Thursday, January 29, 2009

Post Mortem Loss -USD198

Kebiasaan anda hanya akan melihat di mana-mana blog tentang Profit/Kejayaan Trader tersebut dalam post masing-masing. Di sini saya juga pamirkan posisi loss saya untuk dijadikan panduan semua. Oleh kerana saya pun masih nubiz, maka pengalaman akan mendewasakan kita dalam urus niaga.
Ketika PO di lakukan, ia berdasarkan ( Fractal Breakout )di TF yang lebih rendah apabila berlaku Divergence. Dan mengandaikan ia akan berlaku 'Down'. Memang harga down lebih kurang 20 pips dan peroleh profit dalam USD40.00. Oleh kerana mengharapkan yang lebih besar, apabila buka semula 'chart' ia sudah floating dan mencecah USD220 lebih. Oleh kerana situasi 'corrective' buat masa ini,ia agak merbahaya untuk dilakukan urus niaga dan mengharapkan pips yang lebih besar. Oleh itu, untuk perhatian, apabila harga berada di atas 'gator' H1 dan H4 terutamanya. Kita perlu berhati-hati jika ingin melakukan SELL. Divergence yang berlaku di TF yang lebih kecil tidak membantu dan mengakibatkan kita menanggung kerugian. Kadang kala kita terleka dengan Back To Basic..heheheh...apa-apa pun semoga post kali ini membantu rakan-rakan dalam urus niaga masing-masing. Dan segala komen untuk membantu saya dan rakan-rakan lain dialu-alukan. WALAU BAGAIMANAPUN USD198 INI ADALAH PROFIT SAYA PADA 26HB JAN 2009, MAKA TAKLAH RALAT SANGAT..HUHUHUHU!

2 comments:

Shulhi Sapli January 29, 2009 at 10:19 AM  

divergence tp momentum kuat lg,so turun retrace je hehe nak cun divergence,bila divergence tu momentum dh kurang. POSIBILITI dia reverse tinggi sket. pendapat n00bie gak kekekeke

WZWY January 29, 2009 at 1:07 PM  

ok tq nubiz arcus (hahaha)..nasihatmu berguna utk semua..tq

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP