Sunday, April 6, 2008

Sedia Trade & Rehat Trade Trading Chaos

Urusniaga forex bukanlah sepanjang masa untuk kita masuk posisi(OP).Kita tak perlu rasa kerugian atau ketinggalan jika terlepas sesuatu trend atau wiseman atau sebagainya bergantung cara trade kitalah.Market berjalan 5 hari seminggu selama 24 jam.Cuma pada waktu-waktu tertentu market aktif atau pun tidak.Kalau kebiasaanya market aktif petang dan malam (waktu Malaysia)kerana ketika itu market eropah dan US dibuka.Dalam Trading Chaos sememangnya kita Open Position semasa wujudnya Wiseman 1, diikuti Wiseman 2 dan seterusnya Wiseman 3. Dan terpulang kepada kita jika ingin OP pada mana-mana wiseman, kerana wiseman 1 dan wiseman 2 adalah anti trend.Manakala wiseman 3 adalah kita mengikut arus trend. * Kita Beli(BUY) apabila situasi market UPTREND iaitu harga berada di atas Alligator dan begitu juga kedudukan AO yang berada di atas 0. * Kita Jual(SELL) apabila situasi market DOWNTREND iaitu harga berada di bawah Alligator dan begitu juga kedudukan AO yang berada di bawah ). * Kita Rehatkan Diri ( Sabar )/ Tidak Trade/Tidak Buka OP apabila situasi market tiada trend atau Corrective atau Ranging.Kalau dalam Elliot Wave apabila harga dalam corrective wave iaitu dalam kiraan ABC. Oleh itu, trade lah dengan simple dan santai dan jangan tertekan dengan situasi market.Semoga kita sama-sama belajar dan profit.
(segala teguran dan komen dialu-alukan)

0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP