Sunday, December 4, 2011

Resistance & Support : Jangan abaikan

KENAPA MASIH 'LOST'?

Persoalan yang masih menjadi misteri kepada para pedagang. Benarkah begitu?

Setiap entri yang kita masuk pastikan mahukan keuntungan. Dan kalau boleh biar ia keuntungan maksima.

'Lost' urus niaga apabila kita masuk entri tidak berdasarkan disiplin yang kita tetapkan sendiri. Ilmu sudah dipelajari, tinggal kita sahaja untuk kuatkan iman, entri mana yang sesuai.

Bagi para pedagang 'wiseman' entri mudah ialah :
1) BDB 2) Fractal Breakout 3) Tambahan : Super AO & Wiseman Fractal. Cuma menjadi persoalan apabila BDB sudah siap muncul tetapi terlepas pandang. Maka pada masa itu berteka-teki, mahu masuk 'post' atau sebaliknya. Jika tidak masuk, terasa rugi. Bila masuk pula bimbang arah market bertukar arah. Dillema!

Resisten dan Support

Salah satu petunjuk yang boleh membantu untuk entri post ialah kaji dahulu resisten dan support pasaran. Berdasarkan ilmu urus niaga yang cetek ini, saya dinasihatkan dan menasihatkan para pedagang jangan ketepikan soal ini. Di sinilah harga akan terus bergerak atau berehat sebentar atau ia akan patah balik (restrace) semula. Cuba lihat di 'chart' masing-masing. Gariskan resisten dan support. Kita akan dapat lihat harga yang berjaya tembusi harga di support atau resisten dan yang mana pula tidak berjaya dan restrace semula. 

Oleh itu, jika menyedari harga sudah naik dan menghampiri resisten, maka perlulah berhati-hati untuk membuka post lewat.

Lebih suka entri ikut disiplin 'wiseman trader' kerana ia lebih selamat dan minima risiko. Namun begitu, jangan alpakan trend major market pada masa tersebut. Jangan lawan arus, nanti bahaya menimpa. Tak percaya turunlah ke sungai, cuba berenang lawan arus. barulah terasa penat dan sukarnya melawan arus. Begitu juga pasaran urus niaga mata wang.

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1433H.

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP