Thursday, January 29, 2009

Post Mortem Loss -USD198

Kebiasaan anda hanya akan melihat di mana-mana blog tentang Profit/Kejayaan Trader tersebut dalam post masing-masing. Di sini saya juga pamirkan posisi loss saya untuk dijadikan panduan semua. Oleh kerana saya pun masih nubiz, maka pengalaman akan mendewasakan kita dalam urus niaga.
Ketika PO di lakukan, ia berdasarkan ( Fractal Breakout )di TF yang lebih rendah apabila berlaku Divergence. Dan mengandaikan ia akan berlaku 'Down'. Memang harga down lebih kurang 20 pips dan peroleh profit dalam USD40.00. Oleh kerana mengharapkan yang lebih besar, apabila buka semula 'chart' ia sudah floating dan mencecah USD220 lebih. Oleh kerana situasi 'corrective' buat masa ini,ia agak merbahaya untuk dilakukan urus niaga dan mengharapkan pips yang lebih besar. Oleh itu, untuk perhatian, apabila harga berada di atas 'gator' H1 dan H4 terutamanya. Kita perlu berhati-hati jika ingin melakukan SELL. Divergence yang berlaku di TF yang lebih kecil tidak membantu dan mengakibatkan kita menanggung kerugian. Kadang kala kita terleka dengan Back To Basic..heheheh...apa-apa pun semoga post kali ini membantu rakan-rakan dalam urus niaga masing-masing. Dan segala komen untuk membantu saya dan rakan-rakan lain dialu-alukan. WALAU BAGAIMANAPUN USD198 INI ADALAH PROFIT SAYA PADA 26HB JAN 2009, MAKA TAKLAH RALAT SANGAT..HUHUHUHU!

Tuesday, January 27, 2009

Wajah Baru Wiseman Trader

Jika Obama sibuk kata nak berubah, saya pun ambil kesempatan melakukan perubahan dengan wajah baru blog Wiseman Trader ini. Sama ada ia memenuhi citarasa anda atau tidak ia sudah pun berubah..hehheh Kadang-kadang kita memerlukan beberapa perubahan dalam hidup agar ia tidak terlalu statik dan membosankan. Rasanya anda bersetuju, jika kita tidak pernah berubah dari satu ke satu tahun, rasanya hidup ini tidak ceria dan memeningkan kepala. Tetapi kalau asyik berubah dan asyik tidak puas hati, nampaknya kita perlu berubah lagi supaya tidak asyik berubah.Aik..boleh fahamkah?..hahahhaa Tahun 2009 sudah hampir sebulan kita lalui, adakah ada apa-apa perubahan dalam urus niaga atau dalam kehidupan semasa kita? Kalau masih sama seperti tahun-tahun sudah,maka kita perlu mencari alternatif untuk melakukan perubahan. Biasanya ramai yang berpendapat kita perlu berubah daripada negatif kepada positif, atau yang buruk kepada yang baik, atau baik kepada yang lebih baik. Tetapi ia bukan sekadar ungkapan semata-mata. Kita perlu sertai dengan tindakan.Seperti mana dalam Islam,kita hanya mengungkapkan dua kalimah syahadah, tetapi sejauh mana kita menepati apa yang kita ungkapkan itu. Paling senang, adakah kita sentiasa mengingati Dia Yang Maha Esa dengan melakukan ibadah Solat tepat pada waktunya. Kalau soal ini masih gagal ditanggani,maka kita berada dalam zon bahaya dan memerlukan perubahan segera. Insyallah! Jika kita fokus dan berani melakukan perubahan, kita akan menjadi seorang ' trader ' yang sukses dan konsisten. Bagi 'Wiseman Trader', semuanya ada di depan mata kita, perhatikan betul-betul dan ikut segala peraturan yang telah digariskan. Dan pada pandangan peribadi saya, kita jangan jadi 'trader' separuh-separuh, biar sepenuhnya dengan sistem apa yang kita gunakan.Mungkin kita masih mencari sesuatu yang gagal kita fahami, tetapi ia tetap akan menjelma jika kita istiqamah dan tidak berputus asa. Semoga anda ceria dan lapang dada dengan perubahan Wiseman Trader ini.TQ

Saturday, January 24, 2009

Wiseman dan Elliot Wave

Hari ini semacam ada semangat lain pula, apabila menulis 2 post serentak. Walaupun buka-buka chart, tengok akaun ada floating dekat 100 pips, walaupun semalam agak tamak atau sebab tertentu apabila sasaran 200 pips tercapai tapi masih 'hold position' dan ingin melihat sejauh mana pegarakan pasaran pasangan GBPUSD ini.Ini mungkin ada kaitan dengan post pertama di bawah. Kali ini, saya ingin kongsikan pengalaman menggunakan Elliot Wave dalam membantu analisa pasaran. Walaupun dahulu saya sering menyalahkan EW apabila setiap kali masuk akan rugi kerana salah kiraan. Tetapi saya lupa sebagaimana kata pengasas Chaos Trading ini, kita tidak perlu menjadi pakar EW tetapi menggunakannya sebagai panduan urus niaga kita. Kita bukan penganalisa ekonomi, kita hanya 'trader' yang ingin mengutip 'profit' dalam pasaran matawang. Oleh itu, kita perlu hubungkaitkan fungsi EW ini dengan sistem urus niaga Chaos iaitu Aligator, Fractal dan juga AO. Walaupun ia nampak sukar, tetapi saya yakin kepada sesiapa yang mempunyai kemahiran EW pastinya tahu bila masa terbaik untuk kita kekalkan posisi kita dengan 'swing' dan bukan lagi dengan 'scalping'. Pastinya Wave 3 dan Wave 5 banyak memberikan kita 'profit' dan satu lagi apabila pasaran sudah masuk Corrective Wave ABC. Paling penting kita pelajari dan ketahui syarat-syarat dalam kiraan EW seperti wave 2 tidak boleh 'retrace' melebihi 100% wave 1, wave 3 adalah wave yang paling panjang. Begitu juga dengan istilah 'extension' yang biasa berlaku di wave 3 atau wave 5.Atau pun pasaran menjadi 'truncations' apabila harga semasa wave 5 sama aras dengan harga di wave 3. Kita juga perlu ketahui bahawa wave 4 tidak boleh memasuki zon wave 1. Begitu juga kita akan bersedia apabila berlaku 'Diagonal Triangle', apabila kelihatan harga semakin mengucup di wave 5. Dan kita akan bersedia apabila pasaran akan membentuk Corrective Wave selepas itu ABC. Semasa 'Corrective Wave', kebiasaan akan berlaku juga 'flat' iaitu harga A sama aras dengan C. Dan yang sering berlaku ialah ' Horizontal Triangles ' di Wave 4 dan pasaran akan naik turun abcde. Situasi di 'Corrective Wave' inilah yang banyak berlaku dan perlu bijak untuk kita tanggani, apatah lagi apabila berlaku 'alternation' 'simple,' 'complex' atau 'more complex'. Ini adalah sebahagian tentang Elliot Wave, walaupun ramai yang sudah berputus asa dengan kiraannya. Ia masih berguna jika kita tahu menggunakannya. Ibarat sebatang pen, jika kita tahu menggunakannya dengan betul, ia boleh memberi nilai yang tidak terhingga buat seseorang itu. Tetapi bagi yang hanya meilhat ia hanya sebatang pen sahaja. Maka penggunaanya amat terhad dan tidak bernilai walau satu sen sekalipun.
( Aku yang masih belajar dan terus belajar )

Keyakinan Diri vs Keraguan

Rahsia kejayaan diri bukanlah suatu rahsia kerana ia hanya berteraskan kepada menetapkan matlamat yang tinggi dan berusaha tanpa jemu ke arah matlamat itu. Kalau ingin mengubah tahap kejayaan diri, kita perlulah mengubah tabiat dan sikap diri dan begitu juga dengan mereka yang hampir kepada kita. " Percaya kepada diri sendiri adalah rahsia pertama untuk mencapai kejayaan "- Ralph Waldo Emarson. " Pengetahuan dan pengalaman ialah jalan yang terbaik untuk mencapai kejayaan "- Francais Bacon. Dalam dunia perniagaan FX ini, keyakinan diri amatlah penting untuk kita memastikan setiap percaturan kita apabila 'entry' ini memberikan 'profit' atau sebaliknya. Keyakinan mempunyai kekuatan yang tersendiri. Ia berupaya menewaskan segalanya termasuklah musuh terbesar kejayaan iaiatu keraguan. Dengan bersenjatakan keyakinan, segala rintangan dalam kehidupan akan berjaya ditempuhi. Contohnya, apabila dahulu untuk mengutip 20-30 pips sehari mungkin sesuatu yang sukar, apalagi untuk konsisten dengannya. Apabila pengetahuan meningkat, keyakinan kita juga meningkat dan seterusnya menjadikan 100-200 pips sasaran kutipan harian kita. Ia berdasarkan analisa dan mengikut pergerakan semasa pasaran. Dan ia bukanlah suatu yang mustahil dalam tempoh 1-2 minggu seseorang itu dapat menjadikan akaunnya 'double account' atau lebih lagi. Walau apa pun yang kita lakukan kini, pastikan kita mempunyai sasaran atau matlamat apa yang ingin dicapai dalam jangka masa tertentu.Dan saya yakin, jika kita terapkan nilai-nilai positif dan juga dikelilingi rakan-rakan yang positif, maka kita akan mencapai kejayaan yang kita impi-impikan selama ini.

Wednesday, January 21, 2009

Minggu Corrective?

Minggu ini boleh saya ibaratkan ' Minggu Corrective'. Dua kejadian yang bermula pada isnin apabila 'bonet depan' kereta terangkat semasa 'speed' bukan ' spread' lebih 100km/jam kerana kecuaian menutupnya semasa memeriksa sukatan air sebelum pergi kerja. Ini menyebabkan cermin depan kereta turut pecah. Nasib tiada banyak kereta diawal pagi, kalau tak...ntahlah..malas nak fikir. Sebelah malam pula kedua-anak lelaki yang Along dan Angah terpaksa dikejarkan ke bahagaian kecemasan Hospital Universiti kerana penyakit asma. Angah kena tahan masuk wad, fuhhh....jam 3.30 pagi baru selesai dan bawa balik Along.Esok pagi kena kembali semula ke hospital bagi menjaga Angah. Dan hingga hari Rabu, angah masih ditahan di wad kanak-kanak sejak malam semalam.Walaupun nampak OK, tetapi sistem pernafasan masih bermasalah. Nampaknya minggu ini, amatlah kurang waktu untuk berurus niaga dan juga 'online'. Ini adalah ketentuan-Nya yang harus ditempuhi. Dan ia berlaku pada semua orang dan kita hanya mampu berdoa dan sentiasa mengingati-Nya. Insyallah! Rezeki untuk urus niaga akan menjelma pada minggu depan pula. Dan ia bukan sesuatu yang perlu dikenangkan jika kita mengalami apa-apa situasi yang mengganggu proses urus niaga. Pasaran akan terus berjalan dalam 'wave'nya.Dan tugas kita mencari titik masuk yang betul memberikan 'profit' dan meminimakan 'floating'.Cuma semenjak masuk tahun baru 2009 ini, 'entry' Fractal Breakout' banyak memberikan 'profit'. Itulah untungnya 'Wiseman Trader' kerana hanya ada DUA cara 'entry' sahaja iaitu BDB dan Fractal Breakout. Jadi tidak perlu kita pening-pening. Semoga saya dan juga rakan-rakan pengunjung blog ini akan sentiasa sihat walafiat dan tenang dalam 'trading' masing-masing. Kenali diri dan kenali pasaran untuk kita 'dancing with the market'.

Sunday, January 18, 2009

Kita Yang Tentukan Arah Tuju Kita

Hasil Kerja Keras Mentor & Menjadi Inspirasi dan Motivasi
Dunia perniagaan FX ini sememangnya penuh risiko dan emosi. Ia bukan mudah seperti yang disangkakan. Tanpa sokongan keluarga, rakan-rakan dan usaha-usaha pembangunan motivasi diri, rasanya seseorang itu akan cepat berputus asa dan akhirnya 'pencen awal' dan melupakan terus dunia perniagaan ini. Kita akan sentiasa bermain dengan risiko, semakin berani kita dengan risiko,semakin kita cepat belajar dan mengutip semaksima mungkin keuntungan.Itu adalah fakta!hehee...! yang Auta nya....dunia ini sentiasa dijanjikan kemewahan dan keuntungan berlipat ganda oleh sesetengah pihak dan yang menjadi mangsa ialah mereka yang 'buta fx' dan membuat pelaburan tanpa dimaklumkan dunia sebenar FX ini. “Trade/vestors are 5% more intelligent than others” - Dr. Bill Williams
Oleh itu, bagi wiseman trader atau tidak, kita yang tahu siapa kita, di mana kedudukan kita dan apa yang kita mahu untuk diri sendiri, keluarga, sanak saudara dan ummah kita secara amnya. Lakukanlah yang terbaik untuk diri kita dan sentiasa membina 'Keazaman Membara' dalam diri.( Nasihat untuk diri sendiri dan juga rakan-rakan trader ). Tiada jalan singkat untuk mengecapi apa yang kita impikan selain kerja keras, sabar,iltizam dan apa lagi yang bersifat positif yang perlu kita serapkan dalam diri kita dan terjemahkan dalam perlakuan kita sehari-hari.
( aku yang masih belajar dan terus belajar ) Ingat Allah SWT Sentiasa Apa yang berlaku atas kehendak dan kekuasaan-Nya

Sunday, January 11, 2009

Hanya Kiraan Wave EURUSD Daily

Hanya kiraan daripada bukan pakar wave, sebagai panduan. Masuk masih kekal dengan setup kita wiseman trader.

Friday, January 9, 2009

Rezeki Layan EURJPY

Thursday, January 8, 2009

Layan GBPUSD

Setiap pair kalau betul layanannya..insyallah kita akan memperolehi 'green pips' tapi kadangkala kita sebagai manusia biasa tak lepas daripada kelemahan dan memperolehi 'red pips'. Tapi kalau 'entry' sudah ikut 'rules' cuma ada perkara-perkara lain yang mengganggu. Insyallah, kita akan dapat 'cover' semula 'red pips' tersebut. BACK TO BASIC

Thursday, January 1, 2009

2008 Dalam Kenangan

2008 telah kita tinggalkan semalam. Ia menjadi satu lagi memori dalam lipatan sejarah. Sama ada ia manis atau pahit, kita telah pun harunginya dan membuatkan kita lebih dewasa daripada semalam. Hari ini, 2009 pula mengambil giliran dan terpulang kepada diri kita sendiri untuk menghadapinya dalam bentuk apa yang diinginkan. 2008 memang agak mencabar buat aku dalam karier sebagai FX Trader Separuh Masa. Di awal-awal tahun 2008 ( sekitar bulan mac-april ),aku hampir mengambil keputusan untuk bersara dalam arus gelora dunia forex. Setiap 'entry' yang dilakukan berakhir dengan kerugian. Oleh itu, ingin pula mencuba dalam perniagaan internet dan pergi menghadiri kursus Bisnes Internet di Berjaya Time Square. Walau bagaimanapun jiwa dan perasaan masih lagi terikat dengan 'chart', dan agak sukar untuk melupakannya. Pada bulan Julai 2008, dengan sokongan dan bantuan rakan-rakan, nafas aku dalam dunia FX kembali bersinar. Oleh sebab itu, dalam penulisan blog aku sebelum bulan tersebut, sebenarnya masih teraba-raba dalam Trading Chaos.Pada hal pada masa itu kira-kira hampir 10 bulan sebagai FX Trader dengan menggunakan pelbagai teknik ( sedangkan Trading Chaos di depan mata tetapi tidak nampak ).Oleh itu, tulisan-tulisan sebelum julai 2008, tidak menggambarkan aku sebagai 'wiseman trader' tetapi 'wiselman trader'..hahaha! Sebab itu, bila 'trader-trader baru' ingin berjaya atau mengutip 'profit' selepas seminggu belajar atau baru kenal apa itu meta4, broker dan sebagainya, ia sesuatu yang bukan pelik kerana mereka masih belum lagi kenali dunia FX sebenarnya.'Demo Account' setahun dengan 'profit' 500% sekali pun, ia belum menjamin dengan 'Live Account' kita, kerana dunia FX bermain dengan emosi kita bukan sekadar angka atau strategi. Buku 'Market Wizards:Interview with Top Traders ', tulisan Jack D Shwager banyak memberi inspirasi kepada aku semasa aku dalam dilema untuk teruskan atau tidak sebagai FX Trader.Anda pun perlu membacanya jika ingin lebih kenali dunia forex ini. Blog ini adalah hasil dengan minat yang mendalam terhadap 'forex' dan ia adalah suatu perkongsian maklumat dalam bahasa melayu dan sekurang-kurangnya ia membantu orang kita yang berminat dengan forex.Ia merupakan hasil daripada pembelajaran dengan rakan-rakan FX secara online atau offline. Antara yang banyak membantu aku dan aku anggap 'guru' aku sebagai Wiseman Trader ialah Fooart dan Profesor ( TQVM, semoga Allah merahmati kalian ). Tak lupa rakan-rakan wiseman aku iaitu sukriazhari,jaing,pojie dan azie.Tak lupa rakan-rakan baru wiseman seperti azan dan yoe di Kelantan. Dan ramai lagi rakan-rakan trader yang tak muat kat sini dalam aliran berbeza tetapi dengan satu matlamat. Untuk kekal dalam dunia FX ini, bukan suatu perkara yang mudah, cuba tanya berapa ramai yang telah bersara sebagai 'trader' dan sebab itu dikatakan 5% sahaja yang sukses dalam perniagaan ini...huhuhu..bukan senang! Dan aku sendiri pun masih dalam proses menuju ke kelompok tersebut. Yang penting kita mahu dan berusaha.Sila rujuk artikel ' Keazaman Membara' . Kalau sesiapa dah isytiharkan diri sudah berada dalam kelompok 5% yang sukses itu, Tahniah diucapkan kerana anda sudah menemui RAHSIA Trading anda. Yang penting kita sendiri berusaha dan beristiqamah. Cari RAHSIA tersebut sehingga berjumpa, masuk kelas beribu-ribu pun belum tentu jumpa.Percaya laaaa!..heheheh! 2008 sebagai tahun pembelajaran aku dengan lebih mendalam tentang Trading Chaos, dan insyallah kalau ikut perancangan segala info yang ada itu akan dipergunakan untuk menuai pada tahun 2009 ini. Itulah doa siang malam. Dan seperti artikel sebelum ini, jangan lupa amalan membaca Al Mathurat, untuk dimurahkan rezeki dan pelbagai manafaat lagi. Apa-apa pun kita jangan lupa Maha Kuasa walau kita rasa kita hebat atau sebaliknya. Jangan kita susahkan diri dan serabut kepala dengan pencapaian orang lain, nak tengok live account si anu si anu dan sebagainya. Kita lihat sejauh mana diri kita sendiri.Forex bukan seperti perniagaan kedai runcit atau kedai makan, pasarannya amat luas dan persaingannya juga amat luas, satu dunia.Jadi,terpulang kepada diri sendiri, bagaimana hendak meningkatkan keupayaan diri untuk mengharungi hari-hari sebagai trader.Tetapi percayalah, Allah itu Maha Adil, jika kita berusaha dan bertaqwa kepadanya..insyalllah kita akan mencapai matlamatnya. Sama ada anda wiseman trader atau tidak, ia bukan suatu yang mustahak, yang penting kita tahu apa yang kita buat dan inginkan. Kepada trader baru dengan live account , selamat datang ke dunia FX yang sebenarnya.Kepada trader berpengalaman, semoga anda konsisten dan mencapai matlamat yang anda rancangkan. Semoga kita anak malaysia, berjaya mengaut sejumlah wang yang besar dari akaun FX ke akaun masing-masing...heheheh...jangan bagi orang sudah...hahahaah! Salam Trading dan Selamat Tahun Baru 2009.....Keazaman Membara!

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP