Sunday, June 8, 2008

Kombinasi OFX+Trendline

Contoh Penggunaan Trendline di TF H4 Selama 2 minggu bercuti di kampung, susah untuk masuk trading.Apatah lagi tak berpeluang mengutip pips semasa NFP jumaat lepas kerana tiada coverage maxis di kampung.Tapi itu tiada masalah kerana minggu seterusnya(esok),market akan dibuka seperti biasa. Ucapan terima kasih buat rakan-rakan baru trader di Kota Bharu( matyo,nizamac79,nixlee & mie ) yang sudi share sistem trading masing-masing.Oleh itu, amatlah bagus sekali kalau trader2 ada rakan-rakan yang boleh diskusi dan bertukar-tukar pandangan. Semasa tiada aktiviti trading, saya menumpukan untuk kombinasi sistem dengan kaedah trendline dan hi lo.Dan ini lebih memberi keyakinan kepada saya untuk melakukan OP dan melihat situasi pasaran.Mungkin sudah ramai di luar sana yang memang sudah mahir atau pakar dalam penggunaan trendline.Oleh itu, saya aplikasikan juga dalam sistem saya bagi tujuan pengesahan dan membantu untuk entry dan exit posisi.Dan penggunaan trendline ini mengikut keselesaan trader dalam TF mana yang diinginkan. Jika ada rakan-rakan yang mahir/tahu dan singgah di sini, bolehlah memberi sedikit ulasan atau komen tentang penggunaan trendline ini.Jutaan terima kasih dihulurkan.

0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP