Thursday, August 11, 2011
Monday, January 4, 2010
Waspada Skim Dagangan Mata Wang Asing Haram: BNM
Posted by WZWY at 3:12 PM 0 comments
Tuesday, December 29, 2009
Buku Catatan/Nota
Posted by WZWY at 11:14 PM 0 comments
Saturday, October 24, 2009
Moving Average 100?
Posted by WZWY at 10:23 AM 3 comments
Thursday, October 22, 2009
Entri Baru Selepas Menyepi
Ketika 'balik kampung' pada minggu lepas, sempat berjumpa beberapa orang 'trader' dan "IB", iklim perniagaan ini masih lagi berjalan lancar dan muncul muka-muka baru ingin mencuba asam garam kehidupan sebagai 'forex trader'. Secara jujurnya dikatakan oleh seorang "IB", ramai yang melakukan depo ke akaun berbanding 'withdraw'. Oleh itu, terpulang atas kebijaksanaan masing-masing untuk mengutip keuntungan atau sebaliknya.
Posted by WZWY at 8:28 AM 1 comments
Tuesday, August 18, 2009
MENCARI KEBENARAN
Ini adalah email saya kepada Ustaz Zamerey :
Assalamualaikum,
Ustaz, Saya Wan Zayuhisham Wan Yusoff @onerich mengenali ustaz melalui forum Carigold. Isu yang masih menjadi tanda tanya sejak beberapa bulan kebeakangan ini tentang sumber rezeki saya melalui FOREX. Saya mula belajar dan mencebur diri dalam perniagaan ini sejak Julai 2007 hingga sekarang. Sejak timbul isu HALAL dan HARAM dalam perniagaan ini, saya jadi keliru mana satu yang betul atau sebaliknya. Saya ingin mencari seorang yang tahu bidang agama dan juga FOREX ini untuk meleraikan kekusutan ini.
Oleh itu, saya ingin kepastian dan minta bantuan ustaz ADAKAH PENIAGAAN FOREX INI HALAL DI SISI ISLAM ATAU SEBALIK. Jika ia diharamkan, maka saya perlu berhenti segera. Dan jika sebaliknya, maka saya akan teruskan lagi.
* saya berurusniaga secara ONLINE dengan Broker INTERBANK yang berpusat di New York.
* Saya juga sudah berbual melalui telefon dan menasihati saya BERHENTI.
* Itulah membuatkan saya termenung sejenak memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk hari-hari mendatang.
* Ustaz Zemerey adalah Head of Shariah, Asian Finance.
* Boleh try tengok sini
Blog Forex saya : http://onerich.blogspot.com
Email Jawapan Ustaz Zamerey :
Waalaikumussalam,
En Wan Zayuhisham Wan Yusoff,
Semoga kita semua dirahmati Allah swt.
Saya amat berbangga dengan Tuan yang sudi mempastikan halal dan haram dalam urusan FOREX sekalipun pendapatanya lumayan. Setakat kajian yang telah saya lakukan, hujjah mengatakan FOREX yang dilakukan oleh traders untuk tujuan mendapat untung hasil pergerakan turun naik harga adalah haram kerana mempunyai unsur-unsur al-Najash & al-Ihtitakar yang ditegah oleh Rasulullah saw.
Apatah lagi jika terlibat dengan leverage. Akademi Feqh Islam Rabitah al-alam al-islami yang berpusat di Mekkah al-Mukarramah telah memutuskan bahawa hukum penggunaan leverage adalah haram.
Saya secara peribadi berpegang kepada pandangan ini. Jika Tuan ingin penjelasan lebih detail, saya cadangkan kita berdiskusi secara berdepan demi mencari kebenaran dan menjauhkan diri kita semua dari perkara haram @ syubhah.
Oleh itu apa pandangan saudara-saudara trader?
Posted by WZWY at 5:07 PM 10 comments
Thursday, August 13, 2009
Masih Ada Di Sini
Posted by WZWY at 9:25 AM 4 comments
Sunday, June 14, 2009
U-Turn Ke Jalan Lurus
Agak lama tidak kemaskini blog ini, walau bagaimanapun rasanya pengisian yang ada di blog sudah memadai bagi sesiapa yang ingin mengetahui dan memahami secara amaturnya Trading Chaos.
Banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini dan menjadikan tuan tanah pun keliru dan keluar mencari ketenangan dan petunjuk.
Sebagai tanda mata dan perkongsian ilmu dengan rakan-rakan, di sini saya sarankan tuan-tuan membeli, membaca dan menghayati apa yang terkandung di dalam buku hasil tulisan saudara Zul Ramli M.Razali. Buku ini sangat bagus dan sesuai sebagai panduan kita. Di dalam buku ini telah membangkitkan rasa cinta dan kasih terhadap Allah swt dengan cara penyampaian yang cukup mudah dan berkesan. Ia adalah himpunan hadis-hadis qudsi tetapi disampaikan kepada pembaca dengan kaedah yang cukup menarik. Antara tajuk yang terkandung di dalam buku ini ialah 1) Manusia yang mempunyai arah akan menguasai nasib dan gaya hidupnya. 2) Untuk jaid hebat tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri. 3) Ibadah bukan beban, ia hadiah terindah daripada Allah. 4) Tidurlah bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan 5) Orang dungu hanya tahu setelah terkena 6) Lihatlah apa yang kita lihat, fikir apa yang kita fikir. 7) Bukan semua yang disukai memberikan kesukaan akhirnya 8) Jika hati membisik:Bolehkah aku berubah? Katakan: Tidak! Kepada soalan itu.
Ada 40 tajuk-tajuk yang menarik untuk kita baca dan jadikan panduan dunia dan akhirat. Ia adalah terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd dan rasanya terdapat dikedai-kedai buku seperti MPH dan yang berdekatan.Insyallah!
Posted by WZWY at 8:26 PM 3 comments
Sunday, May 10, 2009
Wednesday, May 6, 2009
Monday, May 4, 2009
Friday, May 1, 2009
STOP LOSS
Dilema Stop Loss rasanya berlaku kepada kebanyakan trader termasuk saya dahulu, apabila selepas 'entry position' dan harga berlawanan dengan 'entry' kita tadi, maka berlakulah 'hold floating' dan akhirnya ia menjadi satu kanser dan menyebabkan akaun tersebut tidak dapat bertahan lama. Sepatut loss 30-50 pips tetapi berakhir dengan 'cut loss' 100-200 pips.
Apa yang saya amalkan sekarang sebagai Wiseman Trader, SL adalah suatu perkara yang wajib seperti contoh di atas, oleh itu saya dapat minimakan loss pada setiap 'entry'.
Sebagai panduan berdasarkan apa yang saya amalkan dan pelajari, setiap perancangan untuk kita 'entry position', kita mesti terlebih dahulu meletakkan berapa sanggup tanggung rugi atau Stop Loss dan bukannya meletakkan 'target profit' yang bakal kita ambil.Tidak kiralah apa jua teknik yang kita gunakan, Stop Loss ini adalah sesuatu yang perlu ( mungkin sesetengah 'trader' lain pemahamannya), bagi saya sanggup tanggung rugi sekitar 2%-5% adalah lingkungan peratusan yang wajar bagi melindungi akaun kita berada dalam situasi yang kritikal. Pada saya, biarlah kita rugi 'entry' kali ini 30-50 pips kerana pasaran akan terus bergerak dan kita boleh berurus niaga semula dan 'cover' kerugian tersebut dan mungkin mencapai 'profit' pula. " SELALU INGATKAN DIRI, JIKA INGIN BERTAHAN LAMA DALAM BISNES INI, KITA PERLU CEPAT POTONG KERUGIAN DAN BUKANNYA CEPAT POTONG KEUNTUNGAN".
Wallahualam!
Posted by WZWY at 8:34 AM 0 comments







