Tuesday, February 24, 2009

Who am I?

Kalau soalan ini ditanya, siapa aku sebenarnya;apakah jawapan yang bermain-main dalam fikiran kita? Dalam ebook Chaos Trading ada diceritakan tentang perkara ini. __________________________________ Mungkin ada yang menjawab saya ialah seorang guru yang bertanggungjawab, atau seorang 'trader' yang berdisiplin, atau saya seorang pelajar yang gigih. __________________________________ Mengetahui siapa kita sebenarnya sangat penting kerana identiti kita dan kelakuan kita tidak pernah konflik. Ahli psikologi merumuskan kelakuan seseorang itu mengikut identitinya. Bijak pandai ada berkata, " Siapa anda,menentukan bagaimana anda melihat. Apa yang anda lihat itulah yang anda dapat".Ungkapan ini sangat penting difahami supaya seseorang yang hendak melakukan perubahan dalam kehidupannya tahu secara tepat perkara yang perlu diberi tumpuan agar perubahan yang diinginkan itu tepat dan dapat menghasilkan kejayaan. ___________________________________________________________________ Contoh mudah melalui ungkapan " siapa anda menentukan apa yang anda lihat" ialah orang biasa melihat pantai yang cantik, aiir laut yang bersih, gambaran yang datang spontan ialah "Oh cantiknya tempat ini".Bagi seorang nelayan pula,laut merupakan tempat mencari rezeki yang dia nampak ialah ikan, sotong, ketam dan sebagainya.Oleh itu apa yang kita faham tentang ungkapan siapa anda akan menentukan apa yang anda lihat, maka itulah yang kita akan dapat. Sebagai mana kita sebagai 'trader' forex juga, kita melihat satu chart pergerakan yang sama, tetapi mempunyai pemahaman atau persepsi berbeza tentang keputusan untuk 'entry' 'buy' atau 'sell' dan sebagainya. ___________________________________________________________________ Berbalik kepada persoalan siapa aku sebenarnya, bukan akal yang memberi jawapan menentukan siapa kita sebenarnya. Yang menentukan siapa kita ialah hati kita dan perasaan kita;itulah hakikat diri kita sebenarnya. Kalau hati kita belum merasa kebesaran keagungan dan kesempurnaan Allah s.w.t, ertinya hati kita belum benar-benar berhubung dengan Allah. Contoh mudah ialah kita mengakui bahawa al Quran adalah kalam Allah, tetapi hati tidak merasa untuk menyentuhnya dan seterusnya membacanya disamping cuba memahami maksudnya. Ini adalah kerana hati tidak merasa betapa bernilainya al Quran tersebut. ___________________________________________________________________ Kualiti hidup kita sebenarnya bergantung kepada kualiti hubungan hati kita dengan Allah. Hati itu adalah pusat penilaian Tuhan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah tidak hanya melihat pada rupa dan kulitmu saja tetapi melihat sampai kepada hatimu pula ". ___________________________________________________________________ Secara ringkasnya begitulah yang boleh diperkatakan tentang mengenali diri sendiri. Banyak lagi perbahasan yang boleh dimuatkan, tetapi yang penting kita fokus yang kita lakukan dan biarlah ia datang daripada lubuk hati kita dan bukan kerana apa-apa paksaan. ___________________________________________________________________ Rujukan Tulisan : Hj Ahmad Salim Omar;Pengarah Urusan Fitrah Perkasa Sdn Bhd.

0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP