Thursday, August 11, 2011

KEMBALI SEMULA?

KEHIDUPAN KITA melalui beberapa fasa yang terpaksa dilalui berdasarkan apa perancangan kita atau pun memang ia suatu qadha dan qadar Allah SWT.

Berjumpa seseorang pada dua bulan lepas membuatkan saya berfikir seketika. Teruskan semula atau sebaliknya.
TERUSKAN SEMULA

Bila membuat keputusan kembali semula ke gelanggang 'permainan' ini, saya perlu lebih bersedia dengan lebih rapi lagi. 'Machine Gun', 'Rifle', kayu, tombak, keris, cangkul dan pelbagai senjata yang sesuai perlu dipersiapkan. Bukan itu sahaja, paling penting ILMU perlu digilap semula dan dikemaskinikan. Nasib ada rakan yang masih sudi membantu.

PERLUKAN KOMBINASI
Dalam dunia urusniaga forex ini tiada satu sistem yang sempurna. Ia juga memerlukan kekuatan mental atau psikologi pedagang itu sendiri. Semuanya perlu digabungkan menjadi SATU.

Insya-Allah dengan kombinasi pelbagai ilmu atau teknik urus niaga, diharapkan setiap entri sekurangnya menghasilkan 70-90 peratus kemenangan urus niaga. Masih ingat lagi pada awal-awal penglibatan pada tahun 2007 dulu, pelbagai teknik digunakan dan banyak pengalaman dikutip. Ada ketika tidak lelap mata hingga ke Subuh. Banyak diabaikan beberapa tanggungjawab lain kerana asyik di depan 'chart'.

PERLU ADA MATLAMAT
Dalam apa jua dilakukan perlu ada matlamat sebagaimana dua pasukan bolasepak mahu menjaringkan sebanyak mungkin gol. Dan pastikan gol sendiri tidak dibolosi pula oleh pihak lawan. Begitu juga dalam urus niaga kita mahukan kemenangan dalam setiap kali entri posisi. Ia bukan semudah itu. Ia perlukan kajian dan analisa yang baik berdasarkan sistem atau teknik kepercayaan kita. Jangan hirau dengan apa kata orang tentang kaedah kita gunakan. Janji kita tahu apa yang kita lakukan. LIhat semula stastistik pencapaian kita. Jika peratusan gagal lebih dominan, kita perlukan PERUBAHAN dan KEMASKINI semula sistem urus niaga kita.

Wallahulam. 

Selamat Menjalani Ibadah Puasa. ( sedang running buy GU 34 pips )

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP