Saturday, June 28, 2008

Gewe Jelito Bearish Divergence?

So kita tunggu untuk urusan niaga minggu depan macam mana? Cuma buat persiapan dulu......:)

Monday, June 23, 2008

TEKNIK BONUS BREAK HI LO DAILY

Teknik simple ini hanya dilakukan pada pair EurUsd sahaja buat masa ini.Kalau nak cuba dilain pair sila buat kajian sendirilah :) Sila dapatkan penerangan teknik di bawah : Teknik Bonus Break Hi Lo Daily

Saturday, June 21, 2008

TRENDLINE+HILO+AO+STOCHASTIC

Contoh di GBPUSD : TF H1 ( TF M15*) Trade Kombinasi Trendline+Hi Lo+AO+Stochastic(14,3,3)
Salah satu teknik yang telah memberikan saya pulangan yang maksima profit dan minima loss. Entry : 1) Lihat Hi Lo/Trend di TFm15-Daily 2) OP bila break Hi Lo/Trendline 3) Pengesahan dengan kedudukan AO+Stoch ( Hijau AO=BUY, Merah AO=SELL) ( Stoch dalam kedudukan silang Up @ Down ) 4) Trade dengan TF yang sesuai dengan trader (M15 sesuai untuk 10-20 pips) Exit : Jangan TAMAK :) [ Boleh gunakan teeth line sebagai panduan,jika price cross line, bolehlah keluar ] Bagi yang mahir dengan candlestick, ia lebih baik.Walau bagaimanapun ia bukanlah penghalang besar. Lihat juga chart pattern dan divergence (bantuan AO).

Sunday, June 8, 2008

Kombinasi OFX+Trendline

Contoh Penggunaan Trendline di TF H4 Selama 2 minggu bercuti di kampung, susah untuk masuk trading.Apatah lagi tak berpeluang mengutip pips semasa NFP jumaat lepas kerana tiada coverage maxis di kampung.Tapi itu tiada masalah kerana minggu seterusnya(esok),market akan dibuka seperti biasa. Ucapan terima kasih buat rakan-rakan baru trader di Kota Bharu( matyo,nizamac79,nixlee & mie ) yang sudi share sistem trading masing-masing.Oleh itu, amatlah bagus sekali kalau trader2 ada rakan-rakan yang boleh diskusi dan bertukar-tukar pandangan. Semasa tiada aktiviti trading, saya menumpukan untuk kombinasi sistem dengan kaedah trendline dan hi lo.Dan ini lebih memberi keyakinan kepada saya untuk melakukan OP dan melihat situasi pasaran.Mungkin sudah ramai di luar sana yang memang sudah mahir atau pakar dalam penggunaan trendline.Oleh itu, saya aplikasikan juga dalam sistem saya bagi tujuan pengesahan dan membantu untuk entry dan exit posisi.Dan penggunaan trendline ini mengikut keselesaan trader dalam TF mana yang diinginkan. Jika ada rakan-rakan yang mahir/tahu dan singgah di sini, bolehlah memberi sedikit ulasan atau komen tentang penggunaan trendline ini.Jutaan terima kasih dihulurkan.

Thursday, June 5, 2008

MInyak Naik : Angin Satu Badan Naik Sama

Salam... Off topic pagi-pagi nih...minda agak terganggu dengan pengumuman kenaikan minyak sejak jam 12 malam tadi.Rasanya sudah banyak komen yang dibaca dalam forum dan sebagainya. Apa lagi yang mampu kita lakukan selain mengambil langkah drastik penjimatan perbelanjaan keluarga dan diri sendiri.Persoalan sekarang kalau kita mengutuk dan sumpah seranah pun, ia makin memberi tekanan kepada diri kita sendiri.Oleh itu, baik kita cuba pertingkatkan daya pecutan dan perkemaskan lagi sistem trading kita semoga kita dapat maksimakan profit dan minimakan kerugian. Bagi saya, saya kena banyakkan lagi praktis dan kenal pasti kelemahan kalau wujud dalam sistem trading sendiri.Dan yang paling penting ialah disiplin diri semasa urusniaga dan tiada kompromi dalam hal ini, kerana ia akan memberi kesan besar ke atas hasil trading saya sendiri nanti.Masa kini, bukan lagi nak tukar sistem itu dan ini atau tengok yang sana OK,maka berkejaran pula ke sana.Ini adalah masa untuk perkemaskan sistem dan melihat dari pelbagai sudut segala kelebihan dan kelemahannya. Setakat ini,ia memberi kesan atau hasil yang positif.Walau bagaimanapun seperti yang kita ketahui situasi pasaran bukan boleh dijangka,oleh itu kita perlu ada perancangan atau bantuan dari indikator atau cara yang lain untuk membantu sistem, bukan untuk menukar 100% sistem sedia ada. Masing-masing ada sistem tersendiri,maka wajarlah kita mengkaji dan memahami sistem kita dengan sebaik-baiknya dan begitulah yang saya akan dan telah lakukan kini.Dan satu faktor lagi, sebagai orang ISLAM,kita wajib percaya bahawa setiap yang kita lakukan adalah dengan izin Allah SWT.Oleh itu, wajar kita mendekati-Nya dan memohon kepada-Nya agar apa-apa perancangan yang kita lakukan dipermudahkan dan seterusnya dapat memberi hasil yang kita harapkan.Insyallah...belajar+usaha+doa+tawakal=profit. *Petrol Sudah UP,Kita pun Kena Seiring Up Income.....

Wednesday, June 4, 2008

GBPJPY:Bullish Divergence

Trader perlu mengambil tindakan yang sewajarnya apabila berlaku situasi ini, sekiranya ada posisi berlawanan, harus di tutup dan tidak perlu menunggu untuk Stop Loss.

Tuesday, June 3, 2008

Urusniaga 2 Jun 2008

Dalam situasi coverage internet tak menentu dan sangat perlahan,kejap ada kejap tiada macam biskut,trader tidak berani mengambil risiko mengambil 3 lot. Oleh itu, hanya 1 lot saja masuk di GBPJPY pada harga 206.24 (lebih kurang jam 4 petang waktu tempatan).Alhamdulillah lot 1 closed di 205.74 ( 50 pips ).

Walaubagaimanapun, trader masih membuat pemantauan dengan andaian 3 lot,sebagai kerja rumah untuk melihat prestasi sistem.Talian internet masih tidak stabil.Ini adalah SS hasil pemerhatian trader.
Di antara perkara yang trader lakukan ialah kenalpasti : 1- CS Open di bawah MA Biru 2-AO & AC warna merah (sama) 3-Kedudukan Stoch silang ke bawah dan melepasi garisan 0 AC. 4-Melihat news di Forex Factory 5-Membuat garisan Trendline di TF Daily,H4 dan H1 bagi melihat support. (Trend ada di semua TF dan boleh diukur dengan trendline,rsi,macd,ao dan mana-mana indikator yang kita ketahui dan fahami ) Sebab apa yang trader belajar ialah trend ialah sahabat sejati trader.Oleh itu, trader perlu kenalpasti trend ( naik atau turun ).Cuma mungkin persoalan sama ada ia panjang atau pendek.Walau bagaimanapun kalau trader berada dalam trend yang betul, insyallah hasil yang profit.Yang trader tahu dan maklum, tiada siapa pun tahu ke mana arah market selepas ini atau akan datang, jadi trader perlu masuk pos dengan sistem yang dipercayai dan minimakan kerugian dan maksimakan keuntungan. Insyallah!!!!!

Monday, June 2, 2008

Rindu-Rinduan

Huhuhu...romantis tajuk pagi nih...nih bukan kes cintan-cintun apa..cuma terkilan dan rindu dengan market setelah seminggu tak dapat online disebabkan tiada coverage maxis broadband di kampung halaman di Terengganu. Maka bercuti dengan sebenar-benarnya laaa...paling seronok bila dapat mandi-manda.bakar ayam dan berenang-renang di Hutan Lipur Chakah 1, Setiu.Hilang segala tension atau mana-mana unsur tekanan bila menyelam di air yang sejuk. Sekarang sambung lagi percutian di Bachok, Kelate...nasiblah boleh juga online walaupun dengan situasi yang cukup perlahan dan lambat download.Ni nak masuk trade pun, ada juga risau kerana asik putus-putus.Nampaknya pagi isnin ni, macam laju saja.Ada harapan! Hari isnin ni pun nampaknya pasaran tiada news (GBP,USD,JPY)yang akan memberi impak besar,oleh itu sekarang masih dalam proses pemerhatian,apatah lagi seminggu tak follow market.

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP