Friday, December 26, 2008

KEAZAMAN MEMBARA

Seperti biasa hobi apabila mengunjungi Giant Seksyen 13, Kedai MPH sasaran pertama dan aku ingin kongsikan tentang apa yang aku dapat dari sana iaitu suatu perkara yang kita tidak sedar tapi kita sebenarnya sudah melakukannya. Sebagai manusia, pencapaian dirilah yang membuat kita puas dalam kehidupan di dunia yang fana ini. Jika kita seorang yang berpandangan positif, setiap cabaran menjadi makanan kita untuk terus berjaya dalam apa jua cita-cita kita. Satu petikan yang saya perolehi daripada buku tersebut ialah " Sejauh mana kesungguhan anda untuk meneruskan cita-cita bergantung kepada betapa kuatnya keazaman anda untuk memilikinya ". Secara ringkasnya apa yang ingin dikongsikan ialah RAHSIA atau KUASA yang mampu mengubah seseorang itu untuk berjaya ialah KEAZAMAN MEMBARA.Keazaman yang cukup kuat, memaksa dan meyakinkan seseorang itu untuk bertindak, kadangkala berlawanan dengan kehendak individu itu sendiri. " Keazaman membara merupakan keazaman yang terlalu kuat sehinggakan seseorang itu sukar untuk mengawalnya". " Gunalah kekuatan yang hebat ini dan perintahkanlah ia mengikut kehendak anda". Apa yang boleh kita bandingkan dengan usaha kita untuk berjaya dalam perniagaan Forex ini ialah Keazaman Membara untuk mencapai tahap Master Trader walaupun dirasakan ia masih jauh daripada jangkauan kita. Tetapi sekurang-kurangnya kita berimpikan satu hari nanti kita akan hidup senang lenang, tinggal di rumah idaman, memandu kereta idaman, pergi ke suatu tempat idaman, mengerjakan ibadah haji atau yang paling mulia ialah kita berniat untuk membantu keluarga, sanak saudara dan umat kita ke arah yang lebih baik dan berdiri sama tinggi lain dengan bangsa-bangsa lain. Tanpa Keazaman Membara agak mustahil kita akan kekal dalam perniagaan yang penuh onak duri ini. Dan sebab itu dikatakan 5% hingga 10% sahaja kelompok yang berjaya dan untuk berada dalam kelompok tersebut, kita memerlukan suatu tindakan yang sewajarnya. LIMA LANGKAH PROSES MENCIPTA KEAZAMAN MEMBARA Secara ringkasnya ialah : 1- MENETAPKAN MATLAMAT - Bersendirian ditempat sunyi. - Kenal pasti satu matlamat yang mencabar. ( Master Trader ) - Matlamat mestilah yang boleh dicapai. - Tetapkan satu jangka waktu. 2- MENGHASILKAN KEAZAMAN MEMBARA - Imaginasi mengenai kejayaan anda memiliki matlamat tersebut dan apa yang anda rasa. - Bina kesukaan pada matlamat anda. - Ingati kembali gambaran-gambaran nyata anda itu. 3- PERANCANGAN - Buat Pelan Perancangan. - Lenyapkan pemikiran negatif - Kenal pasti pengorbanan-pengorbanan yang perlu kita lakukan. ( Beli ebook, yuran kelas, bil internet, masa dan lain-lain ) - Kenal pasti kemahiran-kemahiran yang perlu anda perolehi. ( Belajar dengan disiplin sistem urus niaga ) 4- BERTINDAK - Lakukan apa yang perlu anda lakukan dan cintai apa yang anda lakukan. - Berdoalah bersungguh-sungguh. - Berikan fokus dan tumpuan. 5- PELIHARAKANLAH KEAZAMAN MEMBARA ANDA AGAR KEKAL HIDUP - Mainkan gambaran-gambaran impian anda sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur. - Selalu ingatkan diri anda betapa pentingnya untuk anda capai cita-cita atau impian anda itu.
" Pengorbanan adalah sesuatu yang amat sukar, walau bagaimanapun, ia boleh dilakukan sekiranya keazaman membara yang tersemat di jiwa anda itu, jauh lebih besar berbanding pengorbanan sementara yang anda perlu lakukan "
( Untuk lebih informasi dan penerangan terperinci sila dapatkan buku tulisan Dr. Asrul Zamani : Keazaman Membara di Kedai Buku MPH berdekatan )

0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP