi emosi dan psikologi kita terganggu seperti terlalu letih,mengantuk, berselisih faham dengan seseorang atau dan sewaktu dengannya. Sepuluh perkara di atas adalah berdasarkan pengalaman yang dikutip oleh saya sepanjang menjadi pedagang forex ini. Walaupun masih belajar untuk berdagang, diharapkan dengan panduan di atas, kita sama-sama sukses dalam perniagaan penuh warna ini.Wassalam!

1 comments:

Nando FM January 13, 2017 at 11:19 AM  

Halo Admin,
Selamat pagi,
Saya Nando dari ForexMart.
Kami adalah perusahaan broker forex teregulasi dari Eropa (CySec dan MiFid).
Saya ingin mendiskusikan mengenai hubungan kerjasama(online partnership) program afiliasi yang menguntungkan terkait blog onerich.
Kami memiliki spesifikasi kemitraan dan link afiliasi untuk mempermudah administrator dan memungkinkan untuk mendapatkan $10 dari setiap lot standar referral yang melakukan trading.
Apabila tertarik dapat menghubungi saya.
Kami akan sangat senang untuk dapat memulai kerjasama dengan anda.
Terima kasih
Regards,
Nando
Business Development
ForexMart
Skype: nando.forexmart

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP