Tuesday, October 14, 2008

Morning Pages : Wiseman Trader

Ia mungkin sesuatu yang baru dan sukar untuk dilakukan. Menulis 'Morning Pages' memerlukan komitmen dengan penulisan dalam 3 halaman muka surat dan setiap awal pagi. Jika tiada apa-apa idea sekali pun untuk menulis atau hanya menulis " Saya tiada apa yang hendak ditulis" dikira anda telah menulis. Oleh itu, 'Morning Pages' ini kita boleh menulis dalam semua isu atau apa sahaja perkara yang berkaitan diri kita sama ada yang suka atau duka atau apa-apa perancangan dan sebagainya.Ianya bebas untuk kita menulis apa sahaja. Kita akan berterus terang dengan diri sendiri dengan apa yang kita mahu atau lakukan atau berlaku kepada diri kita. Sememangnya pada awal pagi selepas Solat Subuh contohnya, dengan badan yang segar, pemikiran yang lapang dan perasaan yang masih lagi segar kita capai sebatang pen dan melakar tulisan dalam TIGA halaman secara bebas. Ia sesuatu yang lain dan suatu pengalaman yang cukup bermakna. Dan kita juga tidak digalakkan membaca halaman sebelum dalam selang beberapa minggu. Hasil daripada 'Morning Pages' ini akan memberikan kita menyelami semula siapa diri kita,apa yang kita inginkan dan ia juga dapat memberikan kita idea atau buah fikiran bagi mengatasi apa-apa permasalahan dan sebagainya. 'Morning Pages' sebagai platform atau tempat untuk kita mengeluh,meluahkan perasaan,mengadu dan sebagainya. Dan kuasa 'Morning Pages' ini juga dapat melegakan perasaan dan fikiran kita. Dan ia menjadikan kita lebih yakin dan insan yang bersyukur. Dan sebagai Wiseman Trader ia sememangnya akan dapat membantu diri kita untuk terus menjadi seorang trader yang berjaya dan sudah tentu meningkatkan pencapaian kita pada setiap hari...Insyallah!Walaupun ia bukan sistem 'trading' tetapi ia amat membantu diri sendiri menggunakan sistem kita dalam setiap urus niaga. Tidak lengkap kita sebagai Wiseman Trader sekiranya kita mengabaikan 'Morning Pages' ini. Hanya TIGA halaman, TULISLAH apa sahaja yang ada diminda kita.Semoga saya sendiri dan rakan-rakan Wiseman Trader tekun dan sabar menulis 'Morning Pages' secara konsisten.

Saturday, October 11, 2008

PENGURUSAN RISIKO: 4 PERATURAN KLASIK

Setiap 'trader' sama ada profesional atau tidak seharusnya menerima dan mengamalkan EMPAT peraturan klasik di bawah dalam setiap urus niaga.Ini bagi menjamin akaun kita akan tidak berada ditahap kritikal pada satu-satu masa.Kita sememangnya ingin atau mahu bertahan lama dalam perniagaan ini dan lebih tepat lagi dikalangan kita ingin mencari kekayaan melalui urus niaga forex ini.Walaupun kita sudah maklum bahawa perniagaan ini sungguh besar risikonya. 
 
EMPAT Peraturan Klasik Pengurusan Risiko Sebagai Pedagang :  

1 ) Biarkan pasaran yang mempengaruhi keputusan anda, dan bukan ego anda.  

2 ) Biarkan keuntungan berterusan,potong kerugian dengan pantas.  

3 ) Sentiasa berpihak kepada pemenang sahaja. 
 
4 ) Ikuti arus. 


" Ia adalah terlalu jelas, sehingga ia sukar dilihat. Seorang dungu telah mencari api dengan menggunakan pelita. Jika dia tahu apa itu sebenarnya api, dia pasti telah memasak nasinya dengan cepat" The Zen of Trading 


Bagi mengekalkan kita berada dalam perniagaan ini, EMPAT peraturan klasik dia atas WAJIB kita aplikasikan.Pesanan PENTING untuk diri sendiri dan rakan-rakan. 


" Apa yang sedang dikatakan adalah pasaran membuat segala keputusan. satu-satunya keputusan kita adalah untuk mendengar kata pasaran dan menuruti segala penunjuknya. Ia adalah sentiasa benar, dan tidak akan menipu. Hanya kita yang menipu diri kita sendiri." The Zen Of Trading 

 
Dan salah satu cara untuk kita maju dalam perniagaan ini ialah sentiasa fokus dengan sistem yang kita urus niaga dan pastikan kita menyimpan segala rekod urus niaga kita sendiri. Kita akan dapat melihat sendiri segala kekuatan dan kelemahan urus niaga yang telah dilakukan dalam sesuatu tempoh tertentu. Dan sudah tentu ia menjadikan kita sentiasa berwaspada dan meningkatkan lagi pengetahuan dan pencapaian kita.

Tuesday, October 7, 2008

TF H4 : EU

Situasi semasa pair EU ( 9.23pm:07 Okt 2008) di TF H4. Dan jika dilihat berdasarkan chart di atas, masih lagi lagi dalam situasi downtrend (parallel market). Walau bagaimanapun kelihatan BDB Divergence sudah wujud dan 'trader' dapat juga pips hijau dengan BUY.

Friday, September 26, 2008

Keselamatan Semasa Pulang Beraya

Salam Aidilfitri buat semua, walaupun hari raya yang bakal menjelma insyallah pada 30 Sept atau 1 Oktober nanti. Tetapi buat masa dan ketika ini, khususnya anak perantau sudah mengatur rancangan untuk pulang ke kampung masing-masing termasuklah diri sendiri. Seperti mana apabila trading, kita perlu percaya kepada sistem dan pasaran semasa, kerana ia akan memberi kesan ke atas urus niaga dan juga prestasi perniagaan kita. Begitu juga semasa pulang beraya, kita juga perlu percayakan kenderaan dan diri sendiri untuk memandu jarak jauh atau sederhana.Pastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil dan juga bersedia untuk pemanduan balik kampung nanti.Sama-samalah berdoa semoga kita semua akan sampai pergi balik dengan selamat dan sejahtera. Dan jangan lupa dengan 'abang polis' di atas itu yang sentiasa peka dan perhatikan kita di sepanjang perjalanan kita nanti. Dan patuhi segala peraturan semoga tak kena 'tembak' masuk skrin.Alih-alih lepas raya dapat surat saman..huhuhu....Di bawah ini ada sedikit tips untuk diri sendiri dan rakan-rakan. 8 Petua Keselamatan Jalan Raya
  1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
  2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
  3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
  5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
  8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan penumpang.

Tuesday, September 23, 2008

BDB di EU?-Updated 6.00am

BDB ada tetapi 'angulation' tidak CUN.Dan situasi di H4 masih lagi kuat untuk trending UP( Tiada BDB ).So, posisi BUY masih lagi selamat. * thanks prof... - Hanya sudut pandangan amatur :)

Friday, September 12, 2008

Pengurusan Diri

Sememangnya ramai di antara kita sebagai FX Trader sibuk dengan sistem yang sesuai atau sistem yang boleh memberi profit. Kali ini, saya ingin share sesuatu yang lebih berharga daripada sistem iaitu MODAL paling utama dalam trading ialah KESIHATAN DIRI kita. Zig Ziglar, penceramah dan penulis motivasi menceritakan sebuah kisah menarik iaitu mengenai seekor kuda lumba hebat yang bernilai 5 juta dolar. Beliau bertanya, "Jika anda memiliki seekor kuda yang sehebat itu, adakah anda akan :
  • Memberikannya kopi dan teh sebagai permulaan harinya?
  • Memberikannya makanan segera yang penuh dengan gula?
  • Menguncinya di dalam bangsal, dengan hanya sebuah televisyen sebagai teman?
  • Tidak membenarkan ia bersenam?
  • Membenarkannya minum minuman keras dan berkarbonat?
  • Membenarkannya menghisap rokok untuk menenangkan diri?"
Bagi saya, perkara-perkara sedemikian tidak patut dilakukan walaupun terhadap seekor kucing atau arnab yang bernilai RM50, apa lagi terhadap seekor kuda juara! Tetapi mengapa ramai pedagang ( trader ) masih menjejaskan prestasi mereka dengan aktiviti-aktiviti dan objek-objek negatif yang disebutkan di atas? Salah satu sebab adalah TEKANAN. Memang sudah tentu, dagangan ini boleh menyebabkan tekanan, khususnya kepada mereka yang tidak memiliki :
  • Disiplin
  • Sebuah Pelan Dagangan
  • Tahap kesihatan yang baik
Saya rasa semua bersetuju bahawa badan kita sendiri merupakan modal yang terpenting.Kita seharusnya bertindak memastikan kesihatan dipelihara dan tinggalkan segala perkara-perkara negatif yang menjejaskan kesihatan diri. Bob Fisher, seorang bekas juara catur dunia, mempunyai satu rutin mengurangkan tekanan yang digunakannya sebelum setiap perlawanan penting:
  • Bermain catur dengah seorang profesional
  • Menumbuk sebuah beg tinju seberat 100 kilogram
  • Mengangkat berat
  • Berlari 10KM mengelilingi gimnasium
  • Berenang sebanyak 20 pusingan di dalam satu kolam bersaiz olimpik, dan berenang dua pusingan di bawah air untuk menguatkan paru-parunya.
Setelah selesai barulah beliau bersedia untuk bermain catur.Di dalam sebuah perlawanan catur tahap profesional, seorang pemain catur boleh hilang dalam lingkungan satu hingga dua kilogram berat badan. Oleh itu, bayangkanlah jumlah tenaga yang diperlukan bagi seseorang itu untuk berdagang pada tahap profesional. Menurut Dr Van Tharp ( Trading Psychologist ), persediaan sebelum bertempur boleh diperbaiki dengan meletakkan fokus pada empat kawasan pengurangan tekanan :
  • Kesihatan dan pemakanan
  • Senaman
  • Rekreasi
  • Ketenangan mental
Oleh itu, sama-samalah kita praktikan dan ambil iktibar daripada catatan ini. Semoga kita dapat memantapkan trading kita di samping mempunyai satu sistem trading yang kita yakini dan percayai.

Friday, September 5, 2008

EURUSD H4

Dijangka berlaku retrace corrective wave ( wave 4 ), major trend masih DT.Dijangka tidak 'break' 1.4506, jika break Lo di 1.4570, maka kiraan ini tidak valid.Dan kemungkinan biasa berlaku di Wave 4 ialah triangle.

NOTA TAMBAHAN URUS NIAGA DI TF M5

Thursday, September 4, 2008

Disiplin Diri: Sukar dan Susah?

No Discipline!!! Sukar atau susah atau payah untuk kita ikuti dalam kehidupan seharian kita? Sebut Disiplin pun dah cukup membuatkan kita rasa tidak selesa dari zaman sekolah hingga zaman bekerja. Dalam konteks 'trading' forex pula, ia juga sama dan perlukan komitmen yang jitu dalam diri. Apa yang berlaku kepada diri saya sendiri juga, apabila 2 trading terakhir telah tersilap langkah dalam mengikuti disiplin sistem yang diatur dengan baik. Ia berlaku apabila ada 'gangguan' dalam tugasan-tugasan lain dan situasi yang tidak selesa untuk 'trading'.Dan inilah yang amat dibimbangi jika beterusan diamalkan dan boleh menjejaskan konsistensi dalam 'trading' selanjutnya. Walau bagaimanapun, setelah laporan 'trading' ( backtest ) dibuat dan dikenalpasti puncanya. ia memberi pengalaman dan pengajaran yang bermakna. Dan ia menjadi amaran keras untuk diri sendiri agar jangan mengulanginya. Dan sifat manusia yang seringkali lupa atau alpa ini perlu dikejutkan suisnya.Dan sebagai langkah cadangan kita perlu membuat revisi atau semakan setiap kali selepas 'trading' tidak kira sama ada ia memberi 'profit' atau 'loss' kerana ia akan memberi kita gambaran tahap pencapaian kita.Ini juga akan membuatkan kita lebih berhati-hati pada masa akan datang. Salam Ramadhan !

Wednesday, September 3, 2008

Lama Tak Kira ( EURUSD Hari Ini )

Lama tak buat kiraan wave, ini sebagai panduan semata-mata. yang penting entry dengan signal masing-masing.Kalau ikut trend, masih lagi downtrend.

Tuesday, September 2, 2008

Bina Impian Gapai Impian

Salam Ramadhan buat semua,semoga ibadah kita dibulan yang mulia ini akan diterima dan mendapat keberkatan Allah SWT. Bina Impian Gapai Impian, ia adalah fokus kepada diri sendiri dan rakan-rakan trader FX. Sesungguhnya perniagaan ini bukan sesuatu yang mudah dan acapkali kita diberitahu bahawa lebih 90% trader tersungkur. Dalam apa jua yang kita lakukan, jika kita fokus, Insyallah ia akan memberikan kita sesuatu yang kita impikan.Itulah yang sedang diusahakan dan akan terus berusaha. Seorang penulis hebat, Stephen Convey dalam bukunya Seven Habits of Successful People menyebut pada bab yang terakhir satu tip penting iaitu " Tajamkan Gergaji".Apakah yang dimaksudkan oleh beliau? Maksudnya kita perlu sentiasa berjaga-jaga dan memastikan setiap keupayaan diri kita "berfungsi".Manusia adalah makhluk yang pelupa dan cepat lalai.Sekiranya hari ini kita seorang yang pandai berpidato,lima tahun lagi belum tentu kita memiliki kehebatan yang sama sekiranya kita tidak mengasah 'gergaji' kita. Begitulah halnya kita sebagai trader,perlu sentiasa mengasah 'gergaji' kita dengan bertujuan memantapkan lagi prestasi kita. Saya percaya kebanyakan daripada kita adalah "part time trader", jadi kenapa kita masih menceburi perniagaan ini? Ia sudah tentu kerana kita inginkan perubahan dalam kehidupan kita seperti mana rakan-rakan lain yang menyertai perniagaan internet, MLM,trading dan sebagainya. Masing-masing mempunyai impian, seperti memiliki sebuah rumah yang selesa, memandu kereta idaman, memberi kemewahan kepada anak isteri, mengerjakan umrah dan haji,memiliki akaun kewangan yang stabil dan sebagainya.Adakah semua ini mustahil untuk dicapai? Berapa ramai yang sudah melakukannya dengan hasil forex? Pada peringkat permulaan modal bukan menjadi persoalan, yang penting kita mengutip pengalaman dan yang paling penting ialah ILMU untuk mengutip profit yang konsisten ( tidak semestinya ratusan pips sehari ).Selepas kita mempunyai keyakinan dengan diri sendiri dan sistem yang kita gunakan....ayuh!mulakan sasaran kita mencapai impian-impian tersebut.Yang penting kita PERCAYA kepada diri sendiri, market dan sistem.Oleh itu,kita mestilah mempunyai target atau perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk kita berjaya dalam bidang ini. Semoga kita semua akan dapat mencapai matlamat yang kita sasarkan. Dan tiada orang lain yang mampu mengubah pendirian kita selain diri kita sendiri ingin berubah. "Tentukan matlamat kita yang realistik"

Saturday, August 30, 2008

Ulangkaji Dengan Live Trading

( Perhatikan kedudukan Price dengan Alligator di Semua TF di atas dan juga perhatikan momentum AO ( merah ) yang kesemuanya berada di bawah 0 )
Alhamdulillah ini ialah trading saya terakhir ( 28hb ) di bulan ogos 2008 ini, kerana pada hari semalam 29hb Ogos tidak dapat 'trade' kerana kesibukan dengan tugasan lain. Dan walaupun pada bulan ogos ini jumlah 'entry' sebanyak 29 kali dan loss sekali dengan 37 pips ( percubaan entry di M15).Sesuatu yang biasa bagi 'trader' part time ini, hanya mampu analisa dan entry ketika waktu yang terluang dan sesuai untuk 'trading'.Walau bagaimanapun ia tidak dapat menghalang kita untuk mengutip profit.Kita analisa dan 'entry' pada saat yang sesuai sahaja, janji kita beroleh analisa yang tepat dan profit.Tak semestinya setiap hari sesuai untuk kita beurus niaga.Insyallah, di bulan ramadhan nanti, waktu trading kena sesuaikan dengan aktiviti harian di bulan yang mulia ini. Insyallah kita beroleh pips profit untuk bekalan raya nanti..amiinnn!

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP