Sunday, March 1, 2009
Tuesday, February 24, 2009
Who am I?
Kalau soalan ini ditanya, siapa aku sebenarnya;apakah jawapan yang bermain-main dalam fikiran kita? Dalam ebook Chaos Trading ada diceritakan tentang perkara ini.
__________________________________
Mungkin ada yang menjawab saya ialah seorang guru yang bertanggungjawab, atau seorang 'trader' yang berdisiplin, atau saya seorang pelajar yang gigih.
__________________________________
Mengetahui siapa kita sebenarnya sangat penting kerana identiti kita dan kelakuan kita tidak pernah konflik. Ahli psikologi merumuskan kelakuan seseorang itu mengikut identitinya. Bijak pandai ada berkata, " Siapa anda,menentukan bagaimana anda melihat. Apa yang anda lihat itulah yang anda dapat".Ungkapan ini sangat penting difahami supaya seseorang yang hendak melakukan perubahan dalam kehidupannya tahu secara tepat perkara yang perlu diberi tumpuan agar perubahan yang diinginkan itu tepat dan dapat menghasilkan kejayaan.
___________________________________________________________________
Contoh mudah melalui ungkapan " siapa anda menentukan apa yang anda lihat" ialah orang biasa melihat pantai yang cantik, aiir laut yang bersih, gambaran yang datang spontan ialah "Oh cantiknya tempat ini".Bagi seorang nelayan pula,laut merupakan tempat mencari rezeki yang dia nampak ialah ikan, sotong, ketam dan sebagainya.Oleh itu apa yang kita faham tentang ungkapan siapa anda akan menentukan apa yang anda lihat, maka itulah yang kita akan dapat. Sebagai mana kita sebagai 'trader' forex juga, kita melihat satu chart pergerakan yang sama, tetapi mempunyai pemahaman atau persepsi berbeza tentang keputusan untuk 'entry' 'buy' atau 'sell' dan sebagainya.
___________________________________________________________________
Berbalik kepada persoalan siapa aku sebenarnya, bukan akal yang memberi jawapan menentukan siapa kita sebenarnya. Yang menentukan siapa kita ialah hati kita dan perasaan kita;itulah hakikat diri kita sebenarnya. Kalau hati kita belum merasa kebesaran keagungan dan kesempurnaan Allah s.w.t, ertinya hati kita belum benar-benar berhubung dengan Allah. Contoh mudah ialah kita mengakui bahawa al Quran adalah kalam Allah, tetapi hati tidak merasa untuk menyentuhnya dan seterusnya membacanya disamping cuba memahami maksudnya. Ini adalah kerana hati tidak merasa betapa bernilainya al Quran tersebut.
___________________________________________________________________
Kualiti hidup kita sebenarnya bergantung kepada kualiti hubungan hati kita dengan Allah. Hati itu adalah pusat penilaian Tuhan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah tidak hanya melihat pada rupa dan kulitmu saja tetapi melihat sampai kepada hatimu pula ".
___________________________________________________________________
Secara ringkasnya begitulah yang boleh diperkatakan tentang mengenali diri sendiri. Banyak lagi perbahasan yang boleh dimuatkan, tetapi yang penting kita fokus yang kita lakukan dan biarlah ia datang daripada lubuk hati kita dan bukan kerana apa-apa paksaan.
___________________________________________________________________
Rujukan Tulisan : Hj Ahmad Salim Omar;Pengarah Urusan Fitrah Perkasa Sdn Bhd.
Posted by WZWY at 11:35 PM 0 comments
Sunday, February 22, 2009
BILA NAK PANDAI ????
Lumrah manusia ialah inginkan sesuatu kejayaan atau hasil daripada usaha yang dilakukan. Persoalannya ialah dalam konteks mempelajari ilmu berniaga Forex ini, Bila Aku Nak Pandai Trade dan Untung sokmo dan Rugi kadang-kadang! Kerana kebiasaannya ialah Untung kadang-kadang dan Rugi sokmo!
_________________________________________
Siapakah antara kita sudah memiliki KUNCI KEJAYAAN dalam urusniaga mereka? Ini bermaksud seseorang itu sudah memperolehi 'profit' yang melebihi kerugian yang di alami dan mampu menanggani apa jua situasi pasaran sama ada 'impulsive' atau pun 'corective'. Jika anda sudah tergolong dalam kumpulan ini yang sudah memiliki kunci pintu urus niaga ini, tahniah dan semoga dapat dikongsikan bersama, sama ada dalam kelas berbayar, 'personal coaching' atau pun perkongsian ilmu secara percuma. Ia terpulang kepada budi bicara masing-masing. Dan kejayaan itu terlalu luas pengertiannya, oleh itu terpulang kepada diri masing-masing untuk meletakkan skala erti kejayaan tersebut.
____________________________________________________________________
Soal bila nak pandai, bukanlah persoalannya tetapi adakah kita sudah cukup berusaha tanpa kenal penat atau jemu untuk berjaya dalam bidang ini atau mana-mana perniagaan sekali pun.Sepanjang saya mendalami ilmu urus niaga ini dari satu kelas ke satu kelas yang lain, dari sistem ini ke sistem yang itu dan akhirnya mengambil keputusan untuk berurus niaga dengan Trading Chaos+Elliot Wave. Ia bukanlah sesuatu yang mudah dan senang, bermula 'live trading' sejak Julai 2007 hingga kini, saya masih terus belajar dan belajar untuk mencari Kunci Pintu yang sesuai dan akhirnya menjadi seorang trader yang sukses. Dan saya amat beruntung kerana mempunyai isteri yang memahami ( walaupun peringkat awal agak tidak sukar sesuaikan diri ) dan rakan-rakan trader yang berfikiran positif dan tidak jemu-jemu untuk mencari dan terus mencari kunci kejayaan ini.Oleh sebab itu saya berasa agak janggal jika seseorang ingin belajar urus niaga dan terus nak kejayaan dikecapi dalam masa terdekat dengan 'profit' tanpa mahu libatkan kerugian dalam urus niaga mereka.
____________________________________________________________________
Dalam penulisan kali ini saya amat terhutang budi dan merakamkan setinggi-tinggi pengharagaan kepada 'mentor ' dan 'rakan trader' saya kerana sentiasa bersama saya di saat jatuh dan bangunnya dalam perniagaan ini. Dan tidak pernah lokek dalam berkongsi ilmu atau kajian beliau. Daripada profit harian 10-20 pips hingga mencecah 100-200 pips sehari, daripada mengecapi rekod profit USD10-USD30 kepada USD100-USD200 pada satu-satu post.Oleh itu, jasa "Guru Fooart/Kiera" dan "Sukriazhari" dalam urus niaga FX saya cukup amat bermakna. Oleh sebab itu, dalam konteks pendidikan ini, setiap orang perlukan seorang mentor dan rakan yang akrab dalam sama-sama bantu membantu di saat 'profit' atau pun 'loss'. Dan tidak lupa sokongan keluarga kerana ini semua membantu kita dalam persediaan emosi semasa urus niaga.
Wassalam.....!
22 feb 20009:04.10pm:Shah Alam
Posted by WZWY at 3:29 PM 1 comments
Wednesday, February 11, 2009
JANGAN LUPA & LALAI, TAPI........!
Jangan Lupa dan Lalai,tapi.......ini adalah tajuk post kali ini. Kenapa? Kerana saya juga mengalami situasi ini apabila terpaksa menanggung akibatnya jika upa dan lalai walau dalam jangka waktu yang singkat.
Dalam urus niaga seharian, kita sudah fahami dan ketahui tentang peraturan-peraturan dan lenggok arus pergerakan pasaran yang bagaimana harus kita masuk atau elakkan. Tetapi adakalanya kenapa kita terlupa atau lalai dan mengakibatkan 'entry' kita berakhir dengan kerugian.
Oleh itu, kita wajib INGAT dan sebolehnya menampal peraturan urus niaga di depan mata sepanjang masa. Dan sebab itulah kenapa Bill William amat menitik beratkan 'wiseman trader' untuk mencatat 'Morning Pages' pada setiap hari. Dan satu lagi cara ialah kita mencatat data urus niaga kita dan juga melakukan post mortem sebaik sahaja kita selesai urus niaga. Saya pun biasanya 'post mortem' dilakukan apabila 'entry' tersebut 'loss' dan semak semula apa kesilapan dan perbetulkan semula di masa depan. Bukan senang nak senang, apatah lagi pekerjaan kita sebagai FX Trader. Dari sinilah kita seboleh-bolehnya boleh minimakan sifat pelupa dan lalai semasa urus niaga.
Posted by WZWY at 5:47 PM 1 comments
Monday, February 9, 2009
Trader Yang Kecewa?
Rasa kecewa atau sedih ada pada setiap orang. Bagi seorang trader, perasaan ini memang sudah sinonim. Cuma yang membezakan ialah bagaimana seseorang itu menanggani kekecewaan masing-masing.
Kehidupan seharian kita sebagai trader sentiasa bermain dengan risiko apabila setiap kali kita berurus niaga. Oleh itu, amat penting kita mempersiapkan diri kita dengan benteng pertahanan yang ampuh bagi mengelakkan kita terjerumus dalam kisah seorang trader yang kecewa atau sedih. Kerugian itu adalah suatu yang lumrah, tetapi tahap kerugian yang kita alami boleh dikawal jika kita menggunakan pengurusan kewangan yang betul dan 'entry' dengan mengikut setiap peraturan yang digariskan. Agak menyedihkan jika waktu pagi akaun kita dalam keadaan yang cukup baik tetapi menjelang tengah malam ia bertukar menjadi Margin Call ( MC ).
Oleh sebab itu, Bill William amat mementingkan tahap psikologi dan emosi kita perlu sentiasa dalam situasi yang cukup bersedia sebelum urus niaga. Apa jua masalah yang melanda sama ada ia besar atau kecil, kita harus membuat pertimbangan yang waras sebelum memulakan sesuatu urus niaga.
Antara tips bagi mengatasi kekecewaan seorang trader ialah :
1- BERFIKIR : Kita harus merenung semula dan membuat post mortem apa yang menyebabkan kita 'loss' pada setiap urus niaga tersebut.
2- TERIMA KENYATAAN : Kita mampu merancang tetapi Allah SWT yang menentukan segalanya. Kita tidak boleh bergantung dengan takdir semata-mata tetapi harus sentiasa berusaha untuk berubah. Ada kala kita bernasib baik tetapi ada masanya kita diuji oleh Allah SWT.Ini akan menjadikan kita lebih matang dan
dewasa dalam urus niaga.
3- BERFIKIRAN POSITIF : Memang agak susah untuk befikiran positif dikala kita dirundung sesuatu yang malang, tetapi kita harus pandang ke hadapan dan berusaha untuk menjadikan kita lebih baik daripada semalam.
4- LUAHKANNYA : Agak bahaya jika kita menjadi insan yang sentiasa memendam perasaan. Oleh itu, luahkan dengan kenalan rapat atau dengan keluarga tentang kekecewaan kita.Mungkin mereka boleh memberikan apa-apa nasihat atau motivasi diri.
5- BERI TUMPUAN PADA HIDUP : Kita perlu teruskan perjuangan kita dan menjadikan matlamat kita sebagai kekuatan kita untuk terus berusaha. Fokus dan istiqamah dengan pekerjaan kita akan menjadikan kita lebih yakin dan berjaya menghadapi apa-apa rintangan yang berada di depan kita.
Semoga anda dan saya berjaya dalam mencari rezeki di bidang urus niaga ini.
Posted by WZWY at 8:56 AM 0 comments
Monday, February 2, 2009
EXIT SIGNALS : WISEMAN TRADER
Sudah menjadi tabiat seseorang 'trader', masuk dah cukup OK dan bergaya, tetapi masalah bila pula nak keluar daripada urus niaga mereka. Ini adalah secara ringkasnya sebagai ulangkaji kita tentang 'pintu keluar' yang seharusnya 'wiseman trader' keluar. Masalah apabila melanggar 'rules' atau lupa pada asas urus niaga menyebabkan seseorang itu 'profit' bertukar menjadi 'floating' dan kemungkinan besar ialah 'loss'.
Posted by WZWY at 9:43 PM 0 comments
Thursday, January 29, 2009
Post Mortem Loss -USD198
Kebiasaan anda hanya akan melihat di mana-mana blog tentang Profit/Kejayaan Trader tersebut dalam post masing-masing. Di sini saya juga pamirkan posisi loss saya untuk dijadikan panduan semua. Oleh kerana saya pun masih nubiz, maka pengalaman akan mendewasakan kita dalam urus niaga.
Ketika PO di lakukan, ia berdasarkan ( Fractal Breakout )di TF yang lebih rendah apabila berlaku Divergence. Dan mengandaikan ia akan berlaku 'Down'. Memang harga down lebih kurang 20 pips dan peroleh profit dalam USD40.00. Oleh kerana mengharapkan yang lebih besar, apabila buka semula 'chart' ia sudah floating dan mencecah USD220 lebih.
Oleh kerana situasi 'corrective' buat masa ini,ia agak merbahaya untuk dilakukan urus niaga dan mengharapkan pips yang lebih besar. Oleh itu, untuk perhatian, apabila harga berada di atas 'gator' H1 dan H4 terutamanya. Kita perlu berhati-hati jika ingin melakukan SELL. Divergence yang berlaku di TF yang lebih kecil tidak membantu dan mengakibatkan kita menanggung kerugian.
Kadang kala kita terleka dengan Back To Basic..heheheh...apa-apa pun semoga post kali ini membantu rakan-rakan dalam urus niaga masing-masing. Dan segala komen untuk membantu saya dan rakan-rakan lain dialu-alukan.
WALAU BAGAIMANAPUN USD198 INI ADALAH PROFIT SAYA PADA 26HB JAN 2009, MAKA TAKLAH RALAT SANGAT..HUHUHUHU!
Posted by WZWY at 9:04 AM 2 comments
Tuesday, January 27, 2009
Wajah Baru Wiseman Trader
Jika Obama sibuk kata nak berubah, saya pun ambil kesempatan melakukan perubahan dengan wajah baru blog Wiseman Trader ini. Sama ada ia memenuhi citarasa anda atau tidak ia sudah pun berubah..hehheh
Kadang-kadang kita memerlukan beberapa perubahan dalam hidup agar ia tidak terlalu statik dan membosankan. Rasanya anda bersetuju, jika kita tidak pernah berubah dari satu ke satu tahun, rasanya hidup ini tidak ceria dan memeningkan kepala. Tetapi kalau asyik berubah dan asyik tidak puas hati, nampaknya kita perlu berubah lagi supaya tidak asyik berubah.Aik..boleh fahamkah?..hahahhaa
Tahun 2009 sudah hampir sebulan kita lalui, adakah ada apa-apa perubahan dalam urus niaga atau dalam kehidupan semasa kita? Kalau masih sama seperti tahun-tahun sudah,maka kita perlu mencari alternatif untuk melakukan perubahan.
Biasanya ramai yang berpendapat kita perlu berubah daripada negatif kepada positif, atau yang buruk kepada yang baik, atau baik kepada yang lebih baik. Tetapi ia bukan sekadar ungkapan semata-mata. Kita perlu sertai dengan tindakan.Seperti mana dalam Islam,kita hanya mengungkapkan dua kalimah syahadah, tetapi sejauh mana kita menepati apa yang kita ungkapkan itu. Paling senang, adakah kita sentiasa mengingati Dia Yang Maha Esa dengan melakukan ibadah Solat tepat pada waktunya. Kalau soal ini masih gagal ditanggani,maka kita berada dalam zon bahaya dan memerlukan perubahan segera.
Insyallah! Jika kita fokus dan berani melakukan perubahan, kita akan menjadi seorang ' trader ' yang sukses dan konsisten. Bagi 'Wiseman Trader', semuanya ada di depan mata kita, perhatikan betul-betul dan ikut segala peraturan yang telah digariskan. Dan pada pandangan peribadi saya, kita jangan jadi 'trader' separuh-separuh, biar sepenuhnya dengan sistem apa yang kita gunakan.Mungkin kita masih mencari sesuatu yang gagal kita fahami, tetapi ia tetap akan menjelma jika kita istiqamah dan tidak berputus asa.
Semoga anda ceria dan lapang dada dengan perubahan Wiseman Trader ini.TQ
Posted by WZWY at 8:28 AM 0 comments
Saturday, January 24, 2009
Wiseman dan Elliot Wave
( Aku yang masih belajar dan terus belajar )
Posted by WZWY at 8:31 AM 4 comments
Keyakinan Diri vs Keraguan
Rahsia kejayaan diri bukanlah suatu rahsia kerana ia hanya berteraskan kepada menetapkan matlamat yang tinggi dan berusaha tanpa jemu ke arah matlamat itu. Kalau ingin mengubah tahap kejayaan diri, kita perlulah mengubah tabiat dan sikap diri dan begitu juga dengan mereka yang hampir kepada kita.
" Percaya kepada diri sendiri adalah rahsia pertama untuk mencapai kejayaan "- Ralph Waldo Emarson.
" Pengetahuan dan pengalaman ialah jalan yang terbaik untuk mencapai kejayaan "- Francais Bacon.
Dalam dunia perniagaan FX ini, keyakinan diri amatlah penting untuk kita memastikan setiap percaturan kita apabila 'entry' ini memberikan 'profit' atau sebaliknya. Keyakinan mempunyai kekuatan yang tersendiri. Ia berupaya menewaskan segalanya termasuklah musuh terbesar kejayaan iaiatu keraguan. Dengan bersenjatakan keyakinan, segala rintangan dalam kehidupan akan berjaya ditempuhi.
Contohnya, apabila dahulu untuk mengutip 20-30 pips sehari mungkin sesuatu yang sukar, apalagi untuk konsisten dengannya. Apabila pengetahuan meningkat, keyakinan kita juga meningkat dan seterusnya menjadikan 100-200 pips sasaran kutipan harian kita. Ia berdasarkan analisa dan mengikut pergerakan semasa pasaran. Dan ia bukanlah suatu yang mustahil dalam tempoh 1-2 minggu seseorang itu dapat menjadikan akaunnya 'double account' atau lebih lagi.
Walau apa pun yang kita lakukan kini, pastikan kita mempunyai sasaran atau matlamat apa yang ingin dicapai dalam jangka masa tertentu.Dan saya yakin, jika kita terapkan nilai-nilai positif dan juga dikelilingi rakan-rakan yang positif, maka kita akan mencapai kejayaan yang kita impi-impikan selama ini.
Posted by WZWY at 8:00 AM 0 comments
Wednesday, January 21, 2009
Minggu Corrective?
Posted by WZWY at 7:20 PM 0 comments
Sunday, January 18, 2009
Kita Yang Tentukan Arah Tuju Kita
Dunia perniagaan FX ini sememangnya penuh risiko dan emosi. Ia bukan mudah seperti yang disangkakan. Tanpa sokongan keluarga, rakan-rakan dan usaha-usaha pembangunan motivasi diri, rasanya seseorang itu akan cepat berputus asa dan akhirnya 'pencen awal' dan melupakan terus dunia perniagaan ini. Kita akan sentiasa bermain dengan risiko, semakin berani kita dengan risiko,semakin kita cepat belajar dan mengutip semaksima mungkin keuntungan.Itu adalah fakta!hehee...! yang Auta nya....dunia ini sentiasa dijanjikan kemewahan dan keuntungan berlipat ganda oleh sesetengah pihak dan yang menjadi mangsa ialah mereka yang 'buta fx' dan membuat pelaburan tanpa dimaklumkan dunia sebenar FX ini.
“Trade/vestors are 5% more intelligent than others” - Dr. Bill Williams
Oleh itu, bagi wiseman trader atau tidak, kita yang tahu siapa kita, di mana kedudukan kita dan apa yang kita mahu untuk diri sendiri, keluarga, sanak saudara dan ummah kita secara amnya. Lakukanlah yang terbaik untuk diri kita dan sentiasa membina 'Keazaman Membara' dalam diri.( Nasihat untuk diri sendiri dan juga rakan-rakan trader ).
Tiada jalan singkat untuk mengecapi apa yang kita impikan selain kerja keras, sabar,iltizam dan apa lagi yang bersifat positif yang perlu kita serapkan dalam diri kita dan terjemahkan dalam perlakuan kita sehari-hari.
( aku yang masih belajar dan terus belajar )
Ingat Allah SWT Sentiasa
Apa yang berlaku atas kehendak dan kekuasaan-Nya
Posted by WZWY at 8:37 AM 2 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)



