Ini adalah email saya kepada Ustaz Zamerey :
Assalamualaikum,
Ustaz, Saya Wan Zayuhisham Wan Yusoff @onerich mengenali ustaz melalui forum Carigold. Isu yang masih menjadi tanda tanya sejak beberapa bulan kebeakangan ini tentang sumber rezeki saya melalui FOREX. Saya mula belajar dan mencebur diri dalam perniagaan ini sejak Julai 2007 hingga sekarang. Sejak timbul isu HALAL dan HARAM dalam perniagaan ini, saya jadi keliru mana satu yang betul atau sebaliknya. Saya ingin mencari seorang yang tahu bidang agama dan juga FOREX ini untuk meleraikan kekusutan ini.
Oleh itu, saya ingin kepastian dan minta bantuan ustaz ADAKAH PENIAGAAN FOREX INI HALAL DI SISI ISLAM ATAU SEBALIK. Jika ia diharamkan, maka saya perlu berhenti segera. Dan jika sebaliknya, maka saya akan teruskan lagi.
* saya berurusniaga secara ONLINE dengan Broker INTERBANK yang berpusat di New York.
* Saya juga sudah berbual melalui telefon dan menasihati saya BERHENTI.
* Itulah membuatkan saya termenung sejenak memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk hari-hari mendatang.
* Ustaz Zemerey adalah Head of Shariah, Asian Finance.
* Boleh try tengok sini
Blog Forex saya : http://onerich.blogspot.com
Email Jawapan Ustaz Zamerey :
Waalaikumussalam,
En Wan Zayuhisham Wan Yusoff,
Semoga kita semua dirahmati Allah swt.
Saya amat berbangga dengan Tuan yang sudi mempastikan halal dan haram dalam urusan FOREX sekalipun pendapatanya lumayan. Setakat kajian yang telah saya lakukan, hujjah mengatakan FOREX yang dilakukan oleh traders untuk tujuan mendapat untung hasil pergerakan turun naik harga adalah haram kerana mempunyai unsur-unsur al-Najash & al-Ihtitakar yang ditegah oleh Rasulullah saw.
Apatah lagi jika terlibat dengan leverage. Akademi Feqh Islam Rabitah al-alam al-islami yang berpusat di Mekkah al-Mukarramah telah memutuskan bahawa hukum penggunaan leverage adalah haram.
Saya secara peribadi berpegang kepada pandangan ini. Jika Tuan ingin penjelasan lebih detail, saya cadangkan kita berdiskusi secara berdepan demi mencari kebenaran dan menjauhkan diri kita semua dari perkara haram @ syubhah.
Oleh itu apa pandangan saudara-saudara trader?