Bersyukurlah Di Atas Anugerah-Nya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Minggu ini pasaran pun dalam situasi 'corrective' dan sukar nak meramalkan apa yang bakal berlaku,padahal kita nak 'buy' atau 'sell' sahaja....hehehehe
Apa yang anda fikirkan tentang foto di sebelah, tak kira sama ada ia berlaku di negara kita atau tidak, kemiskinan sememangnya wujud di negara kita. Foto tersebut banyak memberi keinsafan kerana dengan rezeki yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kita, sewajarnya kita menjadi insan yang bersyukur dan membelanjakan sebahagian harta kita ke jalan fisabilillah.
Kita seharusnya bersyukur kerana ia mungkin tidak berlaku ke atas diri kita atau keluarga kita atau saudara mara kita atau jiran mungkin.Ramai lagi insan lain di sekeliling kita yang sukar untuk mencari nafkah hidup, tambah-tambah lagi yang berada di kotaraya seperti Kuala Lumpur dan lain-lain bandar besar.Kita bersyukur di beri ilmu oleh Allah SWT dalam dunia perniagaan forex ini.Dan walaupun ia memberi seribu cabaran buat kita, tapi kita tidak pernah berputus asa dan terus mencuba dan berusaha.Syabas buat diri kita semua!
Sebagai 'wiseman trader', kita tidak seharusnya menjadi manusia yang tidak bersyukur dan mementingkan diri sendiri. Insyallah dengan kesedaran dan keinsafan kita dalam membantu insan-insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim, orang kurang upaya, orang miskin dan sebagainya, kita akan terus dilimpahi rahmat dan rezeki oleh Allah SWT. Didoakan saya dan juga rakan-rakan 'trader' menjadi insan yang bersyukur dan senantiasa membantu insan-insan yang memerlukan...amiin!!!
0 comments:
Post a Comment