Tuesday, October 14, 2008

Morning Pages : Wiseman Trader

Ia mungkin sesuatu yang baru dan sukar untuk dilakukan. Menulis 'Morning Pages' memerlukan komitmen dengan penulisan dalam 3 halaman muka surat dan setiap awal pagi. Jika tiada apa-apa idea sekali pun untuk menulis atau hanya menulis " Saya tiada apa yang hendak ditulis" dikira anda telah menulis. Oleh itu, 'Morning Pages' ini kita boleh menulis dalam semua isu atau apa sahaja perkara yang berkaitan diri kita sama ada yang suka atau duka atau apa-apa perancangan dan sebagainya.Ianya bebas untuk kita menulis apa sahaja. Kita akan berterus terang dengan diri sendiri dengan apa yang kita mahu atau lakukan atau berlaku kepada diri kita. Sememangnya pada awal pagi selepas Solat Subuh contohnya, dengan badan yang segar, pemikiran yang lapang dan perasaan yang masih lagi segar kita capai sebatang pen dan melakar tulisan dalam TIGA halaman secara bebas. Ia sesuatu yang lain dan suatu pengalaman yang cukup bermakna. Dan kita juga tidak digalakkan membaca halaman sebelum dalam selang beberapa minggu. Hasil daripada 'Morning Pages' ini akan memberikan kita menyelami semula siapa diri kita,apa yang kita inginkan dan ia juga dapat memberikan kita idea atau buah fikiran bagi mengatasi apa-apa permasalahan dan sebagainya. 'Morning Pages' sebagai platform atau tempat untuk kita mengeluh,meluahkan perasaan,mengadu dan sebagainya. Dan kuasa 'Morning Pages' ini juga dapat melegakan perasaan dan fikiran kita. Dan ia menjadikan kita lebih yakin dan insan yang bersyukur. Dan sebagai Wiseman Trader ia sememangnya akan dapat membantu diri kita untuk terus menjadi seorang trader yang berjaya dan sudah tentu meningkatkan pencapaian kita pada setiap hari...Insyallah!Walaupun ia bukan sistem 'trading' tetapi ia amat membantu diri sendiri menggunakan sistem kita dalam setiap urus niaga. Tidak lengkap kita sebagai Wiseman Trader sekiranya kita mengabaikan 'Morning Pages' ini. Hanya TIGA halaman, TULISLAH apa sahaja yang ada diminda kita.Semoga saya sendiri dan rakan-rakan Wiseman Trader tekun dan sabar menulis 'Morning Pages' secara konsisten.

0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP