Sunday, April 13, 2008

Tidak Perlu GENIUS, yang penting PANDAI BERTANYA!

"Dan tanyalah kamu kepada mereka yang pakar apabila kamu tidak mengetahui"..maksud Quran. Christopher M Knight pernah memberikan beberapa tips untuk seseorang itu berjaya dalam sesebuah organisasi atau kehidupan semasa kita iaitu kemahiran bertanya soalan yang betul adalah lebih baik daripada tahu semua perkara. M.R Kopmeyer juga telah memberikan satu "perkataan ajaib" hendak berjaya dalam hidup, iaitu " TANYA". Beliau berkata, saudara dapat memperoleh apa sahaja yang diinginkan apabila pandai menggunakan lima huruf ajaib ini...oleh itu BERTANYALAH! Kata orang lama, malu bertanya sesat jalan..... Nabi Muhammad s.a.w juga ketika peristiwa Perang Khandaq..baginda mengadakan mesyuarat dan bertanyakan tentang idea-idea untuk menangkis serangan pihak kafir Quraisy.Maka lahirkan idea menggali parit besar sekeliling Madinah.Baginda bersetuju dan parit sepanjang 5 kilometer digali.Akhirnya serangan tentera bersekutu kafir quraisy itu dapat dipatahkan. Maka apa yang boleh kita buat ialah bertanya tentang perkara-perkara yang kita ingin tahu....kalau kita tak tau pasal forex,part mana yang kita tak tau kita tanya sesiapa yang lagi arif..dan bukan semua tahu apa yang kita ingin tahu...so bersabarlah dan tanya seberapa ramai orang yang boleh. (hanya cebisan pendapat..terima kasih di atas usaha dato' dr mohd fadzilah kamsah dan ahmad fadzli yang lahirkan buku 55 petua orang berjaya)

0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP