Saturday, April 25, 2009

Wiseman Fractal

Salah satu 'entry position' dalam Trading Chaos ialah Wiseman Fractal sama ada ia 'BUY' atau 'SELL". Cuma apa yang perlu diingatkan ialah posisi ini hanyalah tambahan dan bukan bila wujud wiseman fractal kita terus PO kerana ia mesti BDB wujud terlebih dahulu. Wiseman Fractal ini tidak sama dengan Breakout Fractal kerana ia boleh wujud semasa dalam alligator dan biasa selepas wujud Super AO seperti dalam contoh chart di sebelah.Contoh entry di pair GJ: 1 tick daripada harga LOW di bar Wiseman Fractal tersebut.Katakan harganya 142.83, maka PO kita ialah 142.82. Semoga nota ini dapat membantu anda dalam urus niaga nanti. Segala teguran atau komen daripada anda amat dialu-alukan untuk memantapkan lagi skil urus niaga kita bersama.

Thursday, April 16, 2009

Kesilapan Yang Bermakna

Kesilapan mengambil 'entry' adalah suatu lumrah dan biasa berlaku terutama apabila 'trader' dalam situasi tertekan atau lama menunggu 'setup' yang biasa tidak kunjung tiba. Walau bagaimanapun ia bukanlah suatu episod yang perlu kita kesali, kerana daripada suatu kesilapan ia akan mengajar kita apa itu 'entry' yang berkualiti atau tidak. Tetapi kita haruslah berpada-pada kerana 'Stop Loss' masih menjadi suatu kewajipan untuk kita hadkannya berdasarkan kemampuan kita. Seperti penulisan-penulisan yang lepas, rahsia untuk kita kekal lama dalam bisnes ini ialah cepat untuk kita memotong kerugian dan membiarkan keuntungan bergerak sejauh mana yang mungkin. Sebagai 'wiseman trader', posisi masuk kita ialah dengan BDB dan juga Fractal Breakout. Oleh itu, jika kita menjadi seorang yang terlalu 'takut' untuk mengambil sebarang risiko, maka kita akan sentiasa dibayangi dengan 'rasa takut' yang tiada kesudahannya. Oleh itu, sebarang kesilapan atau kegagalan meraih keuntungan dengan BDB ( Gambling Phase ) ini, maka ia diberi penekanan agar kita tidak mengulanginya pada sesi urus niaga yang akan datang. Oleh itu, sebagai cadangan, kita perlu membuat nota peribadi berserta 'screenshot' agar kita mudah faham. Contoh kesilapan yang pernah saya lakukan ialah mengambil posisi buy BDB di M15 tetapi trend di TF H1 masih lagi kuat untuk turun ( rujuk kepada alligator dan AO ), ini dinamakan 'parallel market' dan jika dilihat semula, BDB tersebut tiada 'angulation' yang baik untuk kita memasang PO di BDB tersebut. Apa pun, ia menjadi suatu ingatan dan jangan kita masuk ke satu lubang 'loss' yang sama untuk masa akan datang. Wassalam!

Sunday, April 12, 2009

Pentingnya Kawalan Minda

Selain kita sibuk mengutamakan sistem mana yang menguntungkan atau bagaimana nak entry 'buy' atau 'sell', satu perkara yang tidak diambil berat oleh kebanyakan pedagang ialah tentang mengawal minda kita semasa berurus niaga. Ini adalah kita sendiri yang memutuskan risiko sama ada melaksanakan atau tidak sesuatu urus niaga. Jika kita berpendapat bahawa risiko adalah terlalu tinggi atau peluang keuntungan adalah terlalu rendah, elakkan sahaja dagangan tersebut.Peluang yang lain akan muncul juga, dan kita tidak boleh memaksa diri untuk berurus niaga. Oleh itu, amat penting kita tahu untuk mengendalikan minda kita sebelum berurus niaga. Pengendalian minda anda adalah satu topik yang dibincangkan oleh Dr Van Tharp seperti yang terkandung dalam bukunya yang bertajuk Markets Wizard ( seperti yang saya nyatakan dulu, buku ini boleh dipinjam di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya, jika berdekatan). Dalam temuduga seperti yang terkandung dalam buku tersebut, beliau telah mendedahkan sebuah formula berkesan untuk kawalan minda yang berkesan, sepertimana yang dipraktikan oleh pedagang-pedagang terhebat di dunia. Formula ini terdiri daripada tiga bahagian: 1) Cari satu kaedah yang memberikan anda kelebihan dagangan. 2) Pastikan bahawa kaedah ini berkesan dengan mengaplikasikannya kepada rekod silam. 3) Tarik picu dan laksanakan dagangan tersebut. Semoga ia dapat membantu rakan-rakan semua. Wallahulam!

Friday, April 10, 2009

Rezeki BDB H1 EURUSD

Minggu ni sibuk dengan urusan kerja, sempat trading 2 kali saja lah. Salah satu ni terserempak BDB TFH1 di EU.Alhamdulillah!Lepas modal tukar 4 tayar..huhu

Sunday, April 5, 2009

Bukan Lagi Rahsia Ingin Profit

Siapa yang boleh menjamin keuntungan setiap trading kita selain ketentuan daripada Allah SWT. Tetapi itu bukan alasan untuk kita menyerah kepada takdir semata-mata tanpa melihat di mana kesilapan sama yang telah kita lakukan berkali-kali. Apa puncanya, keuntungan minggu lepas lebur pada minggu ini? Kalau seorang itu, menjual nasi lemak dan mencatat keuntungan yang lumayan tiba-tiba perniagaannya merudum, kenapa? Segala kemungkinan boleh berlaku seperti harga naik, kualiti yang semakin kurang kerana ingin untung lebih, pengurusan kewangan lemah,lokasi tidak lagi strategik dan sebagainya.Apa jua perniagaan, kesilapan atau kealpaan kita akan mengundang padah. Oleh itu, baik kita teruskan dengan Setup Entry kita yang sudah memberi keuntungan, pengurusan wang dan disiplin yang stabil seperti mana yang kita lakukan pada minggu sebelumnya. Oleh itu, rahsia untuk kita kekal keuntungan ialah dengan menurut sistem yang kita yakini dan analisa pergerakan harga semasa pasaran.Jika ia bertepatan dengan apa yang kita rancangkan, apa tunggu lagi untuk Buy atau Sell.Tetapi jika dalam situasi teragak-agak dan tiada keyakinan, baik tutup dulu chart dan lakukan aktiviti lain yang bermanafaat.

Sunday, March 29, 2009

Ramai yang solat, tapi.........

Hanya secebis ingatan buat diri sendiri dan juga rakan-rakan tentang kepentingan kita menjaga solat 5 waktu sehari semalam di samping solat-solat sunat yang lain juga. Apa pandangan anda tentang kenyataan ini: " Pelik, ramai yang solat tetapi masih lagi tidak berdisiplin, pengurusan masa lintang pukang, tidak sabar, suka menfitnah orang lain, dan pelbagai sifat mazmumah yang lain lagi". Apa yang dipelajari ialah masalah di atas timbul kerana ada sesuatu masalah atau perkara yang tak kena dengan solat seseorang itu. Antaranya ialah perbuatan, bacaan dan penghayatan kita dalam solat tidak selari dan tiada sinergi. Hanya baca, tapi tidak faham dan tiada ada penghayatan. Badan rukuk, dahi sujud, tapi tiada kehambaan dalam hati kepada Allah s.w.t. " Jika seseorang itu benar-benar mendirikan solat dan menjaganya, akan terserlah perlakuan-perlakuan baik hasil solatnya itu. Solat ialah proses melahirkan output positif dalam perlakuan manusia". Jadi kita perbaiki diri kita dalam mengerjakan ibadah solat dan perlu dilakukan 'refresh' dalam bacaan dan perkara-perkara berkaitan tentang solat. Oleh itu, sebagai trader yang mementingkan kualiti disiplin diri, maka ibadah solat ini dapat memastikan kita menjadi seorang yang berdisiplin dan mempunyai jati diri yang tinggi.Wallahualam!

Friday, March 20, 2009

10 Fakta Yang Wajib Tahu

Dunia FX juga adalah sama dengan mana-mana perniagaan di luar sana. Cuma dalam perniagaan ini nampak mudah dan senang kerana kita hanya perlu melakukan urusan jualan atau belian sahaja. Dan mungkin dalam masa 30 minit atau kurang seseorang itu telah menjana wang yang cukup lumayan. Itu adalah fakta. Dan faktanya juga seseorang itu boleh kehilangan wang dalam masa 30 minit atau kurang. Antara fakta atau tips yang boleh dikongsikan di sini ialah :


1- Jangan abaikan TIGA perkara utama jika ingin berjaya dalam perniagaan ini iaitu mempunyan Pelan Dagangan yang kita yakini dan fahami, mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi dan melakukan pengurusan wang dengan berhemah jika ingin bertahan lama dan meningkatkan jumlah akaun.


2- Trader FX bukan hanya melibatkan sistem atau kecanggihan Pelan Dagangan semata-mata tetapi pengurusan diri kita sebagai pedagang seperti tahap kesihatan, pemakanan, kerohanian, motivasi diri dan sebagainya yang melibatkan diri kita sendiri. Peringkat awal memang kita banyak masa dihabiskan untuk mengkaji sesuatu sistem urus niaga tetapi selepas itu jangan abaikan langsung tentang penjagaan diri kita sendiri yang bertanggungjawab untuk menguruskan sistem tersebut. 

3- Ilmu sudah ada dalam diri cuma pandangan kita dikaburi oleh masalah dalaman diri sendiri atau pun "underlying structure" diri kita sebagai pedagang seperti kekuatan emosi, mental, disiplin dan sebagainya.Seperti yang terkandung dalam buku Trading Chaos, kita kenali diri kita sebenarnya, barulah kita wajar mengenali pasaran atau sistem yang kita ingin kuasai. Antara kita memang berbeza pemahaman dan pengalaman, walaupun sama-sama menggunakan sistem yang sama. Itu bukan persoalannya, yang penting bagaimana kita nak sesuaikan sistem tersebut dengan kemampuan diri kita sendiri. 

4- Rajin-rajinlah untuk membaca apa-apa bahan berkaitan seperti buku atau ebook berkaitan pelan dagangan yang kita gunakan dan juga buku-buku ilmiah yang lain seperti bahan bacaan keagamaan dan motivasi diri. Walaupun nampak tiada kaitan dengan Forex tetapi ia akan memberi sesuatu inspirasi kepada kita.

5- Sebagai pedagang forex juga, dicadangkan kita mempunyai rakan-rakan atau kumpulan yang boleh kita kongsikan tentang pelan dagangan dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan dunia urus niaga ini. Adakalanya kita akan menjadi manusia yang keliru atau putus asa kerana kegagalan urus niaga. Tugas rakan-rakan ialah untuk memberi sokongan untuk kekuatan semangat kita.

6- Kita juga perlu sedar untuk berjaya dalam apa bidang sekali pun ia bukanlah mudah dan menggunakan jalan pintas. Oleh itu, kita mulakan dari satu langkah ke satu langkah yang lain mengikut urutannya. Ini juga dapat mengatasi sikap tamak dalam diri dan dapat elakkan sikap terlalu yakin dan boleh menyebabkan kita tergolek dalam urus niaga.

7- Setiap klik 'entry' , kita perlu analisa terlebih dahulu sama ada ia bertepatan dengan 'setup' sistem urus niaga kita guna. Di sinilah kunci disiplin memainkan peranannya. Jika kita memaksa diri untuk 'entry position' bermakna kita sengaja menempah musibah kerana pasaran akan menunjukkan dirinya untuk kita berurus niaga atau duduk diam-diam.

8- Elakkkan diri untuk mengadap chart terlalu lama untuk mencari titik 'entry' jika pasaran dalam situasi tidak mengizinkan dengan sistem yang kita gunakan.

9- Elakkan diri untuk masuk berurus niaga jika kita dalam kesibukan dengan tugasan lain. Ini akan mendatangkan mudarat kerana setiap posisi yang kita masuk memerlukan fokus yang sebaik-baiknya kerana setiap pips itu adalah wang kita. 

10- Elakkan diri untuk masuk berurus niaga jika situasi emosi dan psikologi kita terganggu seperti terlalu letih,mengantuk, berselisih faham dengan seseorang atau dan sewaktu dengannya. Sepuluh perkara di atas adalah berdasarkan pengalaman yang dikutip oleh saya sepanjang menjadi pedagang forex ini. Walaupun masih belajar untuk berdagang, diharapkan dengan panduan di atas, kita sama-sama sukses dalam perniagaan penuh warna ini.Wassalam!

Tuesday, March 17, 2009

PETUA KEKAYAAN SEORANG TRADER?

Sunday, March 15, 2009

INILAH DUNIAKU

Secara asasnya pergerakan pasaran adalah sama iaitu 'Bullish' atau 'Bearish'. Walau apa pun sistem yang kita gunakan, kita akan berurus niaga di pasaran yang sama serta pergerakan harga yang sama. Dan bagi setiap pedagang (trader) juga berlainan cara urus niaga masing-masing walaupun menggunakan sistem yang sama.Ini bergantung kepada diri trader itu sendiri tentang tahap pengalaman, pengetahuan serta ketahanan fizikal dan mental seseorang itu.
Saya ingin memetik kata-kata dalam The Zen of Trading iaitu " Apa yang sedang dikatakan adalah pasaran membuat segala keputusan. Satu-satunya keputusan kita adalah untuk mendengar kata pasaran dan menuruti segala penunjuknya. Ini adalah sentiasa benar, dan tidak berkecuali. Ingat bahawa pasaran tidak akan menipu. Hanya kita yang menipu diri kita sendiri".
Oleh itu, sebagai panduan kita bersama, di sini saya nyatakan TIGA perkara penting jika kita ingin menempatkan diri dalam kelompok 5% atau 10% trader yang berjaya dan bertahan. Walau hebat mana seseorang itu jika gagal menuruti peraturan-peraturan itu, maka sukar untuk bertahan lama. TIGA perkara tersebut ialah :
1) PELAN DAGANGAN
2) DISIPLIN
3) PENGURUSAN WANG
Dan inilah yang sentiasa dicuba dan dipelajari serta dilatih agar menepati KETIGA-TIGA perkara di atas. Oleh itu, sila renung-renungkan dan praktikan dalam diri masing-masing.

Sunday, March 8, 2009

Dilemma Entry OK, Exit KO?

Kebanyakan rakan-rakan yang saya kenali menghadapi masalah untuk exit market dengan berdisiplin dan imaginasi mengatasi apa yang ditunjukkan oleh 'chart' yang berada di depan mata. Begitu jugalah yang saya hadapi sebelum ini. Dan menyebabkan 'profit' bertukar 'floating'. Tapi tiada masalah kerana ia memberi pengalaman berguna. Sebagai masih baru dalam urus niaga ini, yang saya faham dan boleh diikuti jika rasa ia betul. Apabila kita membuat keputusan untuk 'entry' dengan M15, maka kita wajib keluar juga dengan M15. Walaupun sesetengah 'trader' yang 'expert' mungkin mereka mampu 'hold position; lagi. Tapi untuk langkah keselamatan, saya akan keluar apabila harga sudah break dan buka bar baru di bawah atau atas Green Line (LIPS). Dan ini adalah syarat EXIT dalam Chaos Trading juga iaitu Green Line SCO. Biarlah apa yang berlaku selepas itu. Kalau tengok 'back test' semua pun boleh, tapi adakah kita tahu apa yang akan belaku semasa 'live trading' dan ia belum berlaku lagi. Contoh mudah yang berlaku pada diri sendiri dulu, apabila price break dan buka bar baru di atas lips ( posisi sell ), saya masih berani hold dan imaginasi saya berharap ia mesti turun selepas ini. Tiba-tiba ia terus naik,dan saya tunggu dia break atau tidak lips H1. Bila break juga, baru keluar, tapi dah berapa banyak pips floating yang saya alami. Bermula hanya sepatutnya 40 pips (contoh) ia telah naik kepada 100 pips lebih. Jadi secara logik akalnya, saya telah lakukan kesilapan besar kerana 'mengharap' kepada yang tak pasti lagi. Apa-apa boleh berlaku....oleh itu baik kita beringat-ingat dan sentiasa berwaspada. Yang selebihnya, anggaplah bukan rezeki kita. Janji kita boleh konsisten disiplin dan buang sifat tamak dalam diri. ( kemungkinan nota ini sesuai untuk saya dan rakan-rakan trader level Novice & Advance Beginner sahaja )

Wednesday, March 4, 2009

APA MATLAMAT KITA?

Matlamat adalah sebahagian daripada perancangan hidup. Individu yang inginkan kecemerlangan diri hendaklah berusaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkannya. 95% manusia di dunia ini dikatakan menghadapi kegagalan hidup kerana mereka tidak mempunyai matlamat.
Kepentingan MATLAMAT ialah : 1- Memberi petunjuk dan arah: Kita akan bertindak mengikut matlamat yang telah ditetapkan. 2- Mewujudkan keyakinan diri: Kita akan lebih yakin terhadap diri sendiri dan mula merancang matlamat yang lebih besar dan berusaha mencapainya. 3- Menikmati kegembiraan dalam hidup: Kebahagiaan hidup bergantung kepada diri kita sendiri. Kita akan merasa gembira apabila sesuatu matlamat itu tercapai. 4- Membentuk sikap positif : Kita akan bersikap positif untuk merealisasikan impian yang telah ditetapkan. 5- Mewujudkan keazaman dan keinginan : Dapat meningkatkan keazaman dalam diri kita untun mencapai matlamat tersebut. 6- Perancangan tugas akan lebih teratur : Matlamat dapat menghalang diri kita melakukan sesuatu yang tiada kaitan dengan matlamat yang telah ditetapkan. 7- Bertindak sebagai jalan penyelesaian : Kita akan berasa yakin dan berfikiran positif serta berusaha menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi.
Oleh itu, dalam perniagaan harian kita juga perlu mempunyai matlamat apa yang ingin dicapai bagi mengelakkan diri kita dalam situasi keliru atau terumbang ambing dalam membuat sesuatu keputusan. Dan ini juga dapat membantu kita sentiasa konsisten dengan apa yang kita lakukan. Rujukan : RAHSIA KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN DIRI :Dr. Abdul Aziz Bin Azimullah Ph.D

Sunday, March 1, 2009

Intai Divergence

Situasi yang baik kadang kala terlepas dan melepas...... Tak Usah dikesali...pasaran terus berjalan 5 hari seminggu..hehehe

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP