Thursday, January 1, 2009

2008 Dalam Kenangan

2008 telah kita tinggalkan semalam. Ia menjadi satu lagi memori dalam lipatan sejarah. Sama ada ia manis atau pahit, kita telah pun harunginya dan membuatkan kita lebih dewasa daripada semalam. Hari ini, 2009 pula mengambil giliran dan terpulang kepada diri kita sendiri untuk menghadapinya dalam bentuk apa yang diinginkan. 2008 memang agak mencabar buat aku dalam karier sebagai FX Trader Separuh Masa. Di awal-awal tahun 2008 ( sekitar bulan mac-april ),aku hampir mengambil keputusan untuk bersara dalam arus gelora dunia forex. Setiap 'entry' yang dilakukan berakhir dengan kerugian. Oleh itu, ingin pula mencuba dalam perniagaan internet dan pergi menghadiri kursus Bisnes Internet di Berjaya Time Square. Walau bagaimanapun jiwa dan perasaan masih lagi terikat dengan 'chart', dan agak sukar untuk melupakannya. Pada bulan Julai 2008, dengan sokongan dan bantuan rakan-rakan, nafas aku dalam dunia FX kembali bersinar. Oleh sebab itu, dalam penulisan blog aku sebelum bulan tersebut, sebenarnya masih teraba-raba dalam Trading Chaos.Pada hal pada masa itu kira-kira hampir 10 bulan sebagai FX Trader dengan menggunakan pelbagai teknik ( sedangkan Trading Chaos di depan mata tetapi tidak nampak ).Oleh itu, tulisan-tulisan sebelum julai 2008, tidak menggambarkan aku sebagai 'wiseman trader' tetapi 'wiselman trader'..hahaha! Sebab itu, bila 'trader-trader baru' ingin berjaya atau mengutip 'profit' selepas seminggu belajar atau baru kenal apa itu meta4, broker dan sebagainya, ia sesuatu yang bukan pelik kerana mereka masih belum lagi kenali dunia FX sebenarnya.'Demo Account' setahun dengan 'profit' 500% sekali pun, ia belum menjamin dengan 'Live Account' kita, kerana dunia FX bermain dengan emosi kita bukan sekadar angka atau strategi. Buku 'Market Wizards:Interview with Top Traders ', tulisan Jack D Shwager banyak memberi inspirasi kepada aku semasa aku dalam dilema untuk teruskan atau tidak sebagai FX Trader.Anda pun perlu membacanya jika ingin lebih kenali dunia forex ini. Blog ini adalah hasil dengan minat yang mendalam terhadap 'forex' dan ia adalah suatu perkongsian maklumat dalam bahasa melayu dan sekurang-kurangnya ia membantu orang kita yang berminat dengan forex.Ia merupakan hasil daripada pembelajaran dengan rakan-rakan FX secara online atau offline. Antara yang banyak membantu aku dan aku anggap 'guru' aku sebagai Wiseman Trader ialah Fooart dan Profesor ( TQVM, semoga Allah merahmati kalian ). Tak lupa rakan-rakan wiseman aku iaitu sukriazhari,jaing,pojie dan azie.Tak lupa rakan-rakan baru wiseman seperti azan dan yoe di Kelantan. Dan ramai lagi rakan-rakan trader yang tak muat kat sini dalam aliran berbeza tetapi dengan satu matlamat. Untuk kekal dalam dunia FX ini, bukan suatu perkara yang mudah, cuba tanya berapa ramai yang telah bersara sebagai 'trader' dan sebab itu dikatakan 5% sahaja yang sukses dalam perniagaan ini...huhuhu..bukan senang! Dan aku sendiri pun masih dalam proses menuju ke kelompok tersebut. Yang penting kita mahu dan berusaha.Sila rujuk artikel ' Keazaman Membara' . Kalau sesiapa dah isytiharkan diri sudah berada dalam kelompok 5% yang sukses itu, Tahniah diucapkan kerana anda sudah menemui RAHSIA Trading anda. Yang penting kita sendiri berusaha dan beristiqamah. Cari RAHSIA tersebut sehingga berjumpa, masuk kelas beribu-ribu pun belum tentu jumpa.Percaya laaaa!..heheheh! 2008 sebagai tahun pembelajaran aku dengan lebih mendalam tentang Trading Chaos, dan insyallah kalau ikut perancangan segala info yang ada itu akan dipergunakan untuk menuai pada tahun 2009 ini. Itulah doa siang malam. Dan seperti artikel sebelum ini, jangan lupa amalan membaca Al Mathurat, untuk dimurahkan rezeki dan pelbagai manafaat lagi. Apa-apa pun kita jangan lupa Maha Kuasa walau kita rasa kita hebat atau sebaliknya. Jangan kita susahkan diri dan serabut kepala dengan pencapaian orang lain, nak tengok live account si anu si anu dan sebagainya. Kita lihat sejauh mana diri kita sendiri.Forex bukan seperti perniagaan kedai runcit atau kedai makan, pasarannya amat luas dan persaingannya juga amat luas, satu dunia.Jadi,terpulang kepada diri sendiri, bagaimana hendak meningkatkan keupayaan diri untuk mengharungi hari-hari sebagai trader.Tetapi percayalah, Allah itu Maha Adil, jika kita berusaha dan bertaqwa kepadanya..insyalllah kita akan mencapai matlamatnya. Sama ada anda wiseman trader atau tidak, ia bukan suatu yang mustahak, yang penting kita tahu apa yang kita buat dan inginkan. Kepada trader baru dengan live account , selamat datang ke dunia FX yang sebenarnya.Kepada trader berpengalaman, semoga anda konsisten dan mencapai matlamat yang anda rancangkan. Semoga kita anak malaysia, berjaya mengaut sejumlah wang yang besar dari akaun FX ke akaun masing-masing...heheheh...jangan bagi orang sudah...hahahaah! Salam Trading dan Selamat Tahun Baru 2009.....Keazaman Membara!

0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP