Wednesday, March 4, 2009

APA MATLAMAT KITA?

Matlamat adalah sebahagian daripada perancangan hidup. Individu yang inginkan kecemerlangan diri hendaklah berusaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkannya. 95% manusia di dunia ini dikatakan menghadapi kegagalan hidup kerana mereka tidak mempunyai matlamat.
Kepentingan MATLAMAT ialah : 1- Memberi petunjuk dan arah: Kita akan bertindak mengikut matlamat yang telah ditetapkan. 2- Mewujudkan keyakinan diri: Kita akan lebih yakin terhadap diri sendiri dan mula merancang matlamat yang lebih besar dan berusaha mencapainya. 3- Menikmati kegembiraan dalam hidup: Kebahagiaan hidup bergantung kepada diri kita sendiri. Kita akan merasa gembira apabila sesuatu matlamat itu tercapai. 4- Membentuk sikap positif : Kita akan bersikap positif untuk merealisasikan impian yang telah ditetapkan. 5- Mewujudkan keazaman dan keinginan : Dapat meningkatkan keazaman dalam diri kita untun mencapai matlamat tersebut. 6- Perancangan tugas akan lebih teratur : Matlamat dapat menghalang diri kita melakukan sesuatu yang tiada kaitan dengan matlamat yang telah ditetapkan. 7- Bertindak sebagai jalan penyelesaian : Kita akan berasa yakin dan berfikiran positif serta berusaha menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi.
Oleh itu, dalam perniagaan harian kita juga perlu mempunyai matlamat apa yang ingin dicapai bagi mengelakkan diri kita dalam situasi keliru atau terumbang ambing dalam membuat sesuatu keputusan. Dan ini juga dapat membantu kita sentiasa konsisten dengan apa yang kita lakukan. Rujukan : RAHSIA KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN DIRI :Dr. Abdul Aziz Bin Azimullah Ph.D

1 comments:

Anonymous March 4, 2009 at 9:55 PM  

Menentukan matlamat bermakna menentukan nilai harga diri. Tinggi atau rendah nilai harga diri terletak pada matlamat yang ditetapkan.

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP