Sunday, April 5, 2009

Bukan Lagi Rahsia Ingin Profit

Siapa yang boleh menjamin keuntungan setiap trading kita selain ketentuan daripada Allah SWT. Tetapi itu bukan alasan untuk kita menyerah kepada takdir semata-mata tanpa melihat di mana kesilapan sama yang telah kita lakukan berkali-kali. Apa puncanya, keuntungan minggu lepas lebur pada minggu ini? Kalau seorang itu, menjual nasi lemak dan mencatat keuntungan yang lumayan tiba-tiba perniagaannya merudum, kenapa? Segala kemungkinan boleh berlaku seperti harga naik, kualiti yang semakin kurang kerana ingin untung lebih, pengurusan kewangan lemah,lokasi tidak lagi strategik dan sebagainya.Apa jua perniagaan, kesilapan atau kealpaan kita akan mengundang padah. Oleh itu, baik kita teruskan dengan Setup Entry kita yang sudah memberi keuntungan, pengurusan wang dan disiplin yang stabil seperti mana yang kita lakukan pada minggu sebelumnya. Oleh itu, rahsia untuk kita kekal keuntungan ialah dengan menurut sistem yang kita yakini dan analisa pergerakan harga semasa pasaran.Jika ia bertepatan dengan apa yang kita rancangkan, apa tunggu lagi untuk Buy atau Sell.Tetapi jika dalam situasi teragak-agak dan tiada keyakinan, baik tutup dulu chart dan lakukan aktiviti lain yang bermanafaat.

0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP