Saturday, October 24, 2009

Moving Average 100?


Menurut maklumat disampaikan tentang pergerakan matawang naik sekarang dirancang oleh persatuan broker untuk mencari Stop Loss pedagang-pedagang. Entahlah betul atau tidak, cuma dalam dunia urus niaga ini, banyak perkara tidak dijangka dan memeningkan kepala.

Di sini hanyalah 'filter' tambahan yang dilihat mengenai MA100. Ini untuk melihat sejauh mana pergerakan atau 'trend' semasa pasaran. Bagi yang yakin boleh ikutlah.Bagi yang sudah pakar dengan sebarang 'filter' lain tidak perlu ambil kisah dengan kaedah ini.

Pergerakan pasaran terhenti di MA100 Daily dan gagal melepasinya dan turun secara mendadak semalam yang mungkin menyebabkan ramai pedagang diambang MC atau pun terkena SL. DI H4 platform Insta Trader sudah wujud BDB walaupun ia memasuki zon alligator. Dan jika dilihat senario di TF H1, selama seminggu harga bergerak naik di atas MA100 dan gagal turun melepasinya sehingga semalam ia masih berada di atas MA100nya. Dan jika ia turun melepas MA100 H1, diandaikan pergerakan akan turun tapi perlu diingat trend di H4 dan Daily masih lagi uptrend. Ada berpendapatan berdasarkan 'news' pada minggu depan tiada pergerakan besar untuk mengerakkan pasaran.

Oleh itu, berdasarkan pengalaman cetek penulis, masih tidak berani untuk pennetuan sell atau buy sehingga 'entry signal' chaos tidak kelihatan atau wujud. Bagi teknik lain mungkin berpendapat sebaliknya.

(Nota: Pengisian entri di blog hanyalah padangan peribadi dan sebagai makluman semata-mata)

3 comments:

Anonymous November 1, 2009 at 8:39 PM  

ni pula mengenai Leverage, yg dijawab melalui email..

Waalaikumussalam w.b.t..... Read More

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Seeraj atas pertanyaan yang diajukan dan sokongan kepada ruangan forum ini. Memang semalam ada persoalan tentang leverage. Oleh kerana soalan tersebut telah menyebut nama seseorang, pihak pengurusan telah membuang soalan tersebut supaya perbincangan kita lebih telus dan tidak menyentuh mana-mana pihak. Akhlak dan kesatuan adalah penting dalam Islam dan bukan perpecahan serta pergaduhan yang dianjurkan. Terima kasih atas keperihatinan saudara itu.

Diruangan yang terhad ini saya tidak bercadang untuk menterjemahkan definisi LEVERAGE mengikut istilah perniagaan yang memeningkan kepala kerana ianya berbeza mengikut penggunaan di dalam sesuatu urusniaga. LEVERAGE yang berlaku dalam perdagangan FOREX adalah "how to earn more with less" sebagaimana berikut :-

Sebagai contoh : kita mengambil urusniaga matawang asing yang melibatkan matawang GBP/USD. Sekiranya kita membuka akaun USD1,000 dan kita ingin membeli/menjual 1 lot GBP/USD, sepatutnya pihak platform akan memotong USD100 dari akaun kita sebagai modal pusingan. Tetapi sekiranya leverage, platform hanya akan memotong USD50 untuk modal pusingan 1 lot tersebut. Ini merupakan kemudahan dan diskaun yang diberikan oleh pihak platform untuk meringankan modal pusingan kepada pedagang yang mempunyai akaun mini sahaja. Inilah yang dikatakan leverage dan keistimewaan ini hanya diberikan kepada pedagang yang mempunyai akaun mini sahaja. Akaun mini ialah jumlah akaun yang kurang dari USD50,000. Tetapi sekiranya akaun tersebut melebihi USD50,000 ke atas, keistimewaan ini tidak diberikan kepada pedagang (trader). Yang paling penting didalam perdagangan forex ini ialah setiap urusniaga yang dibenarkan serta kerugian maksimum yang akan ditanggung oleh pedagang tidak akan melebihi dari jumlah modal pusingan yang terdapat di dalam akaun mereka. Sebagai contoh, sekiranya anda membuka akaun yang bernilai USD1,000 anda tidak akan menanggung sebarang kerugian melebihi modal tersebut iaitu USD1,000 walau apapun leverage yang anda perolehi dari pihak platform dan kerugian anda sama sekali tidak akan berganda dari keseluruhan modal yang anda laburkan.

Dengan ini leverage tidak menjadi halangan mengikut hukum syara' dalam perlaksanaannya kerana ianya merupakan diskaun atau keistimewaan yang diberikan kepada pedagang. Ini hanyalah kemudahan yang diberikan oleh pihak platform dengan harga yan lebih rendah kepada pedagang yang mempunyai modal yang kecil (mini akaun) iaitu akaun yang yang modalnya kurang dari USD50,000.

Saya berharap penerangan saya yang ringkas ini dapat merungkaikan segala kekeliruan dan pemahaman yang silap tentang leverage yang timbul dewasa ini dan juga menjawab kepada persoalan hukum tentang leverage itu sendiri. Di dalam Islam "La ibrata bil musammayaat walakinna ibrata bil ma'aani" (Pengajaran (hukum) bukan diambil dari segi istilah sesuatu perkara bahkan pengajaran (hukum) diambil dari cara perlaksanaannya).

Sekian. Wassalam.
Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed
Penasihat Syar'ie/Shar'ie Advisor
KODANA Berhad.

WZWY November 1, 2009 at 9:16 PM  

TQ..saudara tak bernama.

Anabella December 13, 2009 at 10:28 AM  

Oh... I love to trade forex but this charts looks to complicated to me. I prefer no brainier trades and have some success with scalping, for example...

However, wish you many green pips! Cheers!

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP