Tuesday, August 18, 2009

MENCARI KEBENARAN

Ini adalah email saya kepada Ustaz Zamerey : Assalamualaikum, Ustaz, Saya Wan Zayuhisham Wan Yusoff @onerich mengenali ustaz melalui forum Carigold. Isu yang masih menjadi tanda tanya sejak beberapa bulan kebeakangan ini tentang sumber rezeki saya melalui FOREX. Saya mula belajar dan mencebur diri dalam perniagaan ini sejak Julai 2007 hingga sekarang. Sejak timbul isu HALAL dan HARAM dalam perniagaan ini, saya jadi keliru mana satu yang betul atau sebaliknya. Saya ingin mencari seorang yang tahu bidang agama dan juga FOREX ini untuk meleraikan kekusutan ini. Oleh itu, saya ingin kepastian dan minta bantuan ustaz ADAKAH PENIAGAAN FOREX INI HALAL DI SISI ISLAM ATAU SEBALIK. Jika ia diharamkan, maka saya perlu berhenti segera. Dan jika sebaliknya, maka saya akan teruskan lagi. * saya berurusniaga secara ONLINE dengan Broker INTERBANK yang berpusat di New York. * Saya juga sudah berbual melalui telefon dan menasihati saya BERHENTI. * Itulah membuatkan saya termenung sejenak memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk hari-hari mendatang. * Ustaz Zemerey adalah Head of Shariah, Asian Finance. * Boleh try tengok sini Blog Forex saya : http://onerich.blogspot.com Email Jawapan Ustaz Zamerey :

Waalaikumussalam,

En Wan Zayuhisham Wan Yusoff,

Semoga kita semua dirahmati Allah swt.

Saya amat berbangga dengan Tuan yang sudi mempastikan halal dan haram dalam urusan FOREX sekalipun pendapatanya lumayan. Setakat kajian yang telah saya lakukan, hujjah mengatakan FOREX yang dilakukan oleh traders untuk tujuan mendapat untung hasil pergerakan turun naik harga adalah haram kerana mempunyai unsur-unsur al-Najash & al-Ihtitakar yang ditegah oleh Rasulullah saw.

Apatah lagi jika terlibat dengan leverage. Akademi Feqh Islam Rabitah al-alam al-islami yang berpusat di Mekkah al-Mukarramah telah memutuskan bahawa hukum penggunaan leverage adalah haram.

Saya secara peribadi berpegang kepada pandangan ini. Jika Tuan ingin penjelasan lebih detail, saya cadangkan kita berdiskusi secara berdepan demi mencari kebenaran dan menjauhkan diri kita semua dari perkara haram @ syubhah.

Oleh itu apa pandangan saudara-saudara trader?

Thursday, August 13, 2009

Masih Ada Di Sini

Hampir dua bulan tidak mengisi ruang di blog ini. Tapi hampir setiap hari saya akan menjengah ke sini. Dunia urusniaga hari ini banyak berlaku perkara-perkara luar jangkaan. Bukan saja situasi pasaran 'corrective' tetapi ramai dikalangan pedagang-pedagang mengundurkan diri, rehat atau pun mengisytiharkan pencen buat selama-lamanya. Saya akui ia juga menjadi penyebab untuk saya beralih ke dunia baru di blog sebelah lagi. Chart masih dilihat saban hari.Apatah lagi orang-orang yang dulu banyak mengajar saya tentang urusniaga sudah pencen dab beralih ke perniagaan lain atau meneruskan tugasan semasa sahaja. Apa yang pasti saya dan tuan-tuan lakukan yang terbaik berdasarkan pemahaman masing-masing. Sesungguhnya dunia urusniaga matawang ini bukan semudah ABC. Kalau tidak masakan dikatakan 95% pedagang gagal/rugi dalam perniagaan ini.Fikir-fikirkanlah..... Kadang-kadang kasihan melihat pedagang-pedagang baru pantang melihat iklan kelas dan terus serbu dan mengharapkan apabila keluar nanti dapat mengaut keuntungan berlipat ganda kerana dijanjikan dengan kemewahan sebagai pedagang matawang. Saya bukanlah pedagang hebat dan pakar rujuk. Cuma sebelum ini saya menggunakan blog ini sebagai tempat untuk mencurahkan apa yang ada dan dipelajari. Tetapi sejak memasuki perniagaan ini pertengahan tahun 2007 tidak berada zon kecewa kerugian besar sebagaimana rakan-rakan lain. Saya amat bersimpati apabila wang simpanan atau pinjaman mereka lesap dalam masa seminggu, sebulan dan sebagainya. Jumlah pun boleh tahan USD10k ke atas dan ada yang dalam USD100 ke bawah. Walaupun USD10, ia juga duit dan bernilai. Jadi, persoalannya ADAKAH BERDAGANG MATAWANG INI SENANG DAN MENGUNTUNGKAN? Tanya diri dan renung jauh-jauh dalam hati kita. Apakah yang kita mahu sebenarnya. Ilmu cukup, modal besar tapi EMOSI tidak dapat dikawal, kita mungkin akan masuk ZON KECEWA satu hari nanti. Tapi apa yang saya tahu, di luar sana masih ramai pedagang-pedagang hebat yang 'low profile' dan sentiasa mengutip keuntungan dalam urusniaga mereka.Mereka tidak pernah berforum dan berhubung dengan sesiapa secara online dan seumpamanya. Apatah lagi mahu menganjurkan kelas dan berdabik dada sistem mereka yang terhebat. Terpulang pada individu...... * Bagi rakan yang pencen urusniaga...selamat berpencen.. * Bagi rakan yang masih setia berurusniaga...selamat berurusniaga... ..Ilham Dengan Keizinan-Nya..

Sunday, June 14, 2009

U-Turn Ke Jalan Lurus

Agak lama tidak kemaskini blog ini, walau bagaimanapun rasanya pengisian yang ada di blog sudah memadai bagi sesiapa yang ingin mengetahui dan memahami secara amaturnya Trading Chaos. Banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini dan menjadikan tuan tanah pun keliru dan keluar mencari ketenangan dan petunjuk. Sebagai tanda mata dan perkongsian ilmu dengan rakan-rakan, di sini saya sarankan tuan-tuan membeli, membaca dan menghayati apa yang terkandung di dalam buku hasil tulisan saudara Zul Ramli M.Razali. Buku ini sangat bagus dan sesuai sebagai panduan kita. Di dalam buku ini telah membangkitkan rasa cinta dan kasih terhadap Allah swt dengan cara penyampaian yang cukup mudah dan berkesan. Ia adalah himpunan hadis-hadis qudsi tetapi disampaikan kepada pembaca dengan kaedah yang cukup menarik. Antara tajuk yang terkandung di dalam buku ini ialah 1) Manusia yang mempunyai arah akan menguasai nasib dan gaya hidupnya. 2) Untuk jaid hebat tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri. 3) Ibadah bukan beban, ia hadiah terindah daripada Allah. 4) Tidurlah bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan 5) Orang dungu hanya tahu setelah terkena 6) Lihatlah apa yang kita lihat, fikir apa yang kita fikir. 7) Bukan semua yang disukai memberikan kesukaan akhirnya 8) Jika hati membisik:Bolehkah aku berubah? Katakan: Tidak! Kepada soalan itu. Ada 40 tajuk-tajuk yang menarik untuk kita baca dan jadikan panduan dunia dan akhirat. Ia adalah terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd dan rasanya terdapat dikedai-kedai buku seperti MPH dan yang berdekatan.Insyallah!

Sunday, May 10, 2009

Top 10 Biggest Mistakes Forex Traders Make

Wednesday, May 6, 2009

Recovering Trading Losses

Monday, May 4, 2009

Trading Psychology - Doubt

Friday, May 1, 2009

STOP LOSS

Dilema Stop Loss rasanya berlaku kepada kebanyakan trader termasuk saya dahulu, apabila selepas 'entry position' dan harga berlawanan dengan 'entry' kita tadi, maka berlakulah 'hold floating' dan akhirnya ia menjadi satu kanser dan menyebabkan akaun tersebut tidak dapat bertahan lama. Sepatut loss 30-50 pips tetapi berakhir dengan 'cut loss' 100-200 pips. Apa yang saya amalkan sekarang sebagai Wiseman Trader, SL adalah suatu perkara yang wajib seperti contoh di atas, oleh itu saya dapat minimakan loss pada setiap 'entry'. Sebagai panduan berdasarkan apa yang saya amalkan dan pelajari, setiap perancangan untuk kita 'entry position', kita mesti terlebih dahulu meletakkan berapa sanggup tanggung rugi atau Stop Loss dan bukannya meletakkan 'target profit' yang bakal kita ambil.Tidak kiralah apa jua teknik yang kita gunakan, Stop Loss ini adalah sesuatu yang perlu ( mungkin sesetengah 'trader' lain pemahamannya), bagi saya sanggup tanggung rugi sekitar 2%-5% adalah lingkungan peratusan yang wajar bagi melindungi akaun kita berada dalam situasi yang kritikal. Pada saya, biarlah kita rugi 'entry' kali ini 30-50 pips kerana pasaran akan terus bergerak dan kita boleh berurus niaga semula dan 'cover' kerugian tersebut dan mungkin mencapai 'profit' pula. " SELALU INGATKAN DIRI, JIKA INGIN BERTAHAN LAMA DALAM BISNES INI, KITA PERLU CEPAT POTONG KERUGIAN DAN BUKANNYA CEPAT POTONG KEUNTUNGAN". Wallahualam!

Saturday, April 25, 2009

Wiseman Fractal

Salah satu 'entry position' dalam Trading Chaos ialah Wiseman Fractal sama ada ia 'BUY' atau 'SELL". Cuma apa yang perlu diingatkan ialah posisi ini hanyalah tambahan dan bukan bila wujud wiseman fractal kita terus PO kerana ia mesti BDB wujud terlebih dahulu. Wiseman Fractal ini tidak sama dengan Breakout Fractal kerana ia boleh wujud semasa dalam alligator dan biasa selepas wujud Super AO seperti dalam contoh chart di sebelah.Contoh entry di pair GJ: 1 tick daripada harga LOW di bar Wiseman Fractal tersebut.Katakan harganya 142.83, maka PO kita ialah 142.82. Semoga nota ini dapat membantu anda dalam urus niaga nanti. Segala teguran atau komen daripada anda amat dialu-alukan untuk memantapkan lagi skil urus niaga kita bersama.

Thursday, April 16, 2009

Kesilapan Yang Bermakna

Kesilapan mengambil 'entry' adalah suatu lumrah dan biasa berlaku terutama apabila 'trader' dalam situasi tertekan atau lama menunggu 'setup' yang biasa tidak kunjung tiba. Walau bagaimanapun ia bukanlah suatu episod yang perlu kita kesali, kerana daripada suatu kesilapan ia akan mengajar kita apa itu 'entry' yang berkualiti atau tidak. Tetapi kita haruslah berpada-pada kerana 'Stop Loss' masih menjadi suatu kewajipan untuk kita hadkannya berdasarkan kemampuan kita. Seperti penulisan-penulisan yang lepas, rahsia untuk kita kekal lama dalam bisnes ini ialah cepat untuk kita memotong kerugian dan membiarkan keuntungan bergerak sejauh mana yang mungkin. Sebagai 'wiseman trader', posisi masuk kita ialah dengan BDB dan juga Fractal Breakout. Oleh itu, jika kita menjadi seorang yang terlalu 'takut' untuk mengambil sebarang risiko, maka kita akan sentiasa dibayangi dengan 'rasa takut' yang tiada kesudahannya. Oleh itu, sebarang kesilapan atau kegagalan meraih keuntungan dengan BDB ( Gambling Phase ) ini, maka ia diberi penekanan agar kita tidak mengulanginya pada sesi urus niaga yang akan datang. Oleh itu, sebagai cadangan, kita perlu membuat nota peribadi berserta 'screenshot' agar kita mudah faham. Contoh kesilapan yang pernah saya lakukan ialah mengambil posisi buy BDB di M15 tetapi trend di TF H1 masih lagi kuat untuk turun ( rujuk kepada alligator dan AO ), ini dinamakan 'parallel market' dan jika dilihat semula, BDB tersebut tiada 'angulation' yang baik untuk kita memasang PO di BDB tersebut. Apa pun, ia menjadi suatu ingatan dan jangan kita masuk ke satu lubang 'loss' yang sama untuk masa akan datang. Wassalam!

Sunday, April 12, 2009

Pentingnya Kawalan Minda

Selain kita sibuk mengutamakan sistem mana yang menguntungkan atau bagaimana nak entry 'buy' atau 'sell', satu perkara yang tidak diambil berat oleh kebanyakan pedagang ialah tentang mengawal minda kita semasa berurus niaga. Ini adalah kita sendiri yang memutuskan risiko sama ada melaksanakan atau tidak sesuatu urus niaga. Jika kita berpendapat bahawa risiko adalah terlalu tinggi atau peluang keuntungan adalah terlalu rendah, elakkan sahaja dagangan tersebut.Peluang yang lain akan muncul juga, dan kita tidak boleh memaksa diri untuk berurus niaga. Oleh itu, amat penting kita tahu untuk mengendalikan minda kita sebelum berurus niaga. Pengendalian minda anda adalah satu topik yang dibincangkan oleh Dr Van Tharp seperti yang terkandung dalam bukunya yang bertajuk Markets Wizard ( seperti yang saya nyatakan dulu, buku ini boleh dipinjam di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya, jika berdekatan). Dalam temuduga seperti yang terkandung dalam buku tersebut, beliau telah mendedahkan sebuah formula berkesan untuk kawalan minda yang berkesan, sepertimana yang dipraktikan oleh pedagang-pedagang terhebat di dunia. Formula ini terdiri daripada tiga bahagian: 1) Cari satu kaedah yang memberikan anda kelebihan dagangan. 2) Pastikan bahawa kaedah ini berkesan dengan mengaplikasikannya kepada rekod silam. 3) Tarik picu dan laksanakan dagangan tersebut. Semoga ia dapat membantu rakan-rakan semua. Wallahulam!

Friday, April 10, 2009

Rezeki BDB H1 EURUSD

Minggu ni sibuk dengan urusan kerja, sempat trading 2 kali saja lah. Salah satu ni terserempak BDB TFH1 di EU.Alhamdulillah!Lepas modal tukar 4 tayar..huhu

Sunday, April 5, 2009

Bukan Lagi Rahsia Ingin Profit

Siapa yang boleh menjamin keuntungan setiap trading kita selain ketentuan daripada Allah SWT. Tetapi itu bukan alasan untuk kita menyerah kepada takdir semata-mata tanpa melihat di mana kesilapan sama yang telah kita lakukan berkali-kali. Apa puncanya, keuntungan minggu lepas lebur pada minggu ini? Kalau seorang itu, menjual nasi lemak dan mencatat keuntungan yang lumayan tiba-tiba perniagaannya merudum, kenapa? Segala kemungkinan boleh berlaku seperti harga naik, kualiti yang semakin kurang kerana ingin untung lebih, pengurusan kewangan lemah,lokasi tidak lagi strategik dan sebagainya.Apa jua perniagaan, kesilapan atau kealpaan kita akan mengundang padah. Oleh itu, baik kita teruskan dengan Setup Entry kita yang sudah memberi keuntungan, pengurusan wang dan disiplin yang stabil seperti mana yang kita lakukan pada minggu sebelumnya. Oleh itu, rahsia untuk kita kekal keuntungan ialah dengan menurut sistem yang kita yakini dan analisa pergerakan harga semasa pasaran.Jika ia bertepatan dengan apa yang kita rancangkan, apa tunggu lagi untuk Buy atau Sell.Tetapi jika dalam situasi teragak-agak dan tiada keyakinan, baik tutup dulu chart dan lakukan aktiviti lain yang bermanafaat.

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP