FIKIR JANGAN TAK FIKIR
Macam mana aku nak 'profit' nih?
Macam mana aku asyik kena Stop Loss saja nih?
Macam mana diaorang boleh 'pip' ratus-ratus sehari nih?
Macam mana aku nak konsisten 'profit' nih?
Macam mana nak 'trade', kalau sibuk memanjang dengan kerja nih?
Ehh...Time Frame mana aku nak guna nih?, Kalau guna H4 macam OK jugak, ehh..guna M15 lah, ehh..entahlaaa...nanti tanya sapa-sapa yang tahu.
Waktu bila market aktif sikit, bolehlah aku 'profit' banyak sikit.
Buku apa aku nak baca lagi nih?
Macam mana aku nak fahamkan ebook nih, semuanya dalam Bahasa Inggeris, susah aku macam nih!
Rasanya itulah antara yang difikirkan oleh rata-rata 'trader' yang masih lagi baru berkecimpung atau memang dah agak lama berada dalam dunia ' FX Trading' ini. Sebenarnya, itulah antara perkara-perkara yang sentiasa berlegar-legar dalam kepala saya. Dan alhamdulillah, di antara perkara-perkara di atas, sudah menemui penyelesaiannya.
Semua ini boleh ditemui dengan pengalaman semasa, tidak mudah putus asa dengan halangan yang merintangi sepanjang usaha kita sebagai 'trader', membaca pelbagai bahan ilmiah, rajin bertanya ( skil pun kena mahu ada ),berkorban masa dan tenaga, sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa, sentiasa membuat revisi, analisa segala kesilapan dan kelemahan, dan antaranya yang dirasakan perlu ialah kesedaran dari dalam diri sendiri untuk berubah.
Semua orang sukakan kejayaan tetapi sejauh mana orang yang sanggup menjejaki langkah-langkah yang pernah dilalui oleh mereka yang telah berjaya menempatkan diri mereka di tahap yang mereka impikan. Kita hanya pandai bermain dengan pelbagai ALASAN tetapi INGIN SUKSES! Ada sedikit halangan atau kepayahan untuk mendapatkan sesuatu, kebanyakannya akan mengeluh dan mula mencari 'jalan pintas' untuk mendapatkan sesuatu yang mereka impikan. Oleh itu, jangan pertikaikan KUALITI ilmu atau apa sahaja yang diperolehi dengan 'jalan pintas' berbanding dengan mereka yang berusaha gigih dari bawah.
Buat ingatan untuk diri sendiri juga, agar jangan jemu untuk terus belajar dan fokus pada sesuatu yang kita lakukan. Insyallah semua persoalan di atas akan kita dapat temui RAHSIA penyelesaiannya. Kadang-kadang semua jawapan sudah ada di depan mata, tetapi kita tidak nampak atau mengabaikannya.
* masih mencari jawapannya?...BACK TO BASIC!!!
* TQVM to my masta2....
0 comments:
Post a Comment