Saturday, August 16, 2008

Tanya Diri Sendiri....

Siapa kita sebagai seorang Forex Trader? Kenapa kita melibatkan diri dalam urusan Forex? Bagaimana kita ingin profit konsisten ? Kenapa dikatakan 90% trader gagal dalam dunia forex ini? Kenapa masih ramai ingin memasuki perniagaan ini jika ramai yang gagal? Apa yang menarik sangat tentang forex ini? Adakah kita kenal "underlying structure" market yang kita trade hari-hari itu? Adakah kita kenal "underlying structure" diri kita sendiri sebagai trader? Apa sistem yang kita gunakan untuk urusan trading harian? Bagaimana sistem itu berfungsi? Adakah kita memahami sistem tersebut 100% ? Di mana kita dapatkan sistem trading tersebut dan adakah dia terbukti hasil kejayaannya? Kalau Ya, berapa ramai dan siapa yang telah berjaya menggunakannya? Adakah diri kita sesuai dengan sistem trading yang kita gunakan? Kalau Ya,apa buktinya? dan kalau Tak, kenapa tak berubah atau mencari sistem lain? ( Lihat hasil trading harian, mingguan dan bulanan kita sendiri.Kalau profit dan menyenangkan,maka sistem itu sesuai dengan kita. Kalau masih floating dan sentiasa Loss bermakna ada DUA kemungkinan ) iaitu: 1- Kita memang tak memahami sistem tersebut. 2- Sistem tersebut memang bermasalah. Bagaimana cara nak memahami sesuatu sistem? A- Cari kat forum/buku B- Tanya orang yang telah menggunakan sistem tersebut(online) C- berjumpa secara bersemuka dengan mereka yang telah menggunakan sistem tersebut. D- Fikir mana sesuai.... Adakah kita mempunyai grup diskusi sistem trading kita?Atau grup diskusi tentang forex dan masing-masing menggunakan sistem berlainan? Adakah kita mempunyai grup untuk berforum tentang forex? Atau adakah kita hanya seorang diri sahaja tanpa rakan trader yang lain? ( Mana baik, kerja/ fikir sendirian atau dengan cara berkumpulan sekurang-kurangnya TIGA orang? ) - Orang hanya akan bertukar sistem trading masing-masing apabila gagal dalam urus niaga, tapi tak pernah terfikir untuk menukar sifat/sikap/struktur diri sebagai trader yang bersesuaian dengan sistem mereka. - Kita hanya berfikir tentang sistem tetapi tak pernah terfikir tentang sifat/perangai market yang mereka urus niagakan hari-hari. - Kita hanya fikirkan tentang sistem tanpa menilai semula SIAPA AKU ? Adakah kita membuat " post mortem " setiap kali selepas trading,sama ada ia Profit atau Loss? Adakah kita sentiasa mengulangi kesilapan yang sama berulang kali? Kalau Ya, kenapa? Kalau Tak, kenapa masih gagal?...hmmmm Adakah kita sudah kenal pasti di Time Frame mana yang bersesuaian dengan kita untuk Entry? Berapa pips sehari yang kita target? Apa sebenar matlamat kita dalam trading forex? Berapa pips yang sanggup kita tanggung kerugian setiap kali entry? ( Ibarat kita buka berniaga pisang goreng di kawasan perumahan : Berapa target pendapatan kita? Adakah kita ingin berpendapatan seperti Tauke Starbuck di bandar? ) Logik kah? Adakah kita sentiasa bersyukur dengan pendapatan harian kita berdasarkan modal?atau Adakah kita memang tak pernah berpuas hati dengan profit yang kita perolehi? Adakah kita sentiasa meningkatkan pengetahuan tentang forex melalui pembacaan atau menonton VCD? Adakah kita aplikasikan apa yang kita inginkan seperti SABAR, DISIPLIN dan JANGAN TAMAK semasa trading dalam kehidupan seharian kita? Adakah kita membuang pembalut gula-gula/plastik/pembungkus makanan di merata-rata tempat? Kalau Ya..disiplin kah itu? Kalau tak..alhamdulillah... Adakah kita selalu melanggar LAMPU MERAH?..bagaimana kalau semasa trading kita melanggar kaedah sistem kita?..hmmm LOSS laaaa....atau nasib baik PROFIT. Adakah kita selalu MERUNGUT apabila jem di jalan raya?Sabar kah kita? Adakah perlu kita entry setiap hari dan sepanjang masa kita menatap Chart? Sabarkah kita? Kesimpulannya, apa yang berlaku di dalam kehidupan realiti kita akan mempengaruhi cara kita trading di market. Betul ka? atau Saya yang Silap? terpulang pada persepsi sendiri....
" HASIL TRADING KITA AKAN MENENTUKAN SAMA ADA KITA PERLU LAKUKAN SESUATU ATAU TIDAK TERHADAP SISTEM DAN DIRI KITA SENDIRI" " KENALI STRUKTUR MARKET, JIKA KITA SUDAH KENAL..INSYALLAH PROFIT MENANTI KITA "
* masih terus belajar dan belajar.....

0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP