JANGAN TAKUT! ( BHG 2 )
5. Orang yang pasrah dan menyerah
Golongan ini pasrah sahaja kepada rasa takut. Oleh kerana mereka yakin, takut adalah basahan dalam hidup, maka terima sajalah.Apa boleh buat.Mereka membina harapan kosong, mudah-mudahan ketakutan itu akan berlalu dan hidup kembali pulih seperti biasa.
Memang benar ketakutan itu akan berlalu, tetapi ketakutan lain akan muncul bertandang.Sikap pasrah tanpa cuba belajar untuk menangani ketakutan bukanlah sikap terpuji.
Ketabahan sebenar ialah apabila kita hadapi semuanya dengan tenang sekaligus belajar agar ketakutan yang sama tidak berulang.
6. Orang yang bijak dan sabar.
Mereka bukan sahaja sabar tetapi bijak menangani ketakutan. Mereka menerima ketakutan dengan sabar, dan cuba menanganinya dengan mengambil tindakan dengan penuh kebijaksanaan. Kita ingin menjadi golongan seperti ini.
HIDUPKAN IMPIAN DAN KEINGINAN YANG MENYALA-NYALA
Yakinlah bahawa setiap kali kita melangkah masuk ke zon yang mencabar, maka setiap kali itu kita akan diuji dengan ketakutan-ketakutan yang baru lagi. Ini lebih baik daripada terus menghadapi 'ketakutan-ketakutan lama' dalam zon selesa sebelum ini.
Impian yang menyala-nyala akan memadamkan ketakutan dalam diri kita. Impian mesti besar untukmenakluki rasa takut. Sekiranya kita ada keinginan tetapi keinginan itu tidak cukup kuat untuk memadamkan rasa takut, itu sebenarnya bukan keinginan. Itu hanya angan-angan. Sebaiknya, tukarkanlah rasa takut itu untuk menjadikannya satu keinginan yang menyala-nyala.
Ketakutan untuk gagal menjadi keinginan untuk berjaya. Ketakutan menjadi miskin,mendorong keinginan menjadi kaya. Ketakutan menghadapi mati, menyebabkan kita berhati-hati dalam menjalani kehidupan.
Ketakutan dengan 'loss' sepatutnya mendorong keinginan kita untuk mengutip 'profit' dan berdisiplin dalam urus niaga. Dan tidak berputus asa dan terus berusaha gigih untuk menguasai diri dan sistem urus niaga kita.
TIPS BERANI UNTUK "TAKUT"
1- Katakan ketakutan itu adalah perkara biasa. Tidak salah untuk takut. Malah takut adalah rasa yang dialami sekalipun oleh orang yang paling berani.
2- Analisa ketakutan kita. Apakah takut yang kita rasa itu tepat pada perkara, masa dan keadaannya?
3- Buat perancangan untuk elakkan ketakutan itu. Sediakan langkah-langkah praktik untuk menghadapinya. Dan terus laksanakannya tanpa bertangguh lagi.
4- Fikirkan keadaan terburuk yang mungkin terjadi. Terima secara mental. Dan conggak persiapan yang perlu dilakukan sekiranya itu benar-benar berlaku. Sediakan Pelan B.
5- Berdoa, bertawakal.
Sesuaikan dengan kehidupan seharian kita sebagai 'trader'.
Sama-samalah kita berusaha untuk menghindarkan rasa takut kita dengan pancaroba atau onak duri sebagai trader dan berusaha untuk konsisten dalam urus niaga kita. Yang penting kita tahu apa yang kita lakukan dan kita terus gigih berusaha untuk mengatasinya.
" Terimalah ketakutan sebagai harga peningkatan dalam hidup. Hidup perlukan peningkatan, sama ada dari segi material atau fizikal lebih-lebih lagi dari segi rohaniah."
( Rujukan : Tulisan Pahrol Mohamed Juoi : SOLUSI )
0 comments:
Post a Comment