Wednesday, December 31, 2008

Salam Maal Hijrah 1430H & Tahun Baru 2009

Friday, December 26, 2008

KEAZAMAN MEMBARA

Seperti biasa hobi apabila mengunjungi Giant Seksyen 13, Kedai MPH sasaran pertama dan aku ingin kongsikan tentang apa yang aku dapat dari sana iaitu suatu perkara yang kita tidak sedar tapi kita sebenarnya sudah melakukannya. Sebagai manusia, pencapaian dirilah yang membuat kita puas dalam kehidupan di dunia yang fana ini. Jika kita seorang yang berpandangan positif, setiap cabaran menjadi makanan kita untuk terus berjaya dalam apa jua cita-cita kita. Satu petikan yang saya perolehi daripada buku tersebut ialah " Sejauh mana kesungguhan anda untuk meneruskan cita-cita bergantung kepada betapa kuatnya keazaman anda untuk memilikinya ". Secara ringkasnya apa yang ingin dikongsikan ialah RAHSIA atau KUASA yang mampu mengubah seseorang itu untuk berjaya ialah KEAZAMAN MEMBARA.Keazaman yang cukup kuat, memaksa dan meyakinkan seseorang itu untuk bertindak, kadangkala berlawanan dengan kehendak individu itu sendiri. " Keazaman membara merupakan keazaman yang terlalu kuat sehinggakan seseorang itu sukar untuk mengawalnya". " Gunalah kekuatan yang hebat ini dan perintahkanlah ia mengikut kehendak anda". Apa yang boleh kita bandingkan dengan usaha kita untuk berjaya dalam perniagaan Forex ini ialah Keazaman Membara untuk mencapai tahap Master Trader walaupun dirasakan ia masih jauh daripada jangkauan kita. Tetapi sekurang-kurangnya kita berimpikan satu hari nanti kita akan hidup senang lenang, tinggal di rumah idaman, memandu kereta idaman, pergi ke suatu tempat idaman, mengerjakan ibadah haji atau yang paling mulia ialah kita berniat untuk membantu keluarga, sanak saudara dan umat kita ke arah yang lebih baik dan berdiri sama tinggi lain dengan bangsa-bangsa lain. Tanpa Keazaman Membara agak mustahil kita akan kekal dalam perniagaan yang penuh onak duri ini. Dan sebab itu dikatakan 5% hingga 10% sahaja kelompok yang berjaya dan untuk berada dalam kelompok tersebut, kita memerlukan suatu tindakan yang sewajarnya. LIMA LANGKAH PROSES MENCIPTA KEAZAMAN MEMBARA Secara ringkasnya ialah : 1- MENETAPKAN MATLAMAT - Bersendirian ditempat sunyi. - Kenal pasti satu matlamat yang mencabar. ( Master Trader ) - Matlamat mestilah yang boleh dicapai. - Tetapkan satu jangka waktu. 2- MENGHASILKAN KEAZAMAN MEMBARA - Imaginasi mengenai kejayaan anda memiliki matlamat tersebut dan apa yang anda rasa. - Bina kesukaan pada matlamat anda. - Ingati kembali gambaran-gambaran nyata anda itu. 3- PERANCANGAN - Buat Pelan Perancangan. - Lenyapkan pemikiran negatif - Kenal pasti pengorbanan-pengorbanan yang perlu kita lakukan. ( Beli ebook, yuran kelas, bil internet, masa dan lain-lain ) - Kenal pasti kemahiran-kemahiran yang perlu anda perolehi. ( Belajar dengan disiplin sistem urus niaga ) 4- BERTINDAK - Lakukan apa yang perlu anda lakukan dan cintai apa yang anda lakukan. - Berdoalah bersungguh-sungguh. - Berikan fokus dan tumpuan. 5- PELIHARAKANLAH KEAZAMAN MEMBARA ANDA AGAR KEKAL HIDUP - Mainkan gambaran-gambaran impian anda sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur. - Selalu ingatkan diri anda betapa pentingnya untuk anda capai cita-cita atau impian anda itu.
" Pengorbanan adalah sesuatu yang amat sukar, walau bagaimanapun, ia boleh dilakukan sekiranya keazaman membara yang tersemat di jiwa anda itu, jauh lebih besar berbanding pengorbanan sementara yang anda perlu lakukan "
( Untuk lebih informasi dan penerangan terperinci sila dapatkan buku tulisan Dr. Asrul Zamani : Keazaman Membara di Kedai Buku MPH berdekatan )

Tuesday, December 23, 2008

200,000 - 400,000 hilang pekerjaan 2009

Kegawatan ekonomi sememangnya tak dapat dielakkan oleh mana-mana negara. Apatah lagi negara kerdil seperti Malaysia ini. Kesannya cukup terasa terutama di sektor swasta dan mengakibatkan ramai bakal menjadi penganggur dan sudah tentu hilang mata pencarian. Tak dapat digambarkan jika mereka tiada kemahiran-kemahiran lain dan sudah tentu berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang berlainan dengan apa yang mereka lakukan sebelum ini.Kalaulah mereka mahir atau belajar Forex, insyallah sekurang-kurangnya ada juga sumber pendapatan ( ini berdasarkan apa yang kita lakukan sekarang ini, padahal banyak lagi bidang yang boleh mereka ceburi ).Kerana bidang forex ini adalah sesuatu pekerjaan yang fleksibel walaupun bukan semua yang mampu atau boleh menceburinya. Alang-alang kita menceburi bidang ini,baik lakukan dengan penuh keazaman agar kita betul-betul mampu berdiri dengan gagahnya untuk konsisten mengutip profit bulanan. Bersyukurlah kita kerana diberi peluang untuk menceburi bidang ini dan seterusnya mempunyai pengetahuan dan tidak jemu-jemu untuk belajar dan kenali apa itu FOREX yang sebenarnya.Kita boleh menjana pendapatan tanpa batasan dan terpulang kepada pemahaman masing-masing bagaimana untuk aplikasikannya dalam urus niaga nanti.

Saturday, December 20, 2008

FIKIR JANGAN TAK FIKIR

Macam mana aku nak 'profit' nih? Macam mana aku asyik kena Stop Loss saja nih? Macam mana diaorang boleh 'pip' ratus-ratus sehari nih? Macam mana aku nak konsisten 'profit' nih? Macam mana nak 'trade', kalau sibuk memanjang dengan kerja nih? Ehh...Time Frame mana aku nak guna nih?, Kalau guna H4 macam OK jugak, ehh..guna M15 lah, ehh..entahlaaa...nanti tanya sapa-sapa yang tahu. Waktu bila market aktif sikit, bolehlah aku 'profit' banyak sikit. Buku apa aku nak baca lagi nih? Macam mana aku nak fahamkan ebook nih, semuanya dalam Bahasa Inggeris, susah aku macam nih! Rasanya itulah antara yang difikirkan oleh rata-rata 'trader' yang masih lagi baru berkecimpung atau memang dah agak lama berada dalam dunia ' FX Trading' ini. Sebenarnya, itulah antara perkara-perkara yang sentiasa berlegar-legar dalam kepala saya. Dan alhamdulillah, di antara perkara-perkara di atas, sudah menemui penyelesaiannya. Semua ini boleh ditemui dengan pengalaman semasa, tidak mudah putus asa dengan halangan yang merintangi sepanjang usaha kita sebagai 'trader', membaca pelbagai bahan ilmiah, rajin bertanya ( skil pun kena mahu ada ),berkorban masa dan tenaga, sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa, sentiasa membuat revisi, analisa segala kesilapan dan kelemahan, dan antaranya yang dirasakan perlu ialah kesedaran dari dalam diri sendiri untuk berubah. Semua orang sukakan kejayaan tetapi sejauh mana orang yang sanggup menjejaki langkah-langkah yang pernah dilalui oleh mereka yang telah berjaya menempatkan diri mereka di tahap yang mereka impikan. Kita hanya pandai bermain dengan pelbagai ALASAN tetapi INGIN SUKSES! Ada sedikit halangan atau kepayahan untuk mendapatkan sesuatu, kebanyakannya akan mengeluh dan mula mencari 'jalan pintas' untuk mendapatkan sesuatu yang mereka impikan. Oleh itu, jangan pertikaikan KUALITI ilmu atau apa sahaja yang diperolehi dengan 'jalan pintas' berbanding dengan mereka yang berusaha gigih dari bawah. Buat ingatan untuk diri sendiri juga, agar jangan jemu untuk terus belajar dan fokus pada sesuatu yang kita lakukan. Insyallah semua persoalan di atas akan kita dapat temui RAHSIA penyelesaiannya. Kadang-kadang semua jawapan sudah ada di depan mata, tetapi kita tidak nampak atau mengabaikannya. * masih mencari jawapannya?...BACK TO BASIC!!! * TQVM to my masta2....

Saturday, December 13, 2008

Potensi Entry BUY @ SELL ( Refer H4 )

Ini adalah satu contoh yang saya faham dengan entry yang bakal kita ambil dengan BDB atau Breakout Fractal di TF yang lebih kecil ( sebagai contoh entry di TF M15 atau M5 ) berpandukan apa yang berlaku dengan harga dan 'gator' di TF H4. Dengan bantuan 'alligator' kita mampu untuk menyimpan profit dan juga mengetahui di mana bermulanya sesuatu 'trend'. Secara mudahnya, harga di bawah 'Gator' potensi 'down' dan di atas 'Gator' pula potensi 'up'. Dan paling berbahaya untuk urus niaga apabila 'Sleeping Gator'.

Friday, December 12, 2008

JANGAN TAKUT! ( BHG 2 )

5. Orang yang pasrah dan menyerah Golongan ini pasrah sahaja kepada rasa takut. Oleh kerana mereka yakin, takut adalah basahan dalam hidup, maka terima sajalah.Apa boleh buat.Mereka membina harapan kosong, mudah-mudahan ketakutan itu akan berlalu dan hidup kembali pulih seperti biasa. Memang benar ketakutan itu akan berlalu, tetapi ketakutan lain akan muncul bertandang.Sikap pasrah tanpa cuba belajar untuk menangani ketakutan bukanlah sikap terpuji. Ketabahan sebenar ialah apabila kita hadapi semuanya dengan tenang sekaligus belajar agar ketakutan yang sama tidak berulang. 6. Orang yang bijak dan sabar. Mereka bukan sahaja sabar tetapi bijak menangani ketakutan. Mereka menerima ketakutan dengan sabar, dan cuba menanganinya dengan mengambil tindakan dengan penuh kebijaksanaan. Kita ingin menjadi golongan seperti ini. HIDUPKAN IMPIAN DAN KEINGINAN YANG MENYALA-NYALA Yakinlah bahawa setiap kali kita melangkah masuk ke zon yang mencabar, maka setiap kali itu kita akan diuji dengan ketakutan-ketakutan yang baru lagi. Ini lebih baik daripada terus menghadapi 'ketakutan-ketakutan lama' dalam zon selesa sebelum ini. Impian yang menyala-nyala akan memadamkan ketakutan dalam diri kita. Impian mesti besar untukmenakluki rasa takut. Sekiranya kita ada keinginan tetapi keinginan itu tidak cukup kuat untuk memadamkan rasa takut, itu sebenarnya bukan keinginan. Itu hanya angan-angan. Sebaiknya, tukarkanlah rasa takut itu untuk menjadikannya satu keinginan yang menyala-nyala. Ketakutan untuk gagal menjadi keinginan untuk berjaya. Ketakutan menjadi miskin,mendorong keinginan menjadi kaya. Ketakutan menghadapi mati, menyebabkan kita berhati-hati dalam menjalani kehidupan. Ketakutan dengan 'loss' sepatutnya mendorong keinginan kita untuk mengutip 'profit' dan berdisiplin dalam urus niaga. Dan tidak berputus asa dan terus berusaha gigih untuk menguasai diri dan sistem urus niaga kita. TIPS BERANI UNTUK "TAKUT" 1- Katakan ketakutan itu adalah perkara biasa. Tidak salah untuk takut. Malah takut adalah rasa yang dialami sekalipun oleh orang yang paling berani. 2- Analisa ketakutan kita. Apakah takut yang kita rasa itu tepat pada perkara, masa dan keadaannya? 3- Buat perancangan untuk elakkan ketakutan itu. Sediakan langkah-langkah praktik untuk menghadapinya. Dan terus laksanakannya tanpa bertangguh lagi. 4- Fikirkan keadaan terburuk yang mungkin terjadi. Terima secara mental. Dan conggak persiapan yang perlu dilakukan sekiranya itu benar-benar berlaku. Sediakan Pelan B. 5- Berdoa, bertawakal. Sesuaikan dengan kehidupan seharian kita sebagai 'trader'. Sama-samalah kita berusaha untuk menghindarkan rasa takut kita dengan pancaroba atau onak duri sebagai trader dan berusaha untuk konsisten dalam urus niaga kita. Yang penting kita tahu apa yang kita lakukan dan kita terus gigih berusaha untuk mengatasinya. " Terimalah ketakutan sebagai harga peningkatan dalam hidup. Hidup perlukan peningkatan, sama ada dari segi material atau fizikal lebih-lebih lagi dari segi rohaniah." ( Rujukan : Tulisan Pahrol Mohamed Juoi : SOLUSI )

Friday, December 5, 2008

JANGAN TAKUT!!!

Saya agak tertarik mengutarakan isu ini yang mana saya perolehi dari satu majalah yang baru saya beli iaitu SOLUSI. Dan ia sangat kena atau bertepatan dengan diri saya sendiri dan mungkin anda juga dengan rasa TAKUT! Tak kiralah apa yang perlu kita takut, mungkin takut hantu, takut tempat tinggi atau kita sebagai trader takut nak 'entry'. Semoga ketakutan yang membelenggu saya mahu pun anda akan terlerai. Di sini saya petik beberapa perkara yang perlu kita sama-sama fikirkan. Rasa takut adalah realiti dan basahan dalam hidup yang terpaksa kita hadapi. Soalnya, bagaimana kita dapat menangani ketakutan itu dengan cara sebaik-baiknya? Hingga dengan itu bukan sahaja kita dapat mengatasinya,malah dapat memanfaatkannya untuk terus mencapai kejayaan. Tegasnya, apa perlu dilakukan agar kita berani menghadapi ketakutan? Berikut antara perkara-perkara yang wajar kita ketahui tentang ketakutan : 1- Kita bukan keseorangan Jika kita sedang menghadapi ketakutan-atas apa jua sebab dan keadaannya,percayalah kita bukan keseorangan. Semua manusia atas muka bumi ini mengalami perkara yang sama. Bahkan tokoh-tokoh besar pun pernah mengalami rasa takut dalam hidup. Sayidina Abu Bakar al- Siddiq pernah merasa takut ketika di dalam gua Thaur, lalu diingatkan oleh Rasulullah,"jangan takut, Allah bersama kita". 2- Jangan cuba lari, hadapi ketakutan itu. Namun tidak cukup setakat itu sahaja.Kita mesti naik setingkat lagi, yakni bagaimana kita menghadapi dan menanggani rasa takut itu. Ini membezakan antara orang 'besar' dan orang 'kecil' walaupun sama-sama mengalami ketakutan. Bagi orang 'kecil' ketakutan menyekat dan menghalang mereka daripada bertindak. Apabila takut, mereka menghindar dan cuba lari daripadanya. Mereka bertangguh. Tidak mahu bertindak kerana takut menanggung risiko. Lebih banyak rasa takut,lebih lama bertangguh, pasif dan berdiam diri. Jika inilah tindakan kita, maka kita sudah ditakluki oleh ketakutan. Apabila kita kurang pengalaman akibat tidak bertindak menghadapi ketakutan, kita akan terus jahil-terus tidak tahu bagaimana hendak mengatasi ketakutan dalam hidup. Dan ini menyebabkan timbulnya satu demi satu lagi ketakutan dalam hidup. 3- Jangan berdiam diri atau bertangguh, bertindak segera. Kajian pakar psikologi menunjukkan bahawa risiko tidak bertindak apabila menghadapi ketakutan lebih besar berbanding risiko jika kita mengambil tindakan. Memang, mungkin kita terdedah untuk tersalah kerana mengambil tindakan ini, tetapi itu tidak mengapa selama mana kita mendapat pengajaran dan ilmu daripadanya. Berbanding kita tidak berbuat apa-apa- sudah pasti kita tidak akan mendapat apa-apa. Oleh kerana itulah orang yang berjaya dalam hidup selalunya tidak menamakan 'kegagalan' sebagai satu kegagalan selepas mengambil sesuatu tindakan, sebaliknya mereka menamakannya sebagai 'maklum balas' yang kemudiannya diterjemahkan sebagi ilmu dan pengalaman. Percayalah, tindakan kita menghadapi ketakutan dalam hidup, akan memutuskan rantai-rantai yang membelenggu kemajuan kita dalam penjara ketakutan itu. Putusakan rantai itu dengan bertindak supaya ketakutan yang sama tidak akan kta hadapi berulang-ulang, satu demi satu dalam episod hidup yang terus mendatang. 4- Orang yang lari dan menghindar diri Mereka adalah golongan yang rugi. Kenapa? Kerana lari daripada situasi-situasi yang mereka takuti merencatkan pertumbuhan dan kamajuan hidup mereka sendiri. Mereka ingin terus berada dalam 'zon selesa'-tanpa cabaran dan dugaan yang boleh mendedahkan mereka kepada rasa ketakutan. Sedangkan untuk berjaya, mereka perlu 'hijrah' dari zon selesa ke zon mencabar, yang penuh dugaan dan cabaran walaupun risiko ketakutan sentiasa menanti. Di zon mencabar itulah letaknya kejayaan dan perkembangan dalam hidup. bersambung....... ( Rujukan : Tulisan Pahrol Mohamed Juoi : SOLUSI )

Thursday, December 4, 2008

Ehhh! Pening Kepala Pulak!

" Aduhh....pening kepala ni!", " Apasal naik pulak!", " Isk....kenapa turun pulak!", " Alahai!..tadi elok-elok profit tak nak close, kan dah floating!". "Ehh...ada news ka ?", " Ini kalau turun sikit lagi aku cut lah nih". " Alamak terlepas pulak BDB ni!". " Ni la padahnya nih, masuk tak ikut rules !"."Alamak! Loss lagi!". Ini adalah dialog-dialog biasa seorang Forex Trader, tak kira apa sistem yang digunakan, pasti saya atau anda akan alaminya. Kalau anda mengatakan saya tidaak pernah alami situasi-sitausi di atas, maka anda masih lagi bukan Forex Trader!..hahahhaa.. Tapi masih ramai yang menaruh harapan tinggi ingin berjaya dalam perniagaan ini, Kenapa? Walaupun sudah maklum antara 90%-95% peratus 'trader' dalam risiko kerugian. Apa situasi yang anda akan alami jika 'open price' atau 'entry' kita sudah 'profit' tetapi bertukar 'floating' kerana salah percaturan atau sebagainya. Ia sememangnya banyak menguji daya tahan mental dan emosi kita untuk menutup urus niaga dengan kerugian atau pun menunggu kita akan 'profit' semula. Bagi 'wiseman trader' yang masuk urus niaga dengan Bullish/Bearish Divergence Bar (BDB), tidak kira berada di 'time frame'mana, ia akan memberi kelebihan kerana kita sudah diberi panduan di mana perlu 'Pending Order' dan di mana perlu ' Stop Loss'. Tetapi bagi yang masuk ikut 'breakout fractal', kadang-kadang keliru di mana perlu berada SL dan berapa sanggup tanggung kerugian.Apatah lagi yang masuk dengan kaedah 'ikut suka', maka ini akan memberi kesan yang agak parah kerana masuk tanpa alasan yang logik kenapa masuk. Antara petua yang boleh diamalkan ialah,jika ingin pasang PO atau entry, tanya diri sendiri, atas alasan apa aku perlu letak PO atau entry di sini. Kalau kerana aku lihat 'alligator' macam nak down...kes ni patut disemak semulalah. Bagi yang bukan menggunakan teknik chaos, boleh berpandukan peraturan masing-masing. Memang tabiat biasa trader ialah 'sayang floating' dan ' tak suka profit kecil' adalah teman yang tak mesra dan patut dijauhi. Setiap yang berlaku mesti ada permulaannya, oleh itu PO Entry yang mengikut peraturan adalah sesuatu yang cukup penting ( nasihat diri sendiri juga ni).Ini bagi mengatasi masalah dialog-dialog di atas. Dan yang selalu saya perlu ingat dan menjadi masalah ialah masuk dengan TF M15 tapi nak keluar dengan TF H4, konon-konon mahu lebih profit, tetapi apabila 'floating' 40-50 mulalah gelabah. Ini adalah senario biasa yang dialami mana-mana 'trader'. Agak kesian pada diri sendiri, menanti 4-5 jam tetapi hasil yang diperolehi hanya 1 pips atau situasi yang paling tak suka ialah LOSS LAGI!. Hanya diri kita sendiri yang mampu mengubahnya....:)

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP