Sama ada ia relevan atau tidak, rasanya perkara-perkara ini wajar kita praktikkan sebelum Open Position:1- Pastikan diri dalam keadaan relaks, tidak sibuk,tiada komitmen lain yang boleh mengganggu tumpuan.
2- Jangan trade ketika emosi terganggu seperti baru lepas bergaduh ka,tension atau sebagainya.
3- Seeloknya kalau belum solat,bagus tunaikan dulu yang wajib,mandi dan keadaan meja atau bilik atau tempat trade yang selesa.
4- Jiwa raga kita fokus pada market dan buat analisis mengikut kebiasaan trader seperti kiraan wave, trend market dan sebagainya.
5- Lagi bagus mempunyai diari trading yang merupakan catatan trade harian kita.Dan ia boleh dijadikan nota atau rujukan pada masa akan datang.
6- Jika masih ragu-ragu dan takut atau tak yakin dengan situasi market, tutup komputer dan buat kerja lain atau ulangkaji nota sistem trade atau berkaitan forex atau apa saja.
7- Bukalah OP dengan lafaz basmallah dan bertawakal selepas kita puas hati dengan analisis kita.Dan jangan lagi ragu-ragu atau menyesal di atas tindakan kita masuk market ketika itu.Fikir sebelum Trade!(peringatan untuk aku jugak!)Tambahan :* Lagi baik kita mempunyai rakan 1-2 orang atau lebih sebagai rakan diskusi forex yang mana kita boleh share atau bertanya pendapat atau berkongsi problem.Sekurang-kurangnya kita mempunyai seseorang yang boleh memberi semangat atau input untuk kita di waktu-waktu genting atau lapang.
0 comments:
Post a Comment