Saturday, April 25, 2009

Wiseman Fractal

Salah satu 'entry position' dalam Trading Chaos ialah Wiseman Fractal sama ada ia 'BUY' atau 'SELL". Cuma apa yang perlu diingatkan ialah posisi ini hanyalah tambahan dan bukan bila wujud wiseman fractal kita terus PO kerana ia mesti BDB wujud terlebih dahulu. Wiseman Fractal ini tidak sama dengan Breakout Fractal kerana ia boleh wujud semasa dalam alligator dan biasa selepas wujud Super AO seperti dalam contoh chart di sebelah.Contoh entry di pair GJ: 1 tick daripada harga LOW di bar Wiseman Fractal tersebut.Katakan harganya 142.83, maka PO kita ialah 142.82. Semoga nota ini dapat membantu anda dalam urus niaga nanti. Segala teguran atau komen daripada anda amat dialu-alukan untuk memantapkan lagi skil urus niaga kita bersama.

Thursday, April 16, 2009

Kesilapan Yang Bermakna

Kesilapan mengambil 'entry' adalah suatu lumrah dan biasa berlaku terutama apabila 'trader' dalam situasi tertekan atau lama menunggu 'setup' yang biasa tidak kunjung tiba. Walau bagaimanapun ia bukanlah suatu episod yang perlu kita kesali, kerana daripada suatu kesilapan ia akan mengajar kita apa itu 'entry' yang berkualiti atau tidak. Tetapi kita haruslah berpada-pada kerana 'Stop Loss' masih menjadi suatu kewajipan untuk kita hadkannya berdasarkan kemampuan kita. Seperti penulisan-penulisan yang lepas, rahsia untuk kita kekal lama dalam bisnes ini ialah cepat untuk kita memotong kerugian dan membiarkan keuntungan bergerak sejauh mana yang mungkin. Sebagai 'wiseman trader', posisi masuk kita ialah dengan BDB dan juga Fractal Breakout. Oleh itu, jika kita menjadi seorang yang terlalu 'takut' untuk mengambil sebarang risiko, maka kita akan sentiasa dibayangi dengan 'rasa takut' yang tiada kesudahannya. Oleh itu, sebarang kesilapan atau kegagalan meraih keuntungan dengan BDB ( Gambling Phase ) ini, maka ia diberi penekanan agar kita tidak mengulanginya pada sesi urus niaga yang akan datang. Oleh itu, sebagai cadangan, kita perlu membuat nota peribadi berserta 'screenshot' agar kita mudah faham. Contoh kesilapan yang pernah saya lakukan ialah mengambil posisi buy BDB di M15 tetapi trend di TF H1 masih lagi kuat untuk turun ( rujuk kepada alligator dan AO ), ini dinamakan 'parallel market' dan jika dilihat semula, BDB tersebut tiada 'angulation' yang baik untuk kita memasang PO di BDB tersebut. Apa pun, ia menjadi suatu ingatan dan jangan kita masuk ke satu lubang 'loss' yang sama untuk masa akan datang. Wassalam!

Sunday, April 12, 2009

Pentingnya Kawalan Minda

Selain kita sibuk mengutamakan sistem mana yang menguntungkan atau bagaimana nak entry 'buy' atau 'sell', satu perkara yang tidak diambil berat oleh kebanyakan pedagang ialah tentang mengawal minda kita semasa berurus niaga. Ini adalah kita sendiri yang memutuskan risiko sama ada melaksanakan atau tidak sesuatu urus niaga. Jika kita berpendapat bahawa risiko adalah terlalu tinggi atau peluang keuntungan adalah terlalu rendah, elakkan sahaja dagangan tersebut.Peluang yang lain akan muncul juga, dan kita tidak boleh memaksa diri untuk berurus niaga. Oleh itu, amat penting kita tahu untuk mengendalikan minda kita sebelum berurus niaga. Pengendalian minda anda adalah satu topik yang dibincangkan oleh Dr Van Tharp seperti yang terkandung dalam bukunya yang bertajuk Markets Wizard ( seperti yang saya nyatakan dulu, buku ini boleh dipinjam di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya, jika berdekatan). Dalam temuduga seperti yang terkandung dalam buku tersebut, beliau telah mendedahkan sebuah formula berkesan untuk kawalan minda yang berkesan, sepertimana yang dipraktikan oleh pedagang-pedagang terhebat di dunia. Formula ini terdiri daripada tiga bahagian: 1) Cari satu kaedah yang memberikan anda kelebihan dagangan. 2) Pastikan bahawa kaedah ini berkesan dengan mengaplikasikannya kepada rekod silam. 3) Tarik picu dan laksanakan dagangan tersebut. Semoga ia dapat membantu rakan-rakan semua. Wallahulam!

Friday, April 10, 2009

Rezeki BDB H1 EURUSD

Minggu ni sibuk dengan urusan kerja, sempat trading 2 kali saja lah. Salah satu ni terserempak BDB TFH1 di EU.Alhamdulillah!Lepas modal tukar 4 tayar..huhu

Sunday, April 5, 2009

Bukan Lagi Rahsia Ingin Profit

Siapa yang boleh menjamin keuntungan setiap trading kita selain ketentuan daripada Allah SWT. Tetapi itu bukan alasan untuk kita menyerah kepada takdir semata-mata tanpa melihat di mana kesilapan sama yang telah kita lakukan berkali-kali. Apa puncanya, keuntungan minggu lepas lebur pada minggu ini? Kalau seorang itu, menjual nasi lemak dan mencatat keuntungan yang lumayan tiba-tiba perniagaannya merudum, kenapa? Segala kemungkinan boleh berlaku seperti harga naik, kualiti yang semakin kurang kerana ingin untung lebih, pengurusan kewangan lemah,lokasi tidak lagi strategik dan sebagainya.Apa jua perniagaan, kesilapan atau kealpaan kita akan mengundang padah. Oleh itu, baik kita teruskan dengan Setup Entry kita yang sudah memberi keuntungan, pengurusan wang dan disiplin yang stabil seperti mana yang kita lakukan pada minggu sebelumnya. Oleh itu, rahsia untuk kita kekal keuntungan ialah dengan menurut sistem yang kita yakini dan analisa pergerakan harga semasa pasaran.Jika ia bertepatan dengan apa yang kita rancangkan, apa tunggu lagi untuk Buy atau Sell.Tetapi jika dalam situasi teragak-agak dan tiada keyakinan, baik tutup dulu chart dan lakukan aktiviti lain yang bermanafaat.

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP