Sunday, October 19, 2008

Diskusi Forex

Nampaknya suasana raya masih terasa, masing-masing sibuk buat atau pun pergi ke rumah terbuka. Suasana biasa di Lembah Klang ini, setiap hujung minggu pasti bulan Syawal ini akan meriah dengan 'rumah terbuka'. Malam semalam, berpeluang bersua muka dengan rakan-rakan trader dari forum KFC.Hannan, Matlan, Fuji dan Zack. Biasa diskusi secara online, apabila dapat berjumpa satu meja, banyak perkara yang dibincangkan tentang dunia forex. Dan sebagai trader, rasanya perlu kita keluar sekali sekala berdiskusi dengan rakan-rakan trader yang lain bagi menambah pengetahuan dan juga saling bertukar fikiran. Tidak semestinya menggunakan satu sistem 'trading', kita boleh berdiskas dalam pelbagai perkara atau isu semasa berkaitan forex dan sebagainya. Pelbagai topik diperbincangkan seperti situasi pasaran sekarang dan pengalaman masing-masing sepanjang urus niaga. Profit dan Loss adalah sesuatu yang rutin bagi seorang trader.Tiada apa yang nak dimalukan, kerana kita dapat berkongsi pengalaman dan jadikan ia suatu ilmu untuk kita urus niaga pada masa akan datang. Apa yang menarik isu yang kami diskas dan ingin saya kongsikan di ruangan ini ialah tentang psikologi trading. Ia sememangnya suatu perkara yang amat penting, tetapi kadang-kadang dipandang sepi oleh trader dan lebih fokus kepada sistem semata-mata. Padahal psikologi ini yang banyak mempengaruhi kehidupan semasa kita, oleh itu tidak dapat tidak ia akan mempengaruhi suasana urus niaga kita.Contohnya, apabila kita ditimpa apa-apa masalah atau sakit, adakah fikiran atau minda kita akan tenang? Bolehkah kita berurus niaga pada hari tersebut? Boleh memang boleh, tetapi apakah keputusan buy sell kita nanti mengikut disiplin trading kta atau dipengaruhi emosi. Sebagai trader muslim, apa kata sebelum kita berurus niaga atau menekan butang BUY atau SELL, kita dalam keadaan tenang atau suci atau bersih. Maknanya kita dalam keadaan berwuduk, semoga sifat-sifat negatif atau tamak dan sebagainya dapat dihapuskan semasa urus niaga. Dan lagi baik, kita mulakan hari dengan Solat Dhuha dan memohon keredhaan Illahi di sepanjang hari tersebut. Sememangnya bagi Wiseman Trader, setiap pagi diminta menulis 'morning pages' dan ia ada matlamatnya tersendiri. Tetapi apabila kita memohon kepada Maha Pencipta Allah SWT. Maka Insyallah, urus niaga kita akan lebih sukses dan kita pun dalam keadaan tenang dan bijaksana. Terima kasih Hannan, Matlan, Zack & Fuji atas perkongsian idea.

0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP