Monday, August 25, 2008

Ulang Ulang Ulang Kaji

Part ni yang agak kita berat sikit...dari zaman sekolah ke zaman kolej atau zaman U atau mungkin hingga zaman kerjaya....ulangkaji ni agak sukar untuk dilakukan.Sebagai 'Wiseman Trader' kita perlu dan rasanya wajib untuk kita ulangkaji setiap topik yang terkandung dalam Buku Trading Chaos. 'Wiseman Trader' bukan bergantung kepada sistem semata-mata, oleh itu bahagian awal berkenaan psikologi trading perlu diambil berat dan difahami dengan sebaik-baiknya.Saya pun kena baca berulang kali agar ia melekat dalam 'minda bawah sedar' ini. Begitu juga dengan 'Teknik Menabung', kejayaan untuk meraih profit bukan bergantung kepada sistem bagaimana ia berfungsi semata-mata. Kemampuan 'trader' untuk memahami situasi market dan juga kekuatan emosi amatlah penting.Dan bukan mudah untuk kita beroleh sesuatu dengan sekelip mata sahaja. Ia perlu usaha keras jika kita berkeinginan untuk sukses dalam perniagaan forex ini. Dan kita bukan "main forex" tetapi kita "Bisnes Forex".Harap kita pakat ubah dari menyebut ulangkali "main berapa pips", "tak main ka malam ni" atau "main forex".Kalau main, memang main-main la.Sedangkan dalam akaun itu adalah "Duit USD Betul Bukan Cobaaan" kita.

0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP