Wiseman dan Elliot Wave
Hari ini semacam ada semangat lain pula, apabila menulis 2 post serentak. Walaupun buka-buka chart, tengok akaun ada floating dekat 100 pips, walaupun semalam agak tamak atau sebab tertentu apabila sasaran 200 pips tercapai tapi masih 'hold position' dan ingin melihat sejauh mana pegarakan pasaran pasangan GBPUSD ini.Ini mungkin ada kaitan dengan post pertama di bawah.
Kali ini, saya ingin kongsikan pengalaman menggunakan Elliot Wave dalam membantu analisa pasaran. Walaupun dahulu saya sering menyalahkan EW apabila setiap kali masuk akan rugi kerana salah kiraan. Tetapi saya lupa sebagaimana kata pengasas Chaos Trading ini, kita tidak perlu menjadi pakar EW tetapi menggunakannya sebagai panduan urus niaga kita. Kita bukan penganalisa ekonomi, kita hanya 'trader' yang ingin mengutip 'profit' dalam pasaran matawang. Oleh itu, kita perlu hubungkaitkan fungsi EW ini dengan sistem urus niaga Chaos iaitu Aligator, Fractal dan juga AO.
Walaupun ia nampak sukar, tetapi saya yakin kepada sesiapa yang mempunyai kemahiran EW pastinya tahu bila masa terbaik untuk kita kekalkan posisi kita dengan 'swing' dan bukan lagi dengan 'scalping'. Pastinya Wave 3 dan Wave 5 banyak memberikan kita 'profit' dan satu lagi apabila pasaran sudah masuk Corrective Wave ABC.
Paling penting kita pelajari dan ketahui syarat-syarat dalam kiraan EW seperti wave 2 tidak boleh 'retrace' melebihi 100% wave 1, wave 3 adalah wave yang paling panjang. Begitu juga dengan istilah 'extension' yang biasa berlaku di wave 3 atau wave 5.Atau pun pasaran menjadi 'truncations' apabila harga semasa wave 5 sama aras dengan harga di wave 3. Kita juga perlu ketahui bahawa wave 4 tidak boleh memasuki zon wave 1.
Begitu juga kita akan bersedia apabila berlaku 'Diagonal Triangle', apabila kelihatan harga semakin mengucup di wave 5. Dan kita akan bersedia apabila pasaran akan membentuk Corrective Wave selepas itu ABC. Semasa 'Corrective Wave', kebiasaan akan berlaku juga 'flat' iaitu harga A sama aras dengan C. Dan yang sering berlaku ialah ' Horizontal Triangles ' di Wave 4 dan pasaran akan naik turun abcde. Situasi di 'Corrective Wave' inilah yang banyak berlaku dan perlu bijak untuk kita tanggani, apatah lagi apabila berlaku 'alternation' 'simple,' 'complex' atau 'more complex'.
Ini adalah sebahagian tentang Elliot Wave, walaupun ramai yang sudah berputus asa dengan kiraannya. Ia masih berguna jika kita tahu menggunakannya. Ibarat sebatang pen, jika kita tahu menggunakannya dengan betul, ia boleh memberi nilai yang tidak terhingga buat seseorang itu. Tetapi bagi yang hanya meilhat ia hanya sebatang pen sahaja. Maka penggunaanya amat terhad dan tidak bernilai walau satu sen sekalipun.
( Aku yang masih belajar dan terus belajar )
4 comments:
sebatang pen, jika kita tahu menggunakannya dengan betul, ia boleh nilai yang tidak terhingga buat seseorang itu.
sgt setuju. tq onerich. teruskan berkarya. saya peminat setia!
tq very much
suka sngt dengan penulisan ini...tengs cikgu wan! ;)
yup..tenkiu atas kesukaaan anda...haha..saya cuma nyatakan apa yg tahu dan daripada pengalaman...
insyallah ehsan..saya akan menulis utk kepuasan diri dan juga berkongsi ilmu antara kita.semoga semua dapat manfaat.bila la nak belanja kita atau kita belanja dia kat belakang bomba kampung kita ni?..hehhehe
Post a Comment