Thursday, October 30, 2008

Catat Jangan Tak Catat

Sejak dari zaman persekolahan hingga sekarang, kita tidak dapat tidak kita akan sentiasa tidak lekang dengan nota. Masa sekolah wajib catat nota semasa dalam kelas atau ulangkaji. Dan masa kerja pula kena catat nota juga apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan atau dalam mesyuarat.Oleh itu, catatan nota adalah suatu perkara yang mustahak bagi melicinkan kerja kita. Oleh itu, salah satu ciri 'wiseman trader' yang berjaya, kita semestinya menjadikan amalan mencatat nota urus niaga satu rutin harian untuk rujukan akan datang dan memudahkan kita membuat 'post mortem'. Setiap 'entry' kita akan dicatat dan seterusnya 'copy' 'screen shot' dan tulis apa yang berlaku pada masa itu dan alasan-alasan kukuh yang menyebabkan kita 'entry'. Jika ia memberi 'profit' atau pun 'loss', kita tetap mencatat selepas tamat urus niaga tersebut. Dan buka satu 'folder' Nota Catatan Urus Niaga bagi memudahkan untuk kita membuat rujukan.Kalau nak bagus lagi, kita 'print out' dan masukkan dalam fail urus niaga kita. Perkara kedua, saya ditanya oleh salah seorang pengunjung blog ini ialah tentang 'money management'. Saya bukanlah seorang pakar, tetapi apa yang dilakukan ialah setiap entry kita berdasarkan 'Bullish/Bearish Divergence Bar', oleh itu Stop Loss kita ialah satu 'tick' di atas/ di bawah bar tersebut.Kalau 'entry' di TF M15, kebiasaannya SL kita sekitar 20-30 pips dan mungkin kurang atau lebih lagi.Jika BDB kita itu berkualiti, insyallah kita akan 'profit' tanpa menghampiri SL kita. Apa yang menjadi masalah juga apabila 'entry' tidak berdasarkan BDB, dan ini menyebabkan kita tiada lokasi sesuai untuk SL melainkan berdasarkan modal semasa kita. Kalau kes macam nih, saya akan tetapkan paling besar sanggup kerugian ialah 5% sahaja.Tetapi pernah apabila 3%, saya sudah 'cutloss'.Sebab utama ialah jika kita salah masuk, kenapa perlu susah-susahkan diri lagi.Insyallah 3%-5% itu, kita akan dapat ganti pada urus niaga akan datang atau esok hari.Oleh kerana, sekarang fokus 'entry' berdasarkan BDB, maka SL ialah di BDB jugalah.Bagi yang tidak menggunakan sistem chaos, terpulang kepada cara masing-masing, tetapi kebiasaannya sanggup tanggung kerugian ialah 5%-10%, tetapi atas daripada 5% itu, saya anggap agak besar. Saya juga amalkan cara untuk mengelakkan loss ialah 'lock profit' sekurang-kurangnya 1 pips dari 'open price' apabila market sudah bergerak 'profit' sekurang-kurangnya 10-20 pips.Tetapi minggu ini berlaku dua kes, harga kena SL tersebut dan seterusnya bergerak ikut arah masuk sehingga 60-80 pips.Memang rasa rugi, tetapi apakan daya,oleh kerana semasa urus niaga tersebut, ada perkara-perkara lain yang dilakukan, maka redhalah dengan rezeki sekian-sekian.Dan apabila harga makin bergerak mengikut arus kita, saya akan pindahkan SL tersebut mengikut fractal dan di sini boleh digunakan kaedah trailling 5 consecutive bar.Apa yang menjadi masalah apabila 'market corrective', tetapi kita masih mahu urus niaga..hehehe.Jika 'trending', 'alligator'lah panduan kita.Walau apa pun tindakan kita, yang kita inginkan ialah menjaga akaun kita agar dalam keadaan selamat. Wassalam...

Tuesday, October 28, 2008

Kasi Semangat Sikit!

Hari ini asyik terlepas 'bas' nak 'entry', jadi apa kata silau-silau nilai tukaran semasa. Nampaknya kedudukan MYR semakin melemah dan ia memberi pulangan lebih baik untuk 'trader' semasa 'withdraw' nanti. Dengan 'profit' USD100 pun kira lumayanlah untuk buat beli susu anak atau belanja dapur...heheheh Walau bagaimanapun bagi 'wiseman trader', segala peraturan yang telah dijelaskan dalam e-book atau video dan sebagainya perlulah dipatuhi sekiranya kita ingin menjadi seorang 'trader' yang konsisten ( ni nasihat untuk diri sendiri jugak nih!). Salah satu faktor yang menjadi 'kelemahan' yang perlu di atasi ialah 'keberanian' untuk entry jika sudah 'jumpa' bdb ( kerana tak semua bdb itu berkualiti untuk kita masuk ). Pesan Tok Guru, masuk saja yang mana wujud, kalau tak yakin,masuk dengan lot yang kecil untuk kita mudah belajar dan ingat berbanding dengan hanya menjadi pemerhati sahaja.Yang penting kita tahu 'underlying structure' sesuatu 'pair' tersebut dan ia akan banyak membantu kita nanti. Apa-apa pun terpulang kepada cara masing-masing kerana kefahaman kita memang berbeza antara satu sama lain apabila melihat 'chart'.Yang penting kita berani untuk membuat keputusan atas penilaian kita terhadap urus niaga kita.Ini yang saya perlu beri perhatian juga.Insyallah!

Sunday, October 26, 2008

Panduan Trading Wiseman Trader

Panduan ini adalah Nota Ulangkaji Peribadi Bayangkan dengan Risiko SL 22 pips mampu menghasilkan 1000 pips profit. Walaupun tak semua situasi memihak, tetapi majoriti berhasil dengan konsep ' trading is waiting...' Semoga saya dan anda pengunjung blog ini akan terus menambah koleksi profit dan sama-sama 'withdraw' nanti...insyallah! * mohon teguran jika ada sebarang kesilapan dan kelemahan.

Friday, October 24, 2008

Nilai Tukaran Terkini

Suatu saat yang dinantikan oleh setiap trader ialah di saat menunggu hasil tuaian mereka masuk ke dalam akaun masing-masing. Dan perkhabaran terkini, seperti apa yang dilihat di sebelah ini. Suatu ketika RM dalam situasi selesa. Sekarang untuk depo ke broker rasanya agak membebankan juga tetapi sebaliknya bagi yang ingin 'withdraw', ia sesuatu menggembirakan. Walau apa pun, peluang sudah ada di hadapan kita (chart), yang menjadi persoalan sama ada kemampuan kita mengaplikasikan 'trading system' kita sendiri untuk mengaut keuntungan atau sebaliknya. Dan sering kali atau acap kali disebut ialah DISIPLIN, SABAR dan JANGAN TAMAK.Ia bukan semudah yang dijangkakan. Dan sebagai Wiseman Trader, jika ingin sukses dengan sistem, kita WAJIB masuk urus niaga bila wujudnya BDB dan masuk dengan Pending Order dan seterusnya menjaga akaun kita dengan Stop Loss ( 1 tick di atas/di bawah bdb ). Seperti mana yang saya pelajari iaitu, untuk menilai sejauh mana 'filter' kita wajar diperiksa atau dikemaskini semula ialah berdasarkan 'perfomance' kita dalam 'trading' semasa kita.Jika ia memberangsangkan, wajar ia diteruskan, tetapi jika kurang menarik, maka amat wajar kita membetulkannya semula. Masuk 'workshop' untuk seketika dan mencari apa puncanya. * terima kasih tak terhingga buat prof n fooart.

Sunday, October 19, 2008

Diskusi Forex

Nampaknya suasana raya masih terasa, masing-masing sibuk buat atau pun pergi ke rumah terbuka. Suasana biasa di Lembah Klang ini, setiap hujung minggu pasti bulan Syawal ini akan meriah dengan 'rumah terbuka'. Malam semalam, berpeluang bersua muka dengan rakan-rakan trader dari forum KFC.Hannan, Matlan, Fuji dan Zack. Biasa diskusi secara online, apabila dapat berjumpa satu meja, banyak perkara yang dibincangkan tentang dunia forex. Dan sebagai trader, rasanya perlu kita keluar sekali sekala berdiskusi dengan rakan-rakan trader yang lain bagi menambah pengetahuan dan juga saling bertukar fikiran. Tidak semestinya menggunakan satu sistem 'trading', kita boleh berdiskas dalam pelbagai perkara atau isu semasa berkaitan forex dan sebagainya. Pelbagai topik diperbincangkan seperti situasi pasaran sekarang dan pengalaman masing-masing sepanjang urus niaga. Profit dan Loss adalah sesuatu yang rutin bagi seorang trader.Tiada apa yang nak dimalukan, kerana kita dapat berkongsi pengalaman dan jadikan ia suatu ilmu untuk kita urus niaga pada masa akan datang. Apa yang menarik isu yang kami diskas dan ingin saya kongsikan di ruangan ini ialah tentang psikologi trading. Ia sememangnya suatu perkara yang amat penting, tetapi kadang-kadang dipandang sepi oleh trader dan lebih fokus kepada sistem semata-mata. Padahal psikologi ini yang banyak mempengaruhi kehidupan semasa kita, oleh itu tidak dapat tidak ia akan mempengaruhi suasana urus niaga kita.Contohnya, apabila kita ditimpa apa-apa masalah atau sakit, adakah fikiran atau minda kita akan tenang? Bolehkah kita berurus niaga pada hari tersebut? Boleh memang boleh, tetapi apakah keputusan buy sell kita nanti mengikut disiplin trading kta atau dipengaruhi emosi. Sebagai trader muslim, apa kata sebelum kita berurus niaga atau menekan butang BUY atau SELL, kita dalam keadaan tenang atau suci atau bersih. Maknanya kita dalam keadaan berwuduk, semoga sifat-sifat negatif atau tamak dan sebagainya dapat dihapuskan semasa urus niaga. Dan lagi baik, kita mulakan hari dengan Solat Dhuha dan memohon keredhaan Illahi di sepanjang hari tersebut. Sememangnya bagi Wiseman Trader, setiap pagi diminta menulis 'morning pages' dan ia ada matlamatnya tersendiri. Tetapi apabila kita memohon kepada Maha Pencipta Allah SWT. Maka Insyallah, urus niaga kita akan lebih sukses dan kita pun dalam keadaan tenang dan bijaksana. Terima kasih Hannan, Matlan, Zack & Fuji atas perkongsian idea.

Saturday, October 18, 2008

Contoh Entry/Exit Trading Chaos

Friday, October 17, 2008

Siapa Kita Di Waktu Senang Atau Susah

Sebagai seorang insan atau manusia, kita tak dapat tidak untuk menghadapi susah atau senang dalam kehidupan semasa kita.Sama ada ia berat atau ringan, ia wajib ditanggung oleh kita juga. Sebagai 'trader' forex kita akan rasa tenang dan bahagia apabila akaun bertambah dari semasa ke semasa. Dan kita akan kecewa bila akaun kita semakin lama semakin susut. Pelbagai sistem telah digunakan, orang lain boleh kita pula tak boleh. Apa sebab? Apa salahnya kita? Oleh itu, wajar kita muhasabah semula atau nilai semula sejauh mana kefahaman kita terhadap sesuatu sistem atau ia berpunca daripada kelemahan diri sendiri. Dalam kehidupan semasa juga, adakah kita bersedia atau ada insan di samping kita akan bersama-sama kita apabila kita dalam situasi memerlukan bantuan atau tidak. Semasa senang semua nampak bagus , baik dan sewaktu dengannya.Dan apabila ditimpa musibah, adakah ia sama berlaku? Bersediakah kita senarai panjang atau pendek siapa yang benar-benar akan bersama kita atau membantu kita semasa susah? Sama ada ia keluarga, adik beradik, rakan-rakan, jiran atau siapa sahaja. Mungkin bukan salah mereka jika gagal membantu, mereka juga ada sebab tersendiri seperti mana kita mungkin.Muhasabah diri sendiri juga, mungkin kita juga mempunyai beberapa kelemahan yang tidak disedari oleh kita sendiri.Walau apa pun, mungkin benar secara keseluruhannya kata-kata bahawa...sewaktu senang ramai insan di samping bergelak ketawa, tapi bila kita susah, tiada lagi insan yang ingin berada di samping kita. Itulah lumrah alam yang wajar kita tempuhi, hendak atau tidak kita perlu bersedia atau ada sistem 'back up' sendiri.Seperti mana dalam 'trading' kita juga, kita perlu mengurus akaun kita dengan sebaik mungkin agar ia bertahan lama.Hendak atau tidak diri sendiri yang menentukan hala tuju kita.
" Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku." Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui. " (Az Zumar,49. )

Tuesday, October 14, 2008

Morning Pages : Wiseman Trader

Ia mungkin sesuatu yang baru dan sukar untuk dilakukan. Menulis 'Morning Pages' memerlukan komitmen dengan penulisan dalam 3 halaman muka surat dan setiap awal pagi. Jika tiada apa-apa idea sekali pun untuk menulis atau hanya menulis " Saya tiada apa yang hendak ditulis" dikira anda telah menulis. Oleh itu, 'Morning Pages' ini kita boleh menulis dalam semua isu atau apa sahaja perkara yang berkaitan diri kita sama ada yang suka atau duka atau apa-apa perancangan dan sebagainya.Ianya bebas untuk kita menulis apa sahaja. Kita akan berterus terang dengan diri sendiri dengan apa yang kita mahu atau lakukan atau berlaku kepada diri kita. Sememangnya pada awal pagi selepas Solat Subuh contohnya, dengan badan yang segar, pemikiran yang lapang dan perasaan yang masih lagi segar kita capai sebatang pen dan melakar tulisan dalam TIGA halaman secara bebas. Ia sesuatu yang lain dan suatu pengalaman yang cukup bermakna. Dan kita juga tidak digalakkan membaca halaman sebelum dalam selang beberapa minggu. Hasil daripada 'Morning Pages' ini akan memberikan kita menyelami semula siapa diri kita,apa yang kita inginkan dan ia juga dapat memberikan kita idea atau buah fikiran bagi mengatasi apa-apa permasalahan dan sebagainya. 'Morning Pages' sebagai platform atau tempat untuk kita mengeluh,meluahkan perasaan,mengadu dan sebagainya. Dan kuasa 'Morning Pages' ini juga dapat melegakan perasaan dan fikiran kita. Dan ia menjadikan kita lebih yakin dan insan yang bersyukur. Dan sebagai Wiseman Trader ia sememangnya akan dapat membantu diri kita untuk terus menjadi seorang trader yang berjaya dan sudah tentu meningkatkan pencapaian kita pada setiap hari...Insyallah!Walaupun ia bukan sistem 'trading' tetapi ia amat membantu diri sendiri menggunakan sistem kita dalam setiap urus niaga. Tidak lengkap kita sebagai Wiseman Trader sekiranya kita mengabaikan 'Morning Pages' ini. Hanya TIGA halaman, TULISLAH apa sahaja yang ada diminda kita.Semoga saya sendiri dan rakan-rakan Wiseman Trader tekun dan sabar menulis 'Morning Pages' secara konsisten.

Saturday, October 11, 2008

PENGURUSAN RISIKO: 4 PERATURAN KLASIK

Setiap 'trader' sama ada profesional atau tidak seharusnya menerima dan mengamalkan EMPAT peraturan klasik di bawah dalam setiap urus niaga.Ini bagi menjamin akaun kita akan tidak berada ditahap kritikal pada satu-satu masa.Kita sememangnya ingin atau mahu bertahan lama dalam perniagaan ini dan lebih tepat lagi dikalangan kita ingin mencari kekayaan melalui urus niaga forex ini.Walaupun kita sudah maklum bahawa perniagaan ini sungguh besar risikonya. 
 
EMPAT Peraturan Klasik Pengurusan Risiko Sebagai Pedagang :  

1 ) Biarkan pasaran yang mempengaruhi keputusan anda, dan bukan ego anda.  

2 ) Biarkan keuntungan berterusan,potong kerugian dengan pantas.  

3 ) Sentiasa berpihak kepada pemenang sahaja. 
 
4 ) Ikuti arus. 


" Ia adalah terlalu jelas, sehingga ia sukar dilihat. Seorang dungu telah mencari api dengan menggunakan pelita. Jika dia tahu apa itu sebenarnya api, dia pasti telah memasak nasinya dengan cepat" The Zen of Trading 


Bagi mengekalkan kita berada dalam perniagaan ini, EMPAT peraturan klasik dia atas WAJIB kita aplikasikan.Pesanan PENTING untuk diri sendiri dan rakan-rakan. 


" Apa yang sedang dikatakan adalah pasaran membuat segala keputusan. satu-satunya keputusan kita adalah untuk mendengar kata pasaran dan menuruti segala penunjuknya. Ia adalah sentiasa benar, dan tidak akan menipu. Hanya kita yang menipu diri kita sendiri." The Zen Of Trading 

 
Dan salah satu cara untuk kita maju dalam perniagaan ini ialah sentiasa fokus dengan sistem yang kita urus niaga dan pastikan kita menyimpan segala rekod urus niaga kita sendiri. Kita akan dapat melihat sendiri segala kekuatan dan kelemahan urus niaga yang telah dilakukan dalam sesuatu tempoh tertentu. Dan sudah tentu ia menjadikan kita sentiasa berwaspada dan meningkatkan lagi pengetahuan dan pencapaian kita.

Tuesday, October 7, 2008

TF H4 : EU

Situasi semasa pair EU ( 9.23pm:07 Okt 2008) di TF H4. Dan jika dilihat berdasarkan chart di atas, masih lagi lagi dalam situasi downtrend (parallel market). Walau bagaimanapun kelihatan BDB Divergence sudah wujud dan 'trader' dapat juga pips hijau dengan BUY.

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP