Saturday, November 29, 2008

Nak Usik Buaya Tidur????

Bersesuaian dengan situasi pasaran satu dua menjak ini. Ia agak perlahan dan juga dalam suasana Corrective yang mana dalam pemahaman saya mempelajari Trading Chaos, adalah di mana situasi 'buaya tidur' dan jangan diganggu. Ada juga yang bertanya, kalau nak usik juga 'buaya tidur' tersebut macam mana? Itu terpulanglah dengan kepakaran dan kemahiran masing-masing,yang penting poket masyuk bukannya masyammm!..hahahha Bagi yang masih baru sangat lagi dengan sistem urus niaga ini ( kira saya awal sikit saja daripada anda ), perkara yang wajib dilakukan ialah membaca nota-nota berkaitan kerana sistem ini bukan hanya bercerita tentang 'alligator', 'fractal' atau ' AO' semata-mata. Dan semoga anda dan juga saya tidak akan putus asa untuk mempelajari sistem ini kerana di dalamnya terkandung sesuatu yang perlu kita ambil dan menjadikan ia suatu disiplin urus niaga kita. Percaya atau tidak jika kita telah menjumpainya, insyallah ia akan memberikan kita satu suasana lain dan menyebabkan kita tidak lagi beralih kepada yang lain. Jika saya atau anda mempunyai niat untuk menambaik baik sistem ini dengan sebarang indikator lain, maka ada sesuatu yang wajar kita renungkan semula dan 'back to basic'. Apa yang saya di ajar atau faham ialah satu perkara lagi ialah Trend di TF besar jangan dilawan,kelak bencana menimpa..hehehe! Satu panduan ialah apabila 'bar price' di atas 'alligator' H4, maka potensi 'buy' menjadi pilihan dan begitu sebaliknya. Apatah lagi jika di TF Daily berlaku perkara yang sama. Bagi 'wiseman trader', teruskan pencarian Bullish/Bearish Divergence Bar (BDB ) yang benar-benar boleh memberikan kita profit dan INGAT, entry hanya di BDB atau Breakout Fractal sahaja.

0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP