Saturday, June 28, 2008
Monday, June 23, 2008
TEKNIK BONUS BREAK HI LO DAILY
Teknik simple ini hanya dilakukan pada pair EurUsd sahaja buat masa ini.Kalau nak cuba dilain pair sila buat kajian sendirilah :) Sila dapatkan penerangan teknik di bawah : Teknik Bonus Break Hi Lo Daily
Posted by WZWY at 12:45 AM 0 comments
Saturday, June 21, 2008
TRENDLINE+HILO+AO+STOCHASTIC
Posted by WZWY at 9:35 AM 0 comments
Sunday, June 8, 2008
Kombinasi OFX+Trendline
Posted by WZWY at 10:33 AM 0 comments
Thursday, June 5, 2008
MInyak Naik : Angin Satu Badan Naik Sama
Salam... Off topic pagi-pagi nih...minda agak terganggu dengan pengumuman kenaikan minyak sejak jam 12 malam tadi.Rasanya sudah banyak komen yang dibaca dalam forum dan sebagainya. Apa lagi yang mampu kita lakukan selain mengambil langkah drastik penjimatan perbelanjaan keluarga dan diri sendiri.Persoalan sekarang kalau kita mengutuk dan sumpah seranah pun, ia makin memberi tekanan kepada diri kita sendiri.Oleh itu, baik kita cuba pertingkatkan daya pecutan dan perkemaskan lagi sistem trading kita semoga kita dapat maksimakan profit dan minimakan kerugian. Bagi saya, saya kena banyakkan lagi praktis dan kenal pasti kelemahan kalau wujud dalam sistem trading sendiri.Dan yang paling penting ialah disiplin diri semasa urusniaga dan tiada kompromi dalam hal ini, kerana ia akan memberi kesan besar ke atas hasil trading saya sendiri nanti.Masa kini, bukan lagi nak tukar sistem itu dan ini atau tengok yang sana OK,maka berkejaran pula ke sana.Ini adalah masa untuk perkemaskan sistem dan melihat dari pelbagai sudut segala kelebihan dan kelemahannya. Setakat ini,ia memberi kesan atau hasil yang positif.Walau bagaimanapun seperti yang kita ketahui situasi pasaran bukan boleh dijangka,oleh itu kita perlu ada perancangan atau bantuan dari indikator atau cara yang lain untuk membantu sistem, bukan untuk menukar 100% sistem sedia ada. Masing-masing ada sistem tersendiri,maka wajarlah kita mengkaji dan memahami sistem kita dengan sebaik-baiknya dan begitulah yang saya akan dan telah lakukan kini.Dan satu faktor lagi, sebagai orang ISLAM,kita wajib percaya bahawa setiap yang kita lakukan adalah dengan izin Allah SWT.Oleh itu, wajar kita mendekati-Nya dan memohon kepada-Nya agar apa-apa perancangan yang kita lakukan dipermudahkan dan seterusnya dapat memberi hasil yang kita harapkan.Insyallah...belajar+usaha+doa+tawakal=profit. *Petrol Sudah UP,Kita pun Kena Seiring Up Income.....
Posted by WZWY at 9:39 AM 0 comments
Wednesday, June 4, 2008
GBPJPY:Bullish Divergence
Posted by WZWY at 7:03 AM 0 comments
Tuesday, June 3, 2008
Urusniaga 2 Jun 2008
Dalam situasi coverage internet tak menentu dan sangat perlahan,kejap ada kejap tiada macam biskut,trader tidak berani mengambil risiko mengambil 3 lot. Oleh itu, hanya 1 lot saja masuk di GBPJPY pada harga 206.24 (lebih kurang jam 4 petang waktu tempatan).Alhamdulillah lot 1 closed di 205.74 ( 50 pips ).
Posted by WZWY at 8:51 AM 0 comments
Monday, June 2, 2008
Rindu-Rinduan
Huhuhu...romantis tajuk pagi nih...nih bukan kes cintan-cintun apa..cuma terkilan dan rindu dengan market setelah seminggu tak dapat online disebabkan tiada coverage maxis broadband di kampung halaman di Terengganu. Maka bercuti dengan sebenar-benarnya laaa...paling seronok bila dapat mandi-manda.bakar ayam dan berenang-renang di Hutan Lipur Chakah 1, Setiu.Hilang segala tension atau mana-mana unsur tekanan bila menyelam di air yang sejuk. Sekarang sambung lagi percutian di Bachok, Kelate...nasiblah boleh juga online walaupun dengan situasi yang cukup perlahan dan lambat download.Ni nak masuk trade pun, ada juga risau kerana asik putus-putus.Nampaknya pagi isnin ni, macam laju saja.Ada harapan! Hari isnin ni pun nampaknya pasaran tiada news (GBP,USD,JPY)yang akan memberi impak besar,oleh itu sekarang masih dalam proses pemerhatian,apatah lagi seminggu tak follow market.
Posted by WZWY at 8:19 AM 0 comments