Saturday, April 5, 2008

TRADING CHAOS

Trading Chaos ini diperkenalkan oleh Bill M.Williams,PH.D.,C.T.A.Seorang trader yang berpengalaman dan menjadi trader sepenuh masa sejak tahun 1980.Dan beliau mempunyai ramai pelajar dari seluruh pelusuk dunia. Dan di blog ini, saya nyatakan serba ringkas apa itu Trading Chaos untuk dikongsi bersama.Walaupun di luar sana, banyak lagi sistem trade yang memberi profit kepada anda mungkin atau kepada sesiapa sahaja yang menceburkan diri dalam dunia forex ini.Ini adalah sistem trade pilihan saya dan anda berhak untuk menggunakan apa-apa sistem sekali pun tetapi yang penting kita memahami betul-betul dan tidak salah faham atau menyalahkan sistem jika gagal mengutip pips yang di harapkan.Dan saya pun masih proses belajar dan terus belajar. Seperti yang anda dimaklumkan bahawa Trading Chaos mempunyai Open Position iaitu : 1- Wiseman 1 2- Wiseman 2 3- Wiseman 3 Komponen sistem yang perlu kita gunakan dalam chart kita ialah : 1- Alligator 2- Awesome Oscillator (AO) 3- Fractal

0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP