Friday, September 5, 2008

NOTA TAMBAHAN URUS NIAGA DI TF M5

Thursday, September 4, 2008

Disiplin Diri: Sukar dan Susah?

No Discipline!!! Sukar atau susah atau payah untuk kita ikuti dalam kehidupan seharian kita? Sebut Disiplin pun dah cukup membuatkan kita rasa tidak selesa dari zaman sekolah hingga zaman bekerja. Dalam konteks 'trading' forex pula, ia juga sama dan perlukan komitmen yang jitu dalam diri. Apa yang berlaku kepada diri saya sendiri juga, apabila 2 trading terakhir telah tersilap langkah dalam mengikuti disiplin sistem yang diatur dengan baik. Ia berlaku apabila ada 'gangguan' dalam tugasan-tugasan lain dan situasi yang tidak selesa untuk 'trading'.Dan inilah yang amat dibimbangi jika beterusan diamalkan dan boleh menjejaskan konsistensi dalam 'trading' selanjutnya. Walau bagaimanapun, setelah laporan 'trading' ( backtest ) dibuat dan dikenalpasti puncanya. ia memberi pengalaman dan pengajaran yang bermakna. Dan ia menjadi amaran keras untuk diri sendiri agar jangan mengulanginya. Dan sifat manusia yang seringkali lupa atau alpa ini perlu dikejutkan suisnya.Dan sebagai langkah cadangan kita perlu membuat revisi atau semakan setiap kali selepas 'trading' tidak kira sama ada ia memberi 'profit' atau 'loss' kerana ia akan memberi kita gambaran tahap pencapaian kita.Ini juga akan membuatkan kita lebih berhati-hati pada masa akan datang. Salam Ramadhan !

Wednesday, September 3, 2008

Lama Tak Kira ( EURUSD Hari Ini )

Lama tak buat kiraan wave, ini sebagai panduan semata-mata. yang penting entry dengan signal masing-masing.Kalau ikut trend, masih lagi downtrend.

Tuesday, September 2, 2008

Bina Impian Gapai Impian

Salam Ramadhan buat semua,semoga ibadah kita dibulan yang mulia ini akan diterima dan mendapat keberkatan Allah SWT. Bina Impian Gapai Impian, ia adalah fokus kepada diri sendiri dan rakan-rakan trader FX. Sesungguhnya perniagaan ini bukan sesuatu yang mudah dan acapkali kita diberitahu bahawa lebih 90% trader tersungkur. Dalam apa jua yang kita lakukan, jika kita fokus, Insyallah ia akan memberikan kita sesuatu yang kita impikan.Itulah yang sedang diusahakan dan akan terus berusaha. Seorang penulis hebat, Stephen Convey dalam bukunya Seven Habits of Successful People menyebut pada bab yang terakhir satu tip penting iaitu " Tajamkan Gergaji".Apakah yang dimaksudkan oleh beliau? Maksudnya kita perlu sentiasa berjaga-jaga dan memastikan setiap keupayaan diri kita "berfungsi".Manusia adalah makhluk yang pelupa dan cepat lalai.Sekiranya hari ini kita seorang yang pandai berpidato,lima tahun lagi belum tentu kita memiliki kehebatan yang sama sekiranya kita tidak mengasah 'gergaji' kita. Begitulah halnya kita sebagai trader,perlu sentiasa mengasah 'gergaji' kita dengan bertujuan memantapkan lagi prestasi kita. Saya percaya kebanyakan daripada kita adalah "part time trader", jadi kenapa kita masih menceburi perniagaan ini? Ia sudah tentu kerana kita inginkan perubahan dalam kehidupan kita seperti mana rakan-rakan lain yang menyertai perniagaan internet, MLM,trading dan sebagainya. Masing-masing mempunyai impian, seperti memiliki sebuah rumah yang selesa, memandu kereta idaman, memberi kemewahan kepada anak isteri, mengerjakan umrah dan haji,memiliki akaun kewangan yang stabil dan sebagainya.Adakah semua ini mustahil untuk dicapai? Berapa ramai yang sudah melakukannya dengan hasil forex? Pada peringkat permulaan modal bukan menjadi persoalan, yang penting kita mengutip pengalaman dan yang paling penting ialah ILMU untuk mengutip profit yang konsisten ( tidak semestinya ratusan pips sehari ).Selepas kita mempunyai keyakinan dengan diri sendiri dan sistem yang kita gunakan....ayuh!mulakan sasaran kita mencapai impian-impian tersebut.Yang penting kita PERCAYA kepada diri sendiri, market dan sistem.Oleh itu,kita mestilah mempunyai target atau perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk kita berjaya dalam bidang ini. Semoga kita semua akan dapat mencapai matlamat yang kita sasarkan. Dan tiada orang lain yang mampu mengubah pendirian kita selain diri kita sendiri ingin berubah. "Tentukan matlamat kita yang realistik"

Saturday, August 30, 2008

Ulangkaji Dengan Live Trading

( Perhatikan kedudukan Price dengan Alligator di Semua TF di atas dan juga perhatikan momentum AO ( merah ) yang kesemuanya berada di bawah 0 )
Alhamdulillah ini ialah trading saya terakhir ( 28hb ) di bulan ogos 2008 ini, kerana pada hari semalam 29hb Ogos tidak dapat 'trade' kerana kesibukan dengan tugasan lain. Dan walaupun pada bulan ogos ini jumlah 'entry' sebanyak 29 kali dan loss sekali dengan 37 pips ( percubaan entry di M15).Sesuatu yang biasa bagi 'trader' part time ini, hanya mampu analisa dan entry ketika waktu yang terluang dan sesuai untuk 'trading'.Walau bagaimanapun ia tidak dapat menghalang kita untuk mengutip profit.Kita analisa dan 'entry' pada saat yang sesuai sahaja, janji kita beroleh analisa yang tepat dan profit.Tak semestinya setiap hari sesuai untuk kita beurus niaga.Insyallah, di bulan ramadhan nanti, waktu trading kena sesuaikan dengan aktiviti harian di bulan yang mulia ini. Insyallah kita beroleh pips profit untuk bekalan raya nanti..amiinnn!

Wednesday, August 27, 2008

Ulangkaji Teknik Menabung

Ulangkaji ini disebabkan ada dikalangan rakan-rakan yang menggunakannya agak keliru dengan kaedah untuk 'entry'.Jika diikutkan ia bukan entry dengan cara : 1- BDB Divergence 2- Fractal Breakout Ini merupakan cara yang saya gunakan alternatif kepada 2 entry di atas.Dan target profit pun hanya antara 10-20 pips sahaja. Apabila 'entry buy', pastikan trend besar seperti H4 dan H1. Dan apabila 'entry', pastikan harga berada di atas Alligator di M5/M15/H1.Dan AO pun hijau yang berada di atas 0.Dan pastikan juga momentum trend semasa dan jika AO yang wujud di M15 contohnya tidak kuat, maka jangan ambil apa-apa 'entry'.
Oleh itu, pastikan : 1- Harga di atas alligator (BUY) & bawah alligator (SELL) 2- AO Hijau atas 0 (BUY) & AO merah bawah 0 (SELL) 3- Lihat momentum semasa di AO.

Monday, August 25, 2008

Ulang Ulang Ulang Kaji

Part ni yang agak kita berat sikit...dari zaman sekolah ke zaman kolej atau zaman U atau mungkin hingga zaman kerjaya....ulangkaji ni agak sukar untuk dilakukan.Sebagai 'Wiseman Trader' kita perlu dan rasanya wajib untuk kita ulangkaji setiap topik yang terkandung dalam Buku Trading Chaos. 'Wiseman Trader' bukan bergantung kepada sistem semata-mata, oleh itu bahagian awal berkenaan psikologi trading perlu diambil berat dan difahami dengan sebaik-baiknya.Saya pun kena baca berulang kali agar ia melekat dalam 'minda bawah sedar' ini. Begitu juga dengan 'Teknik Menabung', kejayaan untuk meraih profit bukan bergantung kepada sistem bagaimana ia berfungsi semata-mata. Kemampuan 'trader' untuk memahami situasi market dan juga kekuatan emosi amatlah penting.Dan bukan mudah untuk kita beroleh sesuatu dengan sekelip mata sahaja. Ia perlu usaha keras jika kita berkeinginan untuk sukses dalam perniagaan forex ini. Dan kita bukan "main forex" tetapi kita "Bisnes Forex".Harap kita pakat ubah dari menyebut ulangkali "main berapa pips", "tak main ka malam ni" atau "main forex".Kalau main, memang main-main la.Sedangkan dalam akaun itu adalah "Duit USD Betul Bukan Cobaaan" kita.

Saturday, August 23, 2008

Teknik Menabung Trading Chaos II

Friday, August 22, 2008

Teknik Menabung Trading Chaos!

Salam Hormat, Dulu bila saya entry buy sahaja, price turun bila entry sell price naik. KENAPA? PLATFORM ni TIPU KA? Kerana saya pada masa itu TIDAK peka bahawa urus niaga di Forex ini juga seperti urusan lain mempunyai MASA atau "Time Frame" nya.Dan apa lagi kalau emosi yang tidak kuat, maka kebanyakan kita akan Cut Loss apabila Floating. Contohnya :Kita entry BUY di TF H1, sedangkan di TF kecil seperti M5 atau M15 dalam trend Down. Maka kita akan floating lah dalam sekitar 20 atau 30 atau sebagainya. Jadi bagi yang tak tahan tengok floating...segelintir mungkin...maka dengan bantuan rakan-rakan trader lain ( Thanks Azie) mencadangkan kenapa tidak entry di M1 sahaja.Walaupun ia agak kelam kabut(bagi yang tak suka),tetapi ia telah mewujudkan satu urus niaga yang minima floating, setakat ini sekitar 4-6 pips dan terus profit. Dan kita perlu ingat, kita berada di TF M1, jadi Target Profit pun kena sesuai dengan TF ini. Maka dicadangkan hanya 10 pips sahaja.Oleh itu,cara ini kita ambil profit bukan pips. Kalau yang minat trade 100-200 pips sekali masuk...kena lupakan kaedah ini. Ini yang menjadikan akaun semakin OK kerana ia boleh dikategorikan Teknik Menabung. Walaupun 10 pips, tetapi kalau peluang entry contohnya 3 kali sahaja dalam sehari, maka kita telah mengumpul 30 pips dengan kadar minima floating. Dan perlu diingatkan sebelum entry di M1 ini,pastikan pengesahan Trend sama (sehala) di TF M5 dan TF M15 dan seeloknya juga pastikan trend di H1. Dan lihat momentum AO seperti contoh di chart di atas.Jangan entry BUY jika AO M1 sudah panjang peak, tunggu seperti contoh di atas. Dan 'pair' yang dicadangkan ialah hanya di EU atau GU sahaja.Bagi yang taksub GJ ( takleh lerrr..hehehe).Tapi apa yang kita cari setiap hari apabila 'trading'..fikir-fikirkan.....!Dan setiap hujung bulan kita ingin withdraw sahaja profit kita...jadi fikir-fikirkan di gelanggang mana yang sesuai bagi kita dan mengurangkan risiko modal, fizikal dan emosi kita..hmmmm! Contohnya: kalau acara angkat berat dan berat badan kita 70KG...sesuai di kategori mana...middleweight,lightweight atau heavyweight. Walau bagaimanapun, kita entry di M1 dan jika kita rasa boleh bertahan dan melihat alligator M5 atau M15 masih di landasan trend yang betul maka kita boleh exit menggunakan Green Line SCO di TF M5 atau M15. Jadi terpulang kepada masing-masing punya cara, ini sebagai cadangan sahaja.
PASTIKAN PRICE DI M1 / M5 / M15 DILUAR ALLIGATOR YANG SAMA ARAH.
( makluman : ini hanya salah satu kaedah 'trading' saya sahaja,tertakluk kepada masing-masing punya pemahaman dan kepercayaan ) * selepas ini kita trading di M5 pula...to be continue...kira favourite TF la..

Thursday, August 21, 2008

Contoh Entry Wiseman Trader

Ini sebagai panduan entry signal & add on signal 1 ) Bearish Divergent Bar With Angulation 2 ) Wiseman Fractal ( add on signal selepas bdb divergent ) 3 ) Super AO apabila berlaku perubahan warna AO ( 3rd Consecutive RED bar ) 4 ) Breakout Fractal ( bawah alligator ) ( segala teguran dialu-alukan )

Wednesday, August 20, 2008

Contoh Entry & Exit Signal

Contoh trade di M5 EURUSD yang boleh menghasilkan pips profit dengan Trading Chaos.Sebelum entry biasa saya pastikan trend di M15 & H1 sehala dengan M5 untuk saya entry.

Percaya

Sepanjang kita melibatkan diri dalam dunia perniagaan Forex ini, adakah terkeluar daripada suara hati atau mulut kita bahawa " aku dah bosan dengan forex nih" atau " sistem ni nak kena tukar lagi la" atau " betul ka indikator ni, asyik bagi false signal saja ".Semua itu adalah kenyataan negatif yang terkeluar dari diri kita sendiri. Dalam mempelajari Trading Chaos, rasanya ia agak berbeza dengan pembelajaran lain-lain " trading system" kerana Bill William mengajar topik-topik awal tentang sistem ini ialah tentang psikologi trading seperti mengenali diri sendiri dan juga market. Seperti saya dahulu, apabila belajar Trading Chaos, saya telah skip topik pembelajaran terus kepada mengenali alligator, AO, cara entry dan juga exit signal. Kenapa ia berlaku begitu? Bagi saya yang mula-mula mengenali perniagaan ini dahulu, kemungkinan hanya melihat forex ini hanyalah melibatkan urusan jual beli, untung rugi dan sebagainya.Walhal, forex itu sendiri menjangkau lebih daripada itu, dan ia melibatkan keseluruhan kehidupan kita sendiri. Percaya!...hanya satu perkataan yang ingin dikongsikan bersama, tetapi ia memberi kesan yang cukup besar kepada setiap apa yang kita lakukan termasuk dalam urusan trading kita.Kalau kita tak percaya bahawa kita akan berjaya dan profit dalam urusan trading forex kita, maka sudah tentu kita tidak menyertai perniagaan ini atau kita awal-awal tarik diri. Secara ringkasnya, kepercayaan kita kepada market dan juga sistem trading yang kita gunakan akan mempengaruhi prestasi kita dalam perniagaan ini.Kepercayaan kita boleh berubah dan ia akan merubah apa yang kita akan lakukan dan juga prestasi trading. Untuk mempercayai market dan sistem yang kita gunakan,kita perlu mengenali hati budi, intipati dan juga memahami dengan sebaik-baiknya sebelum kita mengambil apa-apa keputusan.

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP