Thursday, June 5, 2008

MInyak Naik : Angin Satu Badan Naik Sama

Salam... Off topic pagi-pagi nih...minda agak terganggu dengan pengumuman kenaikan minyak sejak jam 12 malam tadi.Rasanya sudah banyak komen yang dibaca dalam forum dan sebagainya. Apa lagi yang mampu kita lakukan selain mengambil langkah drastik penjimatan perbelanjaan keluarga dan diri sendiri.Persoalan sekarang kalau kita mengutuk dan sumpah seranah pun, ia makin memberi tekanan kepada diri kita sendiri.Oleh itu, baik kita cuba pertingkatkan daya pecutan dan perkemaskan lagi sistem trading kita semoga kita dapat maksimakan profit dan minimakan kerugian. Bagi saya, saya kena banyakkan lagi praktis dan kenal pasti kelemahan kalau wujud dalam sistem trading sendiri.Dan yang paling penting ialah disiplin diri semasa urusniaga dan tiada kompromi dalam hal ini, kerana ia akan memberi kesan besar ke atas hasil trading saya sendiri nanti.Masa kini, bukan lagi nak tukar sistem itu dan ini atau tengok yang sana OK,maka berkejaran pula ke sana.Ini adalah masa untuk perkemaskan sistem dan melihat dari pelbagai sudut segala kelebihan dan kelemahannya. Setakat ini,ia memberi kesan atau hasil yang positif.Walau bagaimanapun seperti yang kita ketahui situasi pasaran bukan boleh dijangka,oleh itu kita perlu ada perancangan atau bantuan dari indikator atau cara yang lain untuk membantu sistem, bukan untuk menukar 100% sistem sedia ada. Masing-masing ada sistem tersendiri,maka wajarlah kita mengkaji dan memahami sistem kita dengan sebaik-baiknya dan begitulah yang saya akan dan telah lakukan kini.Dan satu faktor lagi, sebagai orang ISLAM,kita wajib percaya bahawa setiap yang kita lakukan adalah dengan izin Allah SWT.Oleh itu, wajar kita mendekati-Nya dan memohon kepada-Nya agar apa-apa perancangan yang kita lakukan dipermudahkan dan seterusnya dapat memberi hasil yang kita harapkan.Insyallah...belajar+usaha+doa+tawakal=profit. *Petrol Sudah UP,Kita pun Kena Seiring Up Income.....

0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP