Saturday, November 29, 2008

Nak Usik Buaya Tidur????

Bersesuaian dengan situasi pasaran satu dua menjak ini. Ia agak perlahan dan juga dalam suasana Corrective yang mana dalam pemahaman saya mempelajari Trading Chaos, adalah di mana situasi 'buaya tidur' dan jangan diganggu. Ada juga yang bertanya, kalau nak usik juga 'buaya tidur' tersebut macam mana? Itu terpulanglah dengan kepakaran dan kemahiran masing-masing,yang penting poket masyuk bukannya masyammm!..hahahha Bagi yang masih baru sangat lagi dengan sistem urus niaga ini ( kira saya awal sikit saja daripada anda ), perkara yang wajib dilakukan ialah membaca nota-nota berkaitan kerana sistem ini bukan hanya bercerita tentang 'alligator', 'fractal' atau ' AO' semata-mata. Dan semoga anda dan juga saya tidak akan putus asa untuk mempelajari sistem ini kerana di dalamnya terkandung sesuatu yang perlu kita ambil dan menjadikan ia suatu disiplin urus niaga kita. Percaya atau tidak jika kita telah menjumpainya, insyallah ia akan memberikan kita satu suasana lain dan menyebabkan kita tidak lagi beralih kepada yang lain. Jika saya atau anda mempunyai niat untuk menambaik baik sistem ini dengan sebarang indikator lain, maka ada sesuatu yang wajar kita renungkan semula dan 'back to basic'. Apa yang saya di ajar atau faham ialah satu perkara lagi ialah Trend di TF besar jangan dilawan,kelak bencana menimpa..hehehe! Satu panduan ialah apabila 'bar price' di atas 'alligator' H4, maka potensi 'buy' menjadi pilihan dan begitu sebaliknya. Apatah lagi jika di TF Daily berlaku perkara yang sama. Bagi 'wiseman trader', teruskan pencarian Bullish/Bearish Divergence Bar (BDB ) yang benar-benar boleh memberikan kita profit dan INGAT, entry hanya di BDB atau Breakout Fractal sahaja.

Wednesday, November 26, 2008

Sekadar Kiraan Wave Di GBPUSD TF H4

Amalan Membaca Al-Ma'thurat

Khusus untuk Trader Muslim! Di antara amalan yang sebaik-baiknya diamalkan selain mengamalkan peraturan-peraturan urus niaga kita ialah mengamalkan bacaan kitab Al-Ma'thurat hasil karya Imam Hasan al-Banna rahimullah yang merupakan tokoh sejarah dakwah Islam moden.
Kelebihan membaca Al Mathurat: 1. Tidak dihampiri syaitan 2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini. 3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat. 4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga. 5. Selamat dari segala sesuatu. 6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya. 7. Allah berhak untuk meredhainya 8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya. 9. Terhindar daripada syirik. 10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun. 11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang. 12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat. 13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi. 14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan. Sebagai 'trader muslim' banyak lagi amalan yang kita boleh lakukan bukan sahaja memberi kita kekuatan psikologi atau emosi, malah ia memberikan kita kebaikan di dunia dan di akhirat.Insyallah! Semoga ia memberi kebaikan buat kita semua, dan sesungguhnya dunia kita sebagai trader forex ini amat memerlukan kekuatan jasmani, emosi, rohani dan intelektual.Kita bukan hanya bercerita tentang sistem, indikator atau 'news' semata-mata,malah seluruh kehidupan kita akan mempengaruhi setiap keputusan yang kita buat.

Monday, November 24, 2008

Mencari Rahsia Super AO!

Apabila sudah wujud BDB ( The First Wiseman ) iaitu ' Gambling Phase' ( 50-50 : oleh itu ia hanya 1 lot sahaja ). Maka kita akan meletak PO yang kedua untuk memaksimakan profit. Kalau mengikut 'Reverse Pyramid', kita boleh meletakkan jumlah lot yang paling banyak di sini, mengikut kemampuan masing-masing. Apabila wujud 3 bar tersusun yang sama warna, maka sahlah wujudnya Super AO dan kita letak satu tick harga bawah (sell ) pada bar berkenaan. Oleh kerana ' The Second Wiseman' ini berdasarkan Awesome Oscillator (AO), sudah tentu Bill William mempunyai alasan tersendiri mengapakah beliau amat yakin dengan petunjuk daripada AO ini. Dikatakan AO ini ialah " Keys To The Freedom" dan merupakan indikator momentum yang terbaik pernah dicipta dan ia seperti membaca jurnal Wall's Street untuk esok hari. Tapi syaratnya saya dan juga anda memahami betul-betul kegunaan dan sifat AO itu sendiri.Itu yang masih dalam pencarian buat masa ini.Mungkin ada yang boleh membantu! We know that price is the very last thing to change in the markets. What changes before price is momentum, and what changes before momentum is the speed of the current momentum and what changes before the speed of the current momentum is the volume, and what changes before the volume is all of us traders and investors making chaotic decisions about our activities in the markets. When understood and used properly, this is the best and most accurate indicator we have found in almost 50 years of trading. If you really know how to use this indicator, it should be worth at least seven figures to you in the next few years. ( antara petikan daripada Buku Trading Chaos yang boleh dikongsi untuk pemahaman kita )

Friday, November 21, 2008

TRADING CHAOS OK KE?

Saya seringkali ditanya, OK ka Trading Chaos nih? Berapa dah profit? Dan ada juga keluhan " Saya bukan tak nak belajar Chaos ni, tapi lecehlah banyak benda kena baca dan susahlah nak faham, psikologi la apa lah". Ini terpulang kepada pemahaman dan kemahuan masing-masing. Bagi saya, jika kita inginkan sesuatu, kita perlu dapatkannya. Sebagaimana kita ingin seseorang wanita menjadi isteri kita, kita akan cuba memikatnya walau apa cara sekali pun dan apabila sudah boleh mendekatinya, kita akan mula memasang langkah untuk menuruti segala kehendaknya. Walaupun ia agak berlawanan dengan kemahuan kita. Sama juga mempelajari teknik atau sistem urus niaga, jika kita ingin mengaut keuntungan dan konsisten. Kita perlu tahu bagaimana ia dapat dilakukan.Walau sesusah mana sekalipun jika ia berbaloi, apa salahnya kita bersusah dahulu. Sebab Trading Chaos atau apa sahaja nama sistem trading kita atau kelas forex mana sekalipun bukanlah penentu kejayaan kita melainkan DIRI KITA SENDIRI dan keizinan ALLAH SWT. Itu yang perlu saya perkuatkan lagi dan berusaha untuk lebih mengenali diri dan pergerakan pasaran.Selagi saya tak ubah MIND saya, selagi itu rekod "tidak konsisten' akan berkekalan walaupun masuk kelas BILL WILLIAM sekalipun.huhuhuhu! Oleh itu,apa juga sistem atau kaedah urus niaga, objektif kita tetap sama, ingin profit dan konsisten. Dalam Trading Chaos, banyak perkara yang perlu kita pelajari dan "entry atau exit" bukanlah tajuk pertama yang kita akan pelajari.Kita akan dedahkan dahulu untuk memahami siapa market serta juga kesilapan-kesilapan kita dalam memahami pasaran dan lain-lain lagi yang berkaitan termasuk psikologi urus niaga. Di bawah ini saya kongsikan beberapa petikan yang boleh dimanafaatkan bersama.Insyallah! 1- Our thesis here is that it appears there are many problems making profits in the markets but actually there is only one: THE MIND. 2- Our trading problems are not going to be solved by learning more about the rsi, macd, Williams %R, the Market Facilitation Index, astrology. This process will never end, new leaves are always growing and next year there will be someone with a brand new gimmick, whether it is candlesticks or chaos promising you riches galore. Let me tell you a classified top secret and you must swear never to reveal it to anyone else. They won't work! Nothing old, new or different will ever work as long as the problem is the mind. We must get to the roots of the plant and that root is what we call our mind. 3- The market will always be a reflection of you. It is like the Grand Canyon. When you holler, "HELP", what you hear is "help". When you holler "GOD", what you hear is "god". 4- Think about it. Locked inside of those five simple words is the secret for uncompromising power and effortless trading. WANT WHAT THE MARKET WANTS. This will give you a new kind of power in the market. 5- When trading from the how we often FEAR what we can't understand. Trading from the now we understand that fear is a mental mistake.

Thursday, November 20, 2008

BDB oh BDB!!!

Wednesday, November 19, 2008

Masuk Untuk Rugi?

Apa yang mampu kita lakukan kalau begini pasaran semasa.Adakah pasaran sebegini yang dikatakan " Entry Untuk Loss ?".Tetapi walaupun demikian saya yakin masih lagi ramai rakan trader yang berkebolehan untuk mengutip hasil sewaktu pasaran sebegini dengan menggunakan kaedah masing-masing. Bagi yang masih baru seperti saya, bila tiba waktu begini, mulalah tengok kiri tengok kanan, tengok atas tengok bawah. Dah cuba-cuba masuk, huhhh..loss pulak.Tengok astro lagi bagus, atau layan anak-anak atau keluar minum atau buat revisi. Ada yang mungkin mengintai 'bdb' atau 'breakout fractal' di time frame yang lebih kecil seperti M5 atau M1.Boleh kutip "samah seriyal" jadilah...hehehe.. Kalaulah rakan-rakan pengunjung budiman blog ini mempunyai idea bernas yang pernah dilakukan atau teknik apa yang dilakukan semasa 'corective' ini amatlah bagus dan dihargai untuk dicatat dalam ruangan komen anda.Boleh juga rakan-rakan lain mendapat ilmu dan manafaat. Nasihat rakan kepada saya, gunakanlah masa ini untuk perkara-perkara yang bermanafaat dan mampu dilakukan.Ini juga boleh dilakukan apabila terlepas untuk masuk dengan BDB. Jika seminggu tiada 'profit' yang dihasilkan atau mungkin 'loss' pula yang kita perolehi. Ini mungkin akan menjejaskan kosentrasi kita, apatah lagi jika kita mengalami masalah kewangan atau masalah kerja. Apa lagi yang mampu kita lakukan selain terus berusaha dan yakin dengan setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya dan kita tak putus-putus memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa.Insyallah! satu hari nanti,mungkin esok atau lusa atau minggu depan, kita akan berada pada masa yang tepat untuk 'entry' dan mengutip 'profit'. "Allahumma, aku terjaga olehmu dalam nikmat, afiat ( keselamatan dari mara bencana ), dan terjaganya rahsia-rahsia ( dosa-dosa )ku, maka sempurnakan nikmatMu afiatMu dan penjagaanMu, di dunia dan di akhirat."

Friday, November 14, 2008

Mind Set Aku Kena Betul!

CUEPACS: Jangan mudah terpedaya skim cepat kaya

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengingatkan ahli-ahlinya agar jangan mudah terpedaya dengan taktik halus skim cepat kaya.

Presidennya, Omar Osman menegaskan, memandangkan ia adalah sesuatu yang serius, peringatan akan dibangkitkan pada Majlis Mesyuarat kesatuan itu yang berlangsung esok sehingga 15 November di Kota Kinabalu.

Katanya, skim cepat kaya itu antara lain menipu wang orang ramai dengan pujuk rayu menerusi Internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

''Kami hendak seluruh jabatan dan kesatuan di peringkat negeri dapat menyampaikan mesej itu kepada ahli sekali gus mengelakkan mereka menjadi mangsa skim cepat kaya itu.

''Mana boleh kita mendapatkan pulangan yang begitu lumayan dalam masa yang singkat. Sekiranya kita menggunakan logik akal, kita akan sedar skim itu hanyalah satu helah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

__________________________________________________________________

Itu adalah sebahagian berita-berita tentang rakyat Malaysia boleh dikatakan kian 'terdesak' untuk mencari pendapatan alternatif selain pendapatan utama mereka. Begitu juga saya, anda, rakan-rakan anda dan sebahagian besar lagi yang meneroka pelbagai bidang untuk mencari 'wang tambah' atau mungkin sudah menjadikan ia sebagai pendapatan utama kerana memperolehi hasil lumayan.

Perniagaan FOREX bukan semudah yang disangkakan, dan tidak cukup dengan hanya menyertai satu-satu kelas dan kita akan berjaya.Walau bagaimanapun bagi yang sudah mengenali 'underlying structure' pasaran serta mahir dalam satu-satu sistem urus niaga, pendapatan mereka bagaikan paip yang mencurahkan 'USD' pada bila-bila masa yang dikehendaki dengan hanya memusing kepala paipnya sahaja. Insyallah saya dan juga anda yang masih belajar dan terus belajar akan mencapai tahap sedemikian. Dan kita belajar dari satu langkah ke satu langkah lagi yang lebih atas, dan jangan sesekali 'skip' pembelajaran terutama dalam mempelajari 'Trading Chaos'.

Pesan rakan 'trader', jika benar-benar ingin sukses sebagai 'Forex Trader', kita harus fokus betul-betul dalam memahami 'trading system' dan juga struktur aliran pasaran dengan sebaik mungkin.Dan jangan sesekali campur aduk sistem dan juga sibuk dengan urusan part time lain yang sememangnya kita tidak cukup masa atau ruang untuk menelaah dan memperbaiki 'perfomance' urus niaga kita.

Logiknya, jika kita lihat kejayaan seseorang itu disebabkan beliau fokus pada satu perkara sahaja dan tidak mencampur adukkan dengan perkara-perkara lain yang membolehkan beliau hilang fokus atau mengabaikan perkara-perkara yang perlu dalam proses mencipta sesuatu kejayaan.

Oleh itu, sama-sama kita renungkan dan jadikan iktibar jika ingin mencipta kejayaan sebagai 'Wiseman Trader'.Dan Tuhan tidak pernah berkata:" Kamu sekarang sudah diizinkan untuk berjaya".Melainkan kita ingin melakukannya.Insyallah kita akan berjaya....trading is waiting!

Friday, November 7, 2008

Sekadar Kiraan EW TF H4 EURUSD

Jangan harapkan kiraan Elliot Wave itu bertepatan dengan pergerakan pasaran. Ini hanyalah sekadar kiraan peribadi dan saya jangkakan (buat masa ini) dalam proses untuk wave e (4) dan seterusnya turun untuk wave 5. Sebarang kemungkinan boleh berlaku. Dan masuklah posisi apabila wujud BDB dan jangan sesekali melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Ini bagi menjamin 'entry' kita dilindungi dan seterusnya memberi 'profit'. Dan sememangnya pergerakan pasaran sekarang dalam 'corrective' dan ia perlu ditanggani dengan bijaksana oleh kita. Baik tiada 'entry' daripada 'entry' dengan rasa ragu dan berharap mengikut apa saja perkiraan kita sendiri.Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga buat semua pengunjung blog ini.

Thursday, November 6, 2008

Bersyukurlah Di Atas Anugerah-Nya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Minggu ini pasaran pun dalam situasi 'corrective' dan sukar nak meramalkan apa yang bakal berlaku,padahal kita nak 'buy' atau 'sell' sahaja....hehehehe Apa yang anda fikirkan tentang foto di sebelah, tak kira sama ada ia berlaku di negara kita atau tidak, kemiskinan sememangnya wujud di negara kita. Foto tersebut banyak memberi keinsafan kerana dengan rezeki yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kita, sewajarnya kita menjadi insan yang bersyukur dan membelanjakan sebahagian harta kita ke jalan fisabilillah. Kita seharusnya bersyukur kerana ia mungkin tidak berlaku ke atas diri kita atau keluarga kita atau saudara mara kita atau jiran mungkin.Ramai lagi insan lain di sekeliling kita yang sukar untuk mencari nafkah hidup, tambah-tambah lagi yang berada di kotaraya seperti Kuala Lumpur dan lain-lain bandar besar.Kita bersyukur di beri ilmu oleh Allah SWT dalam dunia perniagaan forex ini.Dan walaupun ia memberi seribu cabaran buat kita, tapi kita tidak pernah berputus asa dan terus mencuba dan berusaha.Syabas buat diri kita semua! Sebagai 'wiseman trader', kita tidak seharusnya menjadi manusia yang tidak bersyukur dan mementingkan diri sendiri. Insyallah dengan kesedaran dan keinsafan kita dalam membantu insan-insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim, orang kurang upaya, orang miskin dan sebagainya, kita akan terus dilimpahi rahmat dan rezeki oleh Allah SWT. Didoakan saya dan juga rakan-rakan 'trader' menjadi insan yang bersyukur dan senantiasa membantu insan-insan yang memerlukan...amiin!!!

Saturday, November 1, 2008

BULLISH DAN BEARISH DIVERGENCE BAR

Sebagai pengenalan BDB adalah satu posisi yang dikatakan 'posisi terbaik' di dunia apabila 'entry' dan kita akan mampu memperolehi profit yang maksima. Wajib kita melihat terlebih dahulu wujudnya bar bdb tersebut apabila melihat 'siapa' yang 'control' pasaran semasa.

Pada 'post' kali ini saya cuba menerangkan BDB ini mengikut pemahaman saya dan jika ada kelemahan diharapkan rakan-rakan perbetulkan. Seringkali kita akan menyalahkan sistem kerana apabila masuk dengan bdb tapi masih loss. Oleh kerana 'entry bdb' ini ini adalah 'Gambling Phase', oleh itu kita harus memilih BDB yang berkualiti sebagai 'entry' kita. Dan di bawah ini saya lampirkan contoh-contoh bdb yang berlaku dalam 'pair EURUSD' kerana ini adalah 'pair' pilihan urus niaga saya. Pesoalan timbul di Time Frame mana nak tengok, ia bergantung kepada kita sendiri nak urus niaga di TF mana, bagi saya 'entry' di TF M15 dan sebagai 'action price' di TF H1 dan TF H4. Kalau anda nak 'entry' di TF M5 atau TF H1 terpulanglah. Sebab di mana-mana TF pun ada BDB. Yang penting kita tahu bdb tersebut mesti mengikut syarat-syaratnya seperti berlaku 'lower low' atau 'higher high' dari bar sebelum dan bar semasa, ia juga harus bergerak jauh daripada 'gator' dan kalau bagus lagi ia berada di 'peak' AO.
thanks a lot to Masta Fooart

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP