Wednesday, August 20, 2008

Percaya

Sepanjang kita melibatkan diri dalam dunia perniagaan Forex ini, adakah terkeluar daripada suara hati atau mulut kita bahawa " aku dah bosan dengan forex nih" atau " sistem ni nak kena tukar lagi la" atau " betul ka indikator ni, asyik bagi false signal saja ".Semua itu adalah kenyataan negatif yang terkeluar dari diri kita sendiri. Dalam mempelajari Trading Chaos, rasanya ia agak berbeza dengan pembelajaran lain-lain " trading system" kerana Bill William mengajar topik-topik awal tentang sistem ini ialah tentang psikologi trading seperti mengenali diri sendiri dan juga market. Seperti saya dahulu, apabila belajar Trading Chaos, saya telah skip topik pembelajaran terus kepada mengenali alligator, AO, cara entry dan juga exit signal. Kenapa ia berlaku begitu? Bagi saya yang mula-mula mengenali perniagaan ini dahulu, kemungkinan hanya melihat forex ini hanyalah melibatkan urusan jual beli, untung rugi dan sebagainya.Walhal, forex itu sendiri menjangkau lebih daripada itu, dan ia melibatkan keseluruhan kehidupan kita sendiri. Percaya!...hanya satu perkataan yang ingin dikongsikan bersama, tetapi ia memberi kesan yang cukup besar kepada setiap apa yang kita lakukan termasuk dalam urusan trading kita.Kalau kita tak percaya bahawa kita akan berjaya dan profit dalam urusan trading forex kita, maka sudah tentu kita tidak menyertai perniagaan ini atau kita awal-awal tarik diri. Secara ringkasnya, kepercayaan kita kepada market dan juga sistem trading yang kita gunakan akan mempengaruhi prestasi kita dalam perniagaan ini.Kepercayaan kita boleh berubah dan ia akan merubah apa yang kita akan lakukan dan juga prestasi trading. Untuk mempercayai market dan sistem yang kita gunakan,kita perlu mengenali hati budi, intipati dan juga memahami dengan sebaik-baiknya sebelum kita mengambil apa-apa keputusan.

0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP