Friday, October 17, 2008

Siapa Kita Di Waktu Senang Atau Susah

Sebagai seorang insan atau manusia, kita tak dapat tidak untuk menghadapi susah atau senang dalam kehidupan semasa kita.Sama ada ia berat atau ringan, ia wajib ditanggung oleh kita juga. Sebagai 'trader' forex kita akan rasa tenang dan bahagia apabila akaun bertambah dari semasa ke semasa. Dan kita akan kecewa bila akaun kita semakin lama semakin susut. Pelbagai sistem telah digunakan, orang lain boleh kita pula tak boleh. Apa sebab? Apa salahnya kita? Oleh itu, wajar kita muhasabah semula atau nilai semula sejauh mana kefahaman kita terhadap sesuatu sistem atau ia berpunca daripada kelemahan diri sendiri. Dalam kehidupan semasa juga, adakah kita bersedia atau ada insan di samping kita akan bersama-sama kita apabila kita dalam situasi memerlukan bantuan atau tidak. Semasa senang semua nampak bagus , baik dan sewaktu dengannya.Dan apabila ditimpa musibah, adakah ia sama berlaku? Bersediakah kita senarai panjang atau pendek siapa yang benar-benar akan bersama kita atau membantu kita semasa susah? Sama ada ia keluarga, adik beradik, rakan-rakan, jiran atau siapa sahaja. Mungkin bukan salah mereka jika gagal membantu, mereka juga ada sebab tersendiri seperti mana kita mungkin.Muhasabah diri sendiri juga, mungkin kita juga mempunyai beberapa kelemahan yang tidak disedari oleh kita sendiri.Walau apa pun, mungkin benar secara keseluruhannya kata-kata bahawa...sewaktu senang ramai insan di samping bergelak ketawa, tapi bila kita susah, tiada lagi insan yang ingin berada di samping kita. Itulah lumrah alam yang wajar kita tempuhi, hendak atau tidak kita perlu bersedia atau ada sistem 'back up' sendiri.Seperti mana dalam 'trading' kita juga, kita perlu mengurus akaun kita dengan sebaik mungkin agar ia bertahan lama.Hendak atau tidak diri sendiri yang menentukan hala tuju kita.
" Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku." Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui. " (Az Zumar,49. )

0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP