Resistance & Support : Jangan abaikan
Oleh itu, jika menyedari harga sudah naik dan menghampiri resisten, maka perlulah berhati-hati untuk membuka post lewat.
Posted by WZWY at 9:17 AM 0 comments
Posted by WZWY at 10:55 AM 2 comments
Posted by WZWY at 3:12 PM 0 comments
Posted by WZWY at 11:14 PM 0 comments
Posted by WZWY at 10:23 AM 3 comments
Posted by WZWY at 8:28 AM 1 comments
Ini adalah email saya kepada Ustaz Zamerey :
Assalamualaikum,
Ustaz, Saya Wan Zayuhisham Wan Yusoff @onerich mengenali ustaz melalui forum Carigold. Isu yang masih menjadi tanda tanya sejak beberapa bulan kebeakangan ini tentang sumber rezeki saya melalui FOREX. Saya mula belajar dan mencebur diri dalam perniagaan ini sejak Julai 2007 hingga sekarang. Sejak timbul isu HALAL dan HARAM dalam perniagaan ini, saya jadi keliru mana satu yang betul atau sebaliknya. Saya ingin mencari seorang yang tahu bidang agama dan juga FOREX ini untuk meleraikan kekusutan ini.
Oleh itu, saya ingin kepastian dan minta bantuan ustaz ADAKAH PENIAGAAN FOREX INI HALAL DI SISI ISLAM ATAU SEBALIK. Jika ia diharamkan, maka saya perlu berhenti segera. Dan jika sebaliknya, maka saya akan teruskan lagi.
* saya berurusniaga secara ONLINE dengan Broker INTERBANK yang berpusat di New York.
* Saya juga sudah berbual melalui telefon dan menasihati saya BERHENTI.
* Itulah membuatkan saya termenung sejenak memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk hari-hari mendatang.
* Ustaz Zemerey adalah Head of Shariah, Asian Finance.
* Boleh try tengok sini
Blog Forex saya : http://onerich.blogspot.com
Email Jawapan Ustaz Zamerey :
Waalaikumussalam,
En Wan Zayuhisham Wan Yusoff,
Semoga kita semua dirahmati Allah swt.
Saya amat berbangga dengan Tuan yang sudi mempastikan halal dan haram dalam urusan FOREX sekalipun pendapatanya lumayan. Setakat kajian yang telah saya lakukan, hujjah mengatakan FOREX yang dilakukan oleh traders untuk tujuan mendapat untung hasil pergerakan turun naik harga adalah haram kerana mempunyai unsur-unsur al-Najash & al-Ihtitakar yang ditegah oleh Rasulullah saw.
Apatah lagi jika terlibat dengan leverage. Akademi Feqh Islam Rabitah al-alam al-islami yang berpusat di Mekkah al-Mukarramah telah memutuskan bahawa hukum penggunaan leverage adalah haram.
Saya secara peribadi berpegang kepada pandangan ini. Jika Tuan ingin penjelasan lebih detail, saya cadangkan kita berdiskusi secara berdepan demi mencari kebenaran dan menjauhkan diri kita semua dari perkara haram @ syubhah.
Oleh itu apa pandangan saudara-saudara trader?
Posted by WZWY at 5:07 PM 10 comments
Posted by WZWY at 9:25 AM 4 comments
Agak lama tidak kemaskini blog ini, walau bagaimanapun rasanya pengisian yang ada di blog sudah memadai bagi sesiapa yang ingin mengetahui dan memahami secara amaturnya Trading Chaos.
Banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini dan menjadikan tuan tanah pun keliru dan keluar mencari ketenangan dan petunjuk.
Sebagai tanda mata dan perkongsian ilmu dengan rakan-rakan, di sini saya sarankan tuan-tuan membeli, membaca dan menghayati apa yang terkandung di dalam buku hasil tulisan saudara Zul Ramli M.Razali. Buku ini sangat bagus dan sesuai sebagai panduan kita. Di dalam buku ini telah membangkitkan rasa cinta dan kasih terhadap Allah swt dengan cara penyampaian yang cukup mudah dan berkesan. Ia adalah himpunan hadis-hadis qudsi tetapi disampaikan kepada pembaca dengan kaedah yang cukup menarik. Antara tajuk yang terkandung di dalam buku ini ialah 1) Manusia yang mempunyai arah akan menguasai nasib dan gaya hidupnya. 2) Untuk jaid hebat tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri. 3) Ibadah bukan beban, ia hadiah terindah daripada Allah. 4) Tidurlah bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan 5) Orang dungu hanya tahu setelah terkena 6) Lihatlah apa yang kita lihat, fikir apa yang kita fikir. 7) Bukan semua yang disukai memberikan kesukaan akhirnya 8) Jika hati membisik:Bolehkah aku berubah? Katakan: Tidak! Kepada soalan itu.
Ada 40 tajuk-tajuk yang menarik untuk kita baca dan jadikan panduan dunia dan akhirat. Ia adalah terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd dan rasanya terdapat dikedai-kedai buku seperti MPH dan yang berdekatan.Insyallah!
Posted by WZWY at 8:26 PM 3 comments
© Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP