Tuesday, February 24, 2009

Who am I?

Kalau soalan ini ditanya, siapa aku sebenarnya;apakah jawapan yang bermain-main dalam fikiran kita? Dalam ebook Chaos Trading ada diceritakan tentang perkara ini. __________________________________ Mungkin ada yang menjawab saya ialah seorang guru yang bertanggungjawab, atau seorang 'trader' yang berdisiplin, atau saya seorang pelajar yang gigih. __________________________________ Mengetahui siapa kita sebenarnya sangat penting kerana identiti kita dan kelakuan kita tidak pernah konflik. Ahli psikologi merumuskan kelakuan seseorang itu mengikut identitinya. Bijak pandai ada berkata, " Siapa anda,menentukan bagaimana anda melihat. Apa yang anda lihat itulah yang anda dapat".Ungkapan ini sangat penting difahami supaya seseorang yang hendak melakukan perubahan dalam kehidupannya tahu secara tepat perkara yang perlu diberi tumpuan agar perubahan yang diinginkan itu tepat dan dapat menghasilkan kejayaan. ___________________________________________________________________ Contoh mudah melalui ungkapan " siapa anda menentukan apa yang anda lihat" ialah orang biasa melihat pantai yang cantik, aiir laut yang bersih, gambaran yang datang spontan ialah "Oh cantiknya tempat ini".Bagi seorang nelayan pula,laut merupakan tempat mencari rezeki yang dia nampak ialah ikan, sotong, ketam dan sebagainya.Oleh itu apa yang kita faham tentang ungkapan siapa anda akan menentukan apa yang anda lihat, maka itulah yang kita akan dapat. Sebagai mana kita sebagai 'trader' forex juga, kita melihat satu chart pergerakan yang sama, tetapi mempunyai pemahaman atau persepsi berbeza tentang keputusan untuk 'entry' 'buy' atau 'sell' dan sebagainya. ___________________________________________________________________ Berbalik kepada persoalan siapa aku sebenarnya, bukan akal yang memberi jawapan menentukan siapa kita sebenarnya. Yang menentukan siapa kita ialah hati kita dan perasaan kita;itulah hakikat diri kita sebenarnya. Kalau hati kita belum merasa kebesaran keagungan dan kesempurnaan Allah s.w.t, ertinya hati kita belum benar-benar berhubung dengan Allah. Contoh mudah ialah kita mengakui bahawa al Quran adalah kalam Allah, tetapi hati tidak merasa untuk menyentuhnya dan seterusnya membacanya disamping cuba memahami maksudnya. Ini adalah kerana hati tidak merasa betapa bernilainya al Quran tersebut. ___________________________________________________________________ Kualiti hidup kita sebenarnya bergantung kepada kualiti hubungan hati kita dengan Allah. Hati itu adalah pusat penilaian Tuhan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah tidak hanya melihat pada rupa dan kulitmu saja tetapi melihat sampai kepada hatimu pula ". ___________________________________________________________________ Secara ringkasnya begitulah yang boleh diperkatakan tentang mengenali diri sendiri. Banyak lagi perbahasan yang boleh dimuatkan, tetapi yang penting kita fokus yang kita lakukan dan biarlah ia datang daripada lubuk hati kita dan bukan kerana apa-apa paksaan. ___________________________________________________________________ Rujukan Tulisan : Hj Ahmad Salim Omar;Pengarah Urusan Fitrah Perkasa Sdn Bhd.

Sunday, February 22, 2009

BILA NAK PANDAI ????

Lumrah manusia ialah inginkan sesuatu kejayaan atau hasil daripada usaha yang dilakukan. Persoalannya ialah dalam konteks mempelajari ilmu berniaga Forex ini, Bila Aku Nak Pandai Trade dan Untung sokmo dan Rugi kadang-kadang! Kerana kebiasaannya ialah Untung kadang-kadang dan Rugi sokmo! _________________________________________
Siapakah antara kita sudah memiliki KUNCI KEJAYAAN dalam urusniaga mereka? Ini bermaksud seseorang itu sudah memperolehi 'profit' yang melebihi kerugian yang di alami dan mampu menanggani apa jua situasi pasaran sama ada 'impulsive' atau pun 'corective'. Jika anda sudah tergolong dalam kumpulan ini yang sudah memiliki kunci pintu urus niaga ini, tahniah dan semoga dapat dikongsikan bersama, sama ada dalam kelas berbayar, 'personal coaching' atau pun perkongsian ilmu secara percuma. Ia terpulang kepada budi bicara masing-masing. Dan kejayaan itu terlalu luas pengertiannya, oleh itu terpulang kepada diri masing-masing untuk meletakkan skala erti kejayaan tersebut. ____________________________________________________________________ Soal bila nak pandai, bukanlah persoalannya tetapi adakah kita sudah cukup berusaha tanpa kenal penat atau jemu untuk berjaya dalam bidang ini atau mana-mana perniagaan sekali pun.Sepanjang saya mendalami ilmu urus niaga ini dari satu kelas ke satu kelas yang lain, dari sistem ini ke sistem yang itu dan akhirnya mengambil keputusan untuk berurus niaga dengan Trading Chaos+Elliot Wave. Ia bukanlah sesuatu yang mudah dan senang, bermula 'live trading' sejak Julai 2007 hingga kini, saya masih terus belajar dan belajar untuk mencari Kunci Pintu yang sesuai dan akhirnya menjadi seorang trader yang sukses. Dan saya amat beruntung kerana mempunyai isteri yang memahami ( walaupun peringkat awal agak tidak sukar sesuaikan diri ) dan rakan-rakan trader yang berfikiran positif dan tidak jemu-jemu untuk mencari dan terus mencari kunci kejayaan ini.Oleh sebab itu saya berasa agak janggal jika seseorang ingin belajar urus niaga dan terus nak kejayaan dikecapi dalam masa terdekat dengan 'profit' tanpa mahu libatkan kerugian dalam urus niaga mereka. ____________________________________________________________________ Dalam penulisan kali ini saya amat terhutang budi dan merakamkan setinggi-tinggi pengharagaan kepada 'mentor ' dan 'rakan trader' saya kerana sentiasa bersama saya di saat jatuh dan bangunnya dalam perniagaan ini. Dan tidak pernah lokek dalam berkongsi ilmu atau kajian beliau. Daripada profit harian 10-20 pips hingga mencecah 100-200 pips sehari, daripada mengecapi rekod profit USD10-USD30 kepada USD100-USD200 pada satu-satu post.Oleh itu, jasa "Guru Fooart/Kiera" dan "Sukriazhari" dalam urus niaga FX saya cukup amat bermakna. Oleh sebab itu, dalam konteks pendidikan ini, setiap orang perlukan seorang mentor dan rakan yang akrab dalam sama-sama bantu membantu di saat 'profit' atau pun 'loss'. Dan tidak lupa sokongan keluarga kerana ini semua membantu kita dalam persediaan emosi semasa urus niaga. Wassalam.....! 22 feb 20009:04.10pm:Shah Alam

Wednesday, February 11, 2009

JANGAN LUPA & LALAI, TAPI........!

Jangan Lupa dan Lalai,tapi.......ini adalah tajuk post kali ini. Kenapa? Kerana saya juga mengalami situasi ini apabila terpaksa menanggung akibatnya jika upa dan lalai walau dalam jangka waktu yang singkat. Dalam urus niaga seharian, kita sudah fahami dan ketahui tentang peraturan-peraturan dan lenggok arus pergerakan pasaran yang bagaimana harus kita masuk atau elakkan. Tetapi adakalanya kenapa kita terlupa atau lalai dan mengakibatkan 'entry' kita berakhir dengan kerugian. Oleh itu, kita wajib INGAT dan sebolehnya menampal peraturan urus niaga di depan mata sepanjang masa. Dan sebab itulah kenapa Bill William amat menitik beratkan 'wiseman trader' untuk mencatat 'Morning Pages' pada setiap hari. Dan satu lagi cara ialah kita mencatat data urus niaga kita dan juga melakukan post mortem sebaik sahaja kita selesai urus niaga. Saya pun biasanya 'post mortem' dilakukan apabila 'entry' tersebut 'loss' dan semak semula apa kesilapan dan perbetulkan semula di masa depan. Bukan senang nak senang, apatah lagi pekerjaan kita sebagai FX Trader. Dari sinilah kita seboleh-bolehnya boleh minimakan sifat pelupa dan lalai semasa urus niaga.

Monday, February 9, 2009

Trader Yang Kecewa?

Rasa kecewa atau sedih ada pada setiap orang. Bagi seorang trader, perasaan ini memang sudah sinonim. Cuma yang membezakan ialah bagaimana seseorang itu menanggani kekecewaan masing-masing. Kehidupan seharian kita sebagai trader sentiasa bermain dengan risiko apabila setiap kali kita berurus niaga. Oleh itu, amat penting kita mempersiapkan diri kita dengan benteng pertahanan yang ampuh bagi mengelakkan kita terjerumus dalam kisah seorang trader yang kecewa atau sedih. Kerugian itu adalah suatu yang lumrah, tetapi tahap kerugian yang kita alami boleh dikawal jika kita menggunakan pengurusan kewangan yang betul dan 'entry' dengan mengikut setiap peraturan yang digariskan. Agak menyedihkan jika waktu pagi akaun kita dalam keadaan yang cukup baik tetapi menjelang tengah malam ia bertukar menjadi Margin Call ( MC ). Oleh sebab itu, Bill William amat mementingkan tahap psikologi dan emosi kita perlu sentiasa dalam situasi yang cukup bersedia sebelum urus niaga. Apa jua masalah yang melanda sama ada ia besar atau kecil, kita harus membuat pertimbangan yang waras sebelum memulakan sesuatu urus niaga. Antara tips bagi mengatasi kekecewaan seorang trader ialah : 1- BERFIKIR : Kita harus merenung semula dan membuat post mortem apa yang menyebabkan kita 'loss' pada setiap urus niaga tersebut. 2- TERIMA KENYATAAN : Kita mampu merancang tetapi Allah SWT yang menentukan segalanya. Kita tidak boleh bergantung dengan takdir semata-mata tetapi harus sentiasa berusaha untuk berubah. Ada kala kita bernasib baik tetapi ada masanya kita diuji oleh Allah SWT.Ini akan menjadikan kita lebih matang dan dewasa dalam urus niaga. 3- BERFIKIRAN POSITIF : Memang agak susah untuk befikiran positif dikala kita dirundung sesuatu yang malang, tetapi kita harus pandang ke hadapan dan berusaha untuk menjadikan kita lebih baik daripada semalam. 4- LUAHKANNYA : Agak bahaya jika kita menjadi insan yang sentiasa memendam perasaan. Oleh itu, luahkan dengan kenalan rapat atau dengan keluarga tentang kekecewaan kita.Mungkin mereka boleh memberikan apa-apa nasihat atau motivasi diri. 5- BERI TUMPUAN PADA HIDUP : Kita perlu teruskan perjuangan kita dan menjadikan matlamat kita sebagai kekuatan kita untuk terus berusaha. Fokus dan istiqamah dengan pekerjaan kita akan menjadikan kita lebih yakin dan berjaya menghadapi apa-apa rintangan yang berada di depan kita. Semoga anda dan saya berjaya dalam mencari rezeki di bidang urus niaga ini.

Monday, February 2, 2009

EXIT SIGNALS : WISEMAN TRADER

Sudah menjadi tabiat seseorang 'trader', masuk dah cukup OK dan bergaya, tetapi masalah bila pula nak keluar daripada urus niaga mereka. Ini adalah secara ringkasnya sebagai ulangkaji kita tentang 'pintu keluar' yang seharusnya 'wiseman trader' keluar. Masalah apabila melanggar 'rules' atau lupa pada asas urus niaga menyebabkan seseorang itu 'profit' bertukar menjadi 'floating' dan kemungkinan besar ialah 'loss'.

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP