Sunday, March 30, 2008

Dunia Forex.......

Dunia Forex bukanlah sesuatu yang mudah.... Dunia Forex bukanlah sesuatu yang melibatkan wang sahaja... Dunia Forex bukanlah sesuai untuk semua..... Walau apapun..ia bukanlah menjadi penghalang untuk sesiapa pun jua melangkah dalam bisnes ini.Dan berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan yang sama-sama berjuang dalam bisnes ini : 1- Memang benar lebih 90% gagal dalam bisnes ini..dan ia bukanlah ingin menakutkan tetamu blog ini yang memang berniat untuk menceburkan diri dalam bisnes ini. 2-Amat sukar juga untuk mengekalkan profit yang ada daripada mengutip pips hijau. 3-Setiap hari juga kita akan bermain dengan risiko jika tersalah arus pergerakan harga. 4-Forex boleh menjadi sesuatu yang mudah dan membahagiakan apabila seseorang sudah mahir dan mempunyai sistem trading yang sesuai (walaupun ia bukanlah 100% sempurna). Di EW & Chaos Trading ini,insyallah saya akan updatekan kiraan/counting wave, tetapi ia bukanlah menjamin untuk profit kerana saya pun masih hijau dalam bidang ini dan belum berjaya lagi seperti trader-trader lain yang jauh berpengalaman.Dan sudah tentunya blog ini sesuai untuk semua walaupun anda sudah pun mempunyai sistem trading masing-masing. Ini hanyalah sebagai alternatif sahaja.Banyak lagi sistem yang hebat-hebat dan memberikan keuntungan yang sewajarnya.Di blog ini juga saya akan berkongsikan secara percuma mana-mana ebook forex dalam simpanan saya dan juga indikator-indikator yang ada. Salam.....

0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP