Saturday, August 30, 2008

Ulangkaji Dengan Live Trading

( Perhatikan kedudukan Price dengan Alligator di Semua TF di atas dan juga perhatikan momentum AO ( merah ) yang kesemuanya berada di bawah 0 )
Alhamdulillah ini ialah trading saya terakhir ( 28hb ) di bulan ogos 2008 ini, kerana pada hari semalam 29hb Ogos tidak dapat 'trade' kerana kesibukan dengan tugasan lain. Dan walaupun pada bulan ogos ini jumlah 'entry' sebanyak 29 kali dan loss sekali dengan 37 pips ( percubaan entry di M15).Sesuatu yang biasa bagi 'trader' part time ini, hanya mampu analisa dan entry ketika waktu yang terluang dan sesuai untuk 'trading'.Walau bagaimanapun ia tidak dapat menghalang kita untuk mengutip profit.Kita analisa dan 'entry' pada saat yang sesuai sahaja, janji kita beroleh analisa yang tepat dan profit.Tak semestinya setiap hari sesuai untuk kita beurus niaga.Insyallah, di bulan ramadhan nanti, waktu trading kena sesuaikan dengan aktiviti harian di bulan yang mulia ini. Insyallah kita beroleh pips profit untuk bekalan raya nanti..amiinnn!

Wednesday, August 27, 2008

Ulangkaji Teknik Menabung

Ulangkaji ini disebabkan ada dikalangan rakan-rakan yang menggunakannya agak keliru dengan kaedah untuk 'entry'.Jika diikutkan ia bukan entry dengan cara : 1- BDB Divergence 2- Fractal Breakout Ini merupakan cara yang saya gunakan alternatif kepada 2 entry di atas.Dan target profit pun hanya antara 10-20 pips sahaja. Apabila 'entry buy', pastikan trend besar seperti H4 dan H1. Dan apabila 'entry', pastikan harga berada di atas Alligator di M5/M15/H1.Dan AO pun hijau yang berada di atas 0.Dan pastikan juga momentum trend semasa dan jika AO yang wujud di M15 contohnya tidak kuat, maka jangan ambil apa-apa 'entry'.
Oleh itu, pastikan : 1- Harga di atas alligator (BUY) & bawah alligator (SELL) 2- AO Hijau atas 0 (BUY) & AO merah bawah 0 (SELL) 3- Lihat momentum semasa di AO.

Monday, August 25, 2008

Ulang Ulang Ulang Kaji

Part ni yang agak kita berat sikit...dari zaman sekolah ke zaman kolej atau zaman U atau mungkin hingga zaman kerjaya....ulangkaji ni agak sukar untuk dilakukan.Sebagai 'Wiseman Trader' kita perlu dan rasanya wajib untuk kita ulangkaji setiap topik yang terkandung dalam Buku Trading Chaos. 'Wiseman Trader' bukan bergantung kepada sistem semata-mata, oleh itu bahagian awal berkenaan psikologi trading perlu diambil berat dan difahami dengan sebaik-baiknya.Saya pun kena baca berulang kali agar ia melekat dalam 'minda bawah sedar' ini. Begitu juga dengan 'Teknik Menabung', kejayaan untuk meraih profit bukan bergantung kepada sistem bagaimana ia berfungsi semata-mata. Kemampuan 'trader' untuk memahami situasi market dan juga kekuatan emosi amatlah penting.Dan bukan mudah untuk kita beroleh sesuatu dengan sekelip mata sahaja. Ia perlu usaha keras jika kita berkeinginan untuk sukses dalam perniagaan forex ini. Dan kita bukan "main forex" tetapi kita "Bisnes Forex".Harap kita pakat ubah dari menyebut ulangkali "main berapa pips", "tak main ka malam ni" atau "main forex".Kalau main, memang main-main la.Sedangkan dalam akaun itu adalah "Duit USD Betul Bukan Cobaaan" kita.

Saturday, August 23, 2008

Teknik Menabung Trading Chaos II

Friday, August 22, 2008

Teknik Menabung Trading Chaos!

Salam Hormat, Dulu bila saya entry buy sahaja, price turun bila entry sell price naik. KENAPA? PLATFORM ni TIPU KA? Kerana saya pada masa itu TIDAK peka bahawa urus niaga di Forex ini juga seperti urusan lain mempunyai MASA atau "Time Frame" nya.Dan apa lagi kalau emosi yang tidak kuat, maka kebanyakan kita akan Cut Loss apabila Floating. Contohnya :Kita entry BUY di TF H1, sedangkan di TF kecil seperti M5 atau M15 dalam trend Down. Maka kita akan floating lah dalam sekitar 20 atau 30 atau sebagainya. Jadi bagi yang tak tahan tengok floating...segelintir mungkin...maka dengan bantuan rakan-rakan trader lain ( Thanks Azie) mencadangkan kenapa tidak entry di M1 sahaja.Walaupun ia agak kelam kabut(bagi yang tak suka),tetapi ia telah mewujudkan satu urus niaga yang minima floating, setakat ini sekitar 4-6 pips dan terus profit. Dan kita perlu ingat, kita berada di TF M1, jadi Target Profit pun kena sesuai dengan TF ini. Maka dicadangkan hanya 10 pips sahaja.Oleh itu,cara ini kita ambil profit bukan pips. Kalau yang minat trade 100-200 pips sekali masuk...kena lupakan kaedah ini. Ini yang menjadikan akaun semakin OK kerana ia boleh dikategorikan Teknik Menabung. Walaupun 10 pips, tetapi kalau peluang entry contohnya 3 kali sahaja dalam sehari, maka kita telah mengumpul 30 pips dengan kadar minima floating. Dan perlu diingatkan sebelum entry di M1 ini,pastikan pengesahan Trend sama (sehala) di TF M5 dan TF M15 dan seeloknya juga pastikan trend di H1. Dan lihat momentum AO seperti contoh di chart di atas.Jangan entry BUY jika AO M1 sudah panjang peak, tunggu seperti contoh di atas. Dan 'pair' yang dicadangkan ialah hanya di EU atau GU sahaja.Bagi yang taksub GJ ( takleh lerrr..hehehe).Tapi apa yang kita cari setiap hari apabila 'trading'..fikir-fikirkan.....!Dan setiap hujung bulan kita ingin withdraw sahaja profit kita...jadi fikir-fikirkan di gelanggang mana yang sesuai bagi kita dan mengurangkan risiko modal, fizikal dan emosi kita..hmmmm! Contohnya: kalau acara angkat berat dan berat badan kita 70KG...sesuai di kategori mana...middleweight,lightweight atau heavyweight. Walau bagaimanapun, kita entry di M1 dan jika kita rasa boleh bertahan dan melihat alligator M5 atau M15 masih di landasan trend yang betul maka kita boleh exit menggunakan Green Line SCO di TF M5 atau M15. Jadi terpulang kepada masing-masing punya cara, ini sebagai cadangan sahaja.
PASTIKAN PRICE DI M1 / M5 / M15 DILUAR ALLIGATOR YANG SAMA ARAH.
( makluman : ini hanya salah satu kaedah 'trading' saya sahaja,tertakluk kepada masing-masing punya pemahaman dan kepercayaan ) * selepas ini kita trading di M5 pula...to be continue...kira favourite TF la..

Thursday, August 21, 2008

Contoh Entry Wiseman Trader

Ini sebagai panduan entry signal & add on signal 1 ) Bearish Divergent Bar With Angulation 2 ) Wiseman Fractal ( add on signal selepas bdb divergent ) 3 ) Super AO apabila berlaku perubahan warna AO ( 3rd Consecutive RED bar ) 4 ) Breakout Fractal ( bawah alligator ) ( segala teguran dialu-alukan )

Wednesday, August 20, 2008

Contoh Entry & Exit Signal

Contoh trade di M5 EURUSD yang boleh menghasilkan pips profit dengan Trading Chaos.Sebelum entry biasa saya pastikan trend di M15 & H1 sehala dengan M5 untuk saya entry.

Percaya

Sepanjang kita melibatkan diri dalam dunia perniagaan Forex ini, adakah terkeluar daripada suara hati atau mulut kita bahawa " aku dah bosan dengan forex nih" atau " sistem ni nak kena tukar lagi la" atau " betul ka indikator ni, asyik bagi false signal saja ".Semua itu adalah kenyataan negatif yang terkeluar dari diri kita sendiri. Dalam mempelajari Trading Chaos, rasanya ia agak berbeza dengan pembelajaran lain-lain " trading system" kerana Bill William mengajar topik-topik awal tentang sistem ini ialah tentang psikologi trading seperti mengenali diri sendiri dan juga market. Seperti saya dahulu, apabila belajar Trading Chaos, saya telah skip topik pembelajaran terus kepada mengenali alligator, AO, cara entry dan juga exit signal. Kenapa ia berlaku begitu? Bagi saya yang mula-mula mengenali perniagaan ini dahulu, kemungkinan hanya melihat forex ini hanyalah melibatkan urusan jual beli, untung rugi dan sebagainya.Walhal, forex itu sendiri menjangkau lebih daripada itu, dan ia melibatkan keseluruhan kehidupan kita sendiri. Percaya!...hanya satu perkataan yang ingin dikongsikan bersama, tetapi ia memberi kesan yang cukup besar kepada setiap apa yang kita lakukan termasuk dalam urusan trading kita.Kalau kita tak percaya bahawa kita akan berjaya dan profit dalam urusan trading forex kita, maka sudah tentu kita tidak menyertai perniagaan ini atau kita awal-awal tarik diri. Secara ringkasnya, kepercayaan kita kepada market dan juga sistem trading yang kita gunakan akan mempengaruhi prestasi kita dalam perniagaan ini.Kepercayaan kita boleh berubah dan ia akan merubah apa yang kita akan lakukan dan juga prestasi trading. Untuk mempercayai market dan sistem yang kita gunakan,kita perlu mengenali hati budi, intipati dan juga memahami dengan sebaik-baiknya sebelum kita mengambil apa-apa keputusan.

Monday, August 18, 2008

Tips Kawal Emosi

Dalam urusan 'trading' harian, walaupun trader berpengalaman atau masih baru, emosi atau psikologi seseorang trader memainkan peranan besar dalam menentukan kejayaan sesuatu 'trading' tersebut. Paling menggusarkan kita ialah apabila entry position sama ada buy/sell, adakala tewas dengan retracement yang berlaku dan ada yang cut loss dan tiba-tiba harga kembali mengikut trend yang kita ambil.Dan masa itu lah, kita tepuk dahi...ayyyaaaaa....mau masuk lagi ka? Salah satu teknik yang saya pelajari untuk mengawal emosi trading ialah, apabila kita sudah profit dalam 10-15 pips, maka kita pindahkan Stop Loss kita 1 tick atas/bawah 'open price'. Sebagai contoh jika kita buy EU di harga 1.4756 maka apabila harga telah mencecah 1.4766 , maka kita letak SL baru kita pada harga 1.4757. Dan biarkanlah market terus bergerak dan kita pula dalam situasi profit walaupun 1 pip. Dan terpulang kepada kita hendak meletak berapa Target Profit atau mengikut exit signals Trading Chaos atau tidak.Walaupun apa yang berlaku kita dalam keadaan yang tenang, aman dan makmur...hehehehe..

Saturday, August 16, 2008

Prestasi Trading Chaos di Live Account

Alhamdulillah..Sejak Memahami, Mempelajari, Menelaah, Membaca dan Pelbagai Dilakukan Bagi Mendalami Trading Chaos secara sepenuhnya Sejak Awal Julai 2008 Sebelum ini masih lagi tidak konsisten dengan pelbagai campuran teknik/sistem. Walaupun telah mengenali/mempelajari sistem ini sejak Oktober 2007. Usaha+Doa+Tawakal= Insyallah Profit

Tanya Diri Sendiri....

Siapa kita sebagai seorang Forex Trader? Kenapa kita melibatkan diri dalam urusan Forex? Bagaimana kita ingin profit konsisten ? Kenapa dikatakan 90% trader gagal dalam dunia forex ini? Kenapa masih ramai ingin memasuki perniagaan ini jika ramai yang gagal? Apa yang menarik sangat tentang forex ini? Adakah kita kenal "underlying structure" market yang kita trade hari-hari itu? Adakah kita kenal "underlying structure" diri kita sendiri sebagai trader? Apa sistem yang kita gunakan untuk urusan trading harian? Bagaimana sistem itu berfungsi? Adakah kita memahami sistem tersebut 100% ? Di mana kita dapatkan sistem trading tersebut dan adakah dia terbukti hasil kejayaannya? Kalau Ya, berapa ramai dan siapa yang telah berjaya menggunakannya? Adakah diri kita sesuai dengan sistem trading yang kita gunakan? Kalau Ya,apa buktinya? dan kalau Tak, kenapa tak berubah atau mencari sistem lain? ( Lihat hasil trading harian, mingguan dan bulanan kita sendiri.Kalau profit dan menyenangkan,maka sistem itu sesuai dengan kita. Kalau masih floating dan sentiasa Loss bermakna ada DUA kemungkinan ) iaitu: 1- Kita memang tak memahami sistem tersebut. 2- Sistem tersebut memang bermasalah. Bagaimana cara nak memahami sesuatu sistem? A- Cari kat forum/buku B- Tanya orang yang telah menggunakan sistem tersebut(online) C- berjumpa secara bersemuka dengan mereka yang telah menggunakan sistem tersebut. D- Fikir mana sesuai.... Adakah kita mempunyai grup diskusi sistem trading kita?Atau grup diskusi tentang forex dan masing-masing menggunakan sistem berlainan? Adakah kita mempunyai grup untuk berforum tentang forex? Atau adakah kita hanya seorang diri sahaja tanpa rakan trader yang lain? ( Mana baik, kerja/ fikir sendirian atau dengan cara berkumpulan sekurang-kurangnya TIGA orang? ) - Orang hanya akan bertukar sistem trading masing-masing apabila gagal dalam urus niaga, tapi tak pernah terfikir untuk menukar sifat/sikap/struktur diri sebagai trader yang bersesuaian dengan sistem mereka. - Kita hanya berfikir tentang sistem tetapi tak pernah terfikir tentang sifat/perangai market yang mereka urus niagakan hari-hari. - Kita hanya fikirkan tentang sistem tanpa menilai semula SIAPA AKU ? Adakah kita membuat " post mortem " setiap kali selepas trading,sama ada ia Profit atau Loss? Adakah kita sentiasa mengulangi kesilapan yang sama berulang kali? Kalau Ya, kenapa? Kalau Tak, kenapa masih gagal?...hmmmm Adakah kita sudah kenal pasti di Time Frame mana yang bersesuaian dengan kita untuk Entry? Berapa pips sehari yang kita target? Apa sebenar matlamat kita dalam trading forex? Berapa pips yang sanggup kita tanggung kerugian setiap kali entry? ( Ibarat kita buka berniaga pisang goreng di kawasan perumahan : Berapa target pendapatan kita? Adakah kita ingin berpendapatan seperti Tauke Starbuck di bandar? ) Logik kah? Adakah kita sentiasa bersyukur dengan pendapatan harian kita berdasarkan modal?atau Adakah kita memang tak pernah berpuas hati dengan profit yang kita perolehi? Adakah kita sentiasa meningkatkan pengetahuan tentang forex melalui pembacaan atau menonton VCD? Adakah kita aplikasikan apa yang kita inginkan seperti SABAR, DISIPLIN dan JANGAN TAMAK semasa trading dalam kehidupan seharian kita? Adakah kita membuang pembalut gula-gula/plastik/pembungkus makanan di merata-rata tempat? Kalau Ya..disiplin kah itu? Kalau tak..alhamdulillah... Adakah kita selalu melanggar LAMPU MERAH?..bagaimana kalau semasa trading kita melanggar kaedah sistem kita?..hmmm LOSS laaaa....atau nasib baik PROFIT. Adakah kita selalu MERUNGUT apabila jem di jalan raya?Sabar kah kita? Adakah perlu kita entry setiap hari dan sepanjang masa kita menatap Chart? Sabarkah kita? Kesimpulannya, apa yang berlaku di dalam kehidupan realiti kita akan mempengaruhi cara kita trading di market. Betul ka? atau Saya yang Silap? terpulang pada persepsi sendiri....
" HASIL TRADING KITA AKAN MENENTUKAN SAMA ADA KITA PERLU LAKUKAN SESUATU ATAU TIDAK TERHADAP SISTEM DAN DIRI KITA SENDIRI" " KENALI STRUKTUR MARKET, JIKA KITA SUDAH KENAL..INSYALLAH PROFIT MENANTI KITA "
* masih terus belajar dan belajar.....

Monday, August 4, 2008

Intraday EURUSD TF H1

Sunday, August 3, 2008

Intaraday EURUSD TFH4

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP