Sunday, February 22, 2009

BILA NAK PANDAI ????

Lumrah manusia ialah inginkan sesuatu kejayaan atau hasil daripada usaha yang dilakukan. Persoalannya ialah dalam konteks mempelajari ilmu berniaga Forex ini, Bila Aku Nak Pandai Trade dan Untung sokmo dan Rugi kadang-kadang! Kerana kebiasaannya ialah Untung kadang-kadang dan Rugi sokmo! _________________________________________
Siapakah antara kita sudah memiliki KUNCI KEJAYAAN dalam urusniaga mereka? Ini bermaksud seseorang itu sudah memperolehi 'profit' yang melebihi kerugian yang di alami dan mampu menanggani apa jua situasi pasaran sama ada 'impulsive' atau pun 'corective'. Jika anda sudah tergolong dalam kumpulan ini yang sudah memiliki kunci pintu urus niaga ini, tahniah dan semoga dapat dikongsikan bersama, sama ada dalam kelas berbayar, 'personal coaching' atau pun perkongsian ilmu secara percuma. Ia terpulang kepada budi bicara masing-masing. Dan kejayaan itu terlalu luas pengertiannya, oleh itu terpulang kepada diri masing-masing untuk meletakkan skala erti kejayaan tersebut. ____________________________________________________________________ Soal bila nak pandai, bukanlah persoalannya tetapi adakah kita sudah cukup berusaha tanpa kenal penat atau jemu untuk berjaya dalam bidang ini atau mana-mana perniagaan sekali pun.Sepanjang saya mendalami ilmu urus niaga ini dari satu kelas ke satu kelas yang lain, dari sistem ini ke sistem yang itu dan akhirnya mengambil keputusan untuk berurus niaga dengan Trading Chaos+Elliot Wave. Ia bukanlah sesuatu yang mudah dan senang, bermula 'live trading' sejak Julai 2007 hingga kini, saya masih terus belajar dan belajar untuk mencari Kunci Pintu yang sesuai dan akhirnya menjadi seorang trader yang sukses. Dan saya amat beruntung kerana mempunyai isteri yang memahami ( walaupun peringkat awal agak tidak sukar sesuaikan diri ) dan rakan-rakan trader yang berfikiran positif dan tidak jemu-jemu untuk mencari dan terus mencari kunci kejayaan ini.Oleh sebab itu saya berasa agak janggal jika seseorang ingin belajar urus niaga dan terus nak kejayaan dikecapi dalam masa terdekat dengan 'profit' tanpa mahu libatkan kerugian dalam urus niaga mereka. ____________________________________________________________________ Dalam penulisan kali ini saya amat terhutang budi dan merakamkan setinggi-tinggi pengharagaan kepada 'mentor ' dan 'rakan trader' saya kerana sentiasa bersama saya di saat jatuh dan bangunnya dalam perniagaan ini. Dan tidak pernah lokek dalam berkongsi ilmu atau kajian beliau. Daripada profit harian 10-20 pips hingga mencecah 100-200 pips sehari, daripada mengecapi rekod profit USD10-USD30 kepada USD100-USD200 pada satu-satu post.Oleh itu, jasa "Guru Fooart/Kiera" dan "Sukriazhari" dalam urus niaga FX saya cukup amat bermakna. Oleh sebab itu, dalam konteks pendidikan ini, setiap orang perlukan seorang mentor dan rakan yang akrab dalam sama-sama bantu membantu di saat 'profit' atau pun 'loss'. Dan tidak lupa sokongan keluarga kerana ini semua membantu kita dalam persediaan emosi semasa urus niaga. Wassalam.....! 22 feb 20009:04.10pm:Shah Alam

1 comments:

Anonymous February 23, 2009 at 9:42 PM  

"80% kejayaan ditentukan oleh sikap, manakala cuma 20% kejayaan dibantu oleh bakat"

Oleh itu marilah kita perbetulkan sikap kita.

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP