Sunday, March 15, 2009

INILAH DUNIAKU

Secara asasnya pergerakan pasaran adalah sama iaitu 'Bullish' atau 'Bearish'. Walau apa pun sistem yang kita gunakan, kita akan berurus niaga di pasaran yang sama serta pergerakan harga yang sama. Dan bagi setiap pedagang (trader) juga berlainan cara urus niaga masing-masing walaupun menggunakan sistem yang sama.Ini bergantung kepada diri trader itu sendiri tentang tahap pengalaman, pengetahuan serta ketahanan fizikal dan mental seseorang itu.
Saya ingin memetik kata-kata dalam The Zen of Trading iaitu " Apa yang sedang dikatakan adalah pasaran membuat segala keputusan. Satu-satunya keputusan kita adalah untuk mendengar kata pasaran dan menuruti segala penunjuknya. Ini adalah sentiasa benar, dan tidak berkecuali. Ingat bahawa pasaran tidak akan menipu. Hanya kita yang menipu diri kita sendiri".
Oleh itu, sebagai panduan kita bersama, di sini saya nyatakan TIGA perkara penting jika kita ingin menempatkan diri dalam kelompok 5% atau 10% trader yang berjaya dan bertahan. Walau hebat mana seseorang itu jika gagal menuruti peraturan-peraturan itu, maka sukar untuk bertahan lama. TIGA perkara tersebut ialah :
1) PELAN DAGANGAN
2) DISIPLIN
3) PENGURUSAN WANG
Dan inilah yang sentiasa dicuba dan dipelajari serta dilatih agar menepati KETIGA-TIGA perkara di atas. Oleh itu, sila renung-renungkan dan praktikan dalam diri masing-masing.

0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP