Tuesday, September 2, 2008

Bina Impian Gapai Impian

Salam Ramadhan buat semua,semoga ibadah kita dibulan yang mulia ini akan diterima dan mendapat keberkatan Allah SWT. Bina Impian Gapai Impian, ia adalah fokus kepada diri sendiri dan rakan-rakan trader FX. Sesungguhnya perniagaan ini bukan sesuatu yang mudah dan acapkali kita diberitahu bahawa lebih 90% trader tersungkur. Dalam apa jua yang kita lakukan, jika kita fokus, Insyallah ia akan memberikan kita sesuatu yang kita impikan.Itulah yang sedang diusahakan dan akan terus berusaha. Seorang penulis hebat, Stephen Convey dalam bukunya Seven Habits of Successful People menyebut pada bab yang terakhir satu tip penting iaitu " Tajamkan Gergaji".Apakah yang dimaksudkan oleh beliau? Maksudnya kita perlu sentiasa berjaga-jaga dan memastikan setiap keupayaan diri kita "berfungsi".Manusia adalah makhluk yang pelupa dan cepat lalai.Sekiranya hari ini kita seorang yang pandai berpidato,lima tahun lagi belum tentu kita memiliki kehebatan yang sama sekiranya kita tidak mengasah 'gergaji' kita. Begitulah halnya kita sebagai trader,perlu sentiasa mengasah 'gergaji' kita dengan bertujuan memantapkan lagi prestasi kita. Saya percaya kebanyakan daripada kita adalah "part time trader", jadi kenapa kita masih menceburi perniagaan ini? Ia sudah tentu kerana kita inginkan perubahan dalam kehidupan kita seperti mana rakan-rakan lain yang menyertai perniagaan internet, MLM,trading dan sebagainya. Masing-masing mempunyai impian, seperti memiliki sebuah rumah yang selesa, memandu kereta idaman, memberi kemewahan kepada anak isteri, mengerjakan umrah dan haji,memiliki akaun kewangan yang stabil dan sebagainya.Adakah semua ini mustahil untuk dicapai? Berapa ramai yang sudah melakukannya dengan hasil forex? Pada peringkat permulaan modal bukan menjadi persoalan, yang penting kita mengutip pengalaman dan yang paling penting ialah ILMU untuk mengutip profit yang konsisten ( tidak semestinya ratusan pips sehari ).Selepas kita mempunyai keyakinan dengan diri sendiri dan sistem yang kita gunakan....ayuh!mulakan sasaran kita mencapai impian-impian tersebut.Yang penting kita PERCAYA kepada diri sendiri, market dan sistem.Oleh itu,kita mestilah mempunyai target atau perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk kita berjaya dalam bidang ini. Semoga kita semua akan dapat mencapai matlamat yang kita sasarkan. Dan tiada orang lain yang mampu mengubah pendirian kita selain diri kita sendiri ingin berubah. "Tentukan matlamat kita yang realistik"

0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP