Mind Set Aku Kena Betul!
KUALA LUMPUR 13 Nov. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengingatkan ahli-ahlinya agar jangan mudah terpedaya dengan taktik halus skim cepat kaya.
Presidennya, Omar Osman menegaskan, memandangkan ia adalah sesuatu yang serius, peringatan akan dibangkitkan pada Majlis Mesyuarat kesatuan itu yang berlangsung esok sehingga 15 November di Kota Kinabalu.
Katanya, skim cepat kaya itu antara lain menipu wang orang ramai dengan pujuk rayu menerusi Internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
''Kami hendak seluruh jabatan dan kesatuan di peringkat negeri dapat menyampaikan mesej itu kepada ahli sekali gus mengelakkan mereka menjadi mangsa skim cepat kaya itu.
''Mana boleh kita mendapatkan pulangan yang begitu lumayan dalam masa yang singkat. Sekiranya kita menggunakan logik akal, kita akan sedar skim itu hanyalah satu helah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
__________________________________________________________________
Itu adalah sebahagian berita-berita tentang rakyat Malaysia boleh dikatakan kian 'terdesak' untuk mencari pendapatan alternatif selain pendapatan utama mereka. Begitu juga saya, anda, rakan-rakan anda dan sebahagian besar lagi yang meneroka pelbagai bidang untuk mencari 'wang tambah' atau mungkin sudah menjadikan ia sebagai pendapatan utama kerana memperolehi hasil lumayan.
Perniagaan FOREX bukan semudah yang disangkakan, dan tidak cukup dengan hanya menyertai satu-satu kelas dan kita akan berjaya.Walau bagaimanapun bagi yang sudah mengenali 'underlying structure' pasaran serta mahir dalam satu-satu sistem urus niaga, pendapatan mereka bagaikan paip yang mencurahkan 'USD' pada bila-bila masa yang dikehendaki dengan hanya memusing kepala paipnya sahaja. Insyallah saya dan juga anda yang masih belajar dan terus belajar akan mencapai tahap sedemikian. Dan kita belajar dari satu langkah ke satu langkah lagi yang lebih atas, dan jangan sesekali 'skip' pembelajaran terutama dalam mempelajari 'Trading Chaos'.
Pesan rakan 'trader', jika benar-benar ingin sukses sebagai 'Forex Trader', kita harus fokus betul-betul dalam memahami 'trading system' dan juga struktur aliran pasaran dengan sebaik mungkin.Dan jangan sesekali campur aduk sistem dan juga sibuk dengan urusan part time lain yang sememangnya kita tidak cukup masa atau ruang untuk menelaah dan memperbaiki 'perfomance' urus niaga kita.
Logiknya, jika kita lihat kejayaan seseorang itu disebabkan beliau fokus pada satu perkara sahaja dan tidak mencampur adukkan dengan perkara-perkara lain yang membolehkan beliau hilang fokus atau mengabaikan perkara-perkara yang perlu dalam proses mencipta sesuatu kejayaan.
Oleh itu, sama-sama kita renungkan dan jadikan iktibar jika ingin mencipta kejayaan sebagai 'Wiseman Trader'.Dan Tuhan tidak pernah berkata:" Kamu sekarang sudah diizinkan untuk berjaya".Melainkan kita ingin melakukannya.Insyallah kita akan berjaya....trading is waiting!
1 comments:
CUEPECS mungkin lebih merujuk kepada Skim Cepat Kaya yang sama maksudnya dalam PONZI Shceme.
FOREX satu skim BOLEH cepat kaya, tapi sa rasa bukan dalam kategori yang dimaksudkan oleh CUEPECs ini (tapi memang bukan dikategorikan oleh dorang ke?).
Betul. Forex kena blaja dari masa ke semasa. Secara peribadi, sa lebih suka pakai 'modal $$' sendiri daripada kumpul beberapa Investors buat trading FX. Rugi-rugi sendiri. Untung-untung sendiri dan senyum sendiri :p
Post a Comment